1. Suami anda selalunya tidaklah
terlalu bergaya, tetapi tiba-tiba anda perasan suami mula menjaga badan dan
berdandan. Tidak lagi biasa-biasa saja atau selekeh lagi dan cukup ambil peduli
kisah penampilan diri! Ini menunjukkan suami anda sudah mula beri perhatian
kepada seseorang yang diminatinya.
2. Suami pakai dua atau lebih handphone? Ada sesetengah syarikat memberi kemudahan telefon genggam dan suami mungkin dikurniakan kemudahan ini. Tetapi awas, jika salah satu telefonnya dipadamkan. Ini memang boleh menimpulkan keraguan.
3. Suami mula dingin atas katil jika
anda mengajaknya bersama. Ada pepatah mengatakan, masakan kucing menolak lauk.
Atau mungkin bila suami nampak kelemahan anda, suami mula merungut bahawa anda
tidak pandai itu dan tidak pandai ini. Jika suami memilih untuk berdiam diri
tanpa rungutan, suami akan bermasam muka.
4. Suami anda semakin banyak
termenung sendirian sambil tersenyum meleret seorang diri. Orang yang hatinya
sudah berputik dan mula ber‘bunga’ biasanya boleh dilihat menerusi ekspresi
mukanya. Maklumlah, lelaki yang baru mula menjalinkan hubungan dengan seseorang
yang diminatinya mudah dilihat seri cinta diwajahnya.
5. Tiba-tiba suami anda menjadi
seorang yang mudah lupa. Mungkin fikirannya merewang jauh kerana asyik
terkenangkan 'kekasih gelap'nya. Jadi banyak perkara yang dia mudah lupa.
6. Suatu hari suami mengatakan dia ditugaskan ke luar daerah. Jika anda katakan yang anda ingin turut serta tetapi suami pula bersungguh-sungguh pujuk suapaya anda tidak mengikutnya. Awas! Suami mungkin telah berjanji dengan temanitanya untuk berjumpa semasa ke luar daerah.
7. Tiba-tiba suami cukup perihatin
dan memberi perhatian lebih pada anda. Anda mungkin mudah terpedaya dengan aksi
hidung belangnya, kadang-kala sikapnya yang tiba-tiba positif ini sebenarnya
untuk mengaburi mata anda supaya anda tidak perasan atau terhidu kesalahannya.
8. Suami selalu lewat tidur. Jika dahulu beriya-iya mengajak anda tidur awal supaya boleh diulitnya tiap-tiap malam, tetapi kebelakangan ini dia suka tidur lewat. Jika tiada rancangan menarik di televisyen dan suami asyik mengerling handphonenya, kemungkinan suami mahu bermain “sms” dengan 'kekasih gelap'nya. Lewat malam adalah masa yang boleh menimbulkan suasana romantis.
9. Suami tergagap-gagap bila ditanya
soalan yang umum, misalnya “Kenapa nak jaga badan sekarang ni?” atau “Ada tak
abang suka perempuan lain?”
10. Suami mula tidak ambil ambil
peduli kepada anak-anaknya biarpun selama ini suami mengambil berat perihal
anak-anak dan selalu bermesra/bermain dengan mereka.
So berjaga-jagalah bila ada
tanda-tanda yang di atas terjadi pada suami kita.
Nauzubillahiminzalik.. Semoga rumahtangga kita semua kekal bahagia hingga ke nafas yang terakhir, amin..
Nauzubillahiminzalik.. Semoga rumahtangga kita semua kekal bahagia hingga ke nafas yang terakhir, amin..
No comments:
Post a Comment