Showing posts with label Resepi Pizza. Show all posts
Showing posts with label Resepi Pizza. Show all posts

27 April 2010

Pizza

salam...pandai buat pizza tak? susah kan nk buat roti dia..p ada cara yg senang nak buat pizza ne..Aima pun slalu buat tuk famili..mr hubby suka sangat ngn home made pizza..pandai save budget kn, eheee...anak2 tak suka cos dorng kata tak cheezy cam kat Pizza Hut..ye lah nak oii, caner nak sama, kan mama korang ne bkan tkng masak, emmmm...skdr masak tuk kenyangkn perut sndiri ok lah =) Aima upload pizza yg biasa Aima buat kat umah ey..senang je buat yg penting ada roti pizza..


Pizza Tuna Aima
Bahan2:
roti pizza (ada jual kat supasave)
tuna
mayonis
tomato biji
cili merah
cendawan butang
mozzarella cheese - diparut
sos cili
sos tomato

Cara2nya:
-satukan tuna dan mayonis di dalam mangkuk dan aduk rata
-panaskan roti pizza kedalam micro selama 2 minit
-kemudian sapukan sedikit sos cili dan sos tomato di atas roti roti pizza
-ratakan tuna tadi di atas roti pizza
-susunkan tomato, cendawan dan cili merah ikut suka
-taburkan keju yang diparut di atas pizza
-bakar selama 5 minit atau hingga keju cair

Pizza Ayam Madu Aima
Bahan2:
roti pizza (ada jual kat supasave)
dada ayam - dicincang
2 ulas bawang putih
mayonis
tomato biji
cili merah
cendawan butang
keju keping secukupnya - hiris panjang
sos cili
sos tomato
sedikit bijan
sedikit madu

Cara2nya:
-tumis bawang putih dengan sdikit minyak hingga naik bau
-masukkan ayam dan masak hingga kering
-setelah ayam masak masukkan sedikit madu dan gaul rata, ketepikan
-panaskan roti pizza kedalam micro selama 2 minit
-kemudian sapukan sedikit sos cili dan sos tomato di atas roti roti pizza
-ratakan inti ayam tadi di atas roti pizza
-susunkan tomato, cendawan dan cili merah ikut suka
-taburkan bijan di atas pizza
-susukan cheese yang dipotong panjang di atas pizza
-bakar selama 5 minit atau hingga keju cair

~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

Copyright© All Rights Reserved mama-aima.blogspot.com