Ayah dan ibu mengajar saya tentang erti setia dan kasih sayang tidak bersyarat yang perlu ada dalam keluarga.
Ayah mengajar saya erti sabar dalam kekurangan, menghargai nikmat Allah walau sekecil apapun.
Ayah mengajar saya bahawa impian yang benar itu tidak mustahil dicapai.
Ayah mengajar saya jangan lupa diri kerana semua yang ada itu hanya milik Allah.
Ayah mengajar saya bahawa nasib malang itu bukan untuk ditangisi
berhiba-hiba tetapi untuk dijadikan pemangkin bagi mencapai kejayaan
yang lebih bermakna.
Ayah dan ibu meyakinkan saya di setiap kesulitan itu pasti ada kesenangan.
Peritnya kehidupan mengajar saya
yang miskin jangan dihina yang kaya usah disanjung, yang berkuasa usah dijulang.
Kisah suka-duka bersama ayah mengingatkan saya jangan biarkan masa
berlalu tanpa berbakti pada orang tua, takut nanti tidak sempat
melakukannya dan Allah memanggilnya ditengah kelalaian kita.
No comments:
Post a Comment