Kisah bermakna untuk dijadikan pedoman buat suami isteri. Bacalah dan hayatilah:
Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya. 3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih...lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.
Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya. 3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih...lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.
Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian.
"Mengapa?"Dia bertanya dengan nada terkejut.
"Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan."
Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak
seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.
Kekecewaan
saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan
perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya
dia bertanya.
"Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?"
Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.
"Siti
ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya didalam hati Siti, Siti akan
mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik
yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat
gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk
Siti?"
Dia termenung dan akhirnya berkata, "Abang akan memberikan jawapannya esok."
Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.
Keesokan
paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas
dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat
yang bertuliskan...
'Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu
untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya."
Kalimah
pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin
membacanya.
"Siti boleh mengetik dikomputer dan selalu mengusik
program didalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus
memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki
program tersebut."
"Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti
keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang
pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang."
"Siti suka
jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada
ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus
mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu
dan membawa Siti pulang ke rumah."
"Siti selalu sengal-sengal badan
sewaktu 'teman baik' Siti datang setiap bulan, dan Abang harus
memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal
itu."
"Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti
akan menjadi 'pelik'. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat
menghiburkan Siti dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk
menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami."
"Siti selalu menatap
komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti,
Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat
menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu."
"Tangan Abang akan
memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari
pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar
dan indah seperti cantiknya wajahmu."
"Tetapi sayangku, Abang tidak
akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat
airmatamu mengalir menangisi kematian Abang."
"Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti."
"Untuk
itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata
Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari
tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti."
Airmata
saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur,
tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.
"Dan
sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puashati
dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini,
tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar
sana menunggu jawapan Siti."
"Puaskah Siti sayangku..?"
"Jika Siti tidak
puas hati, sayangku...biarkan Abang masuk untuk mengemaskan
barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu.
Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia."
Saya terpegun. Segera
mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari
membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah
gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.
Oh! Kini
saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia
mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah
beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat
memberikan cinta dalam 'kewujudan' yang kita inginkan, maka cinta itu
telah hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah kita bayangkan sebelum
ini.
No comments:
Post a Comment