Showing posts with label Petua. Show all posts
Showing posts with label Petua. Show all posts

20 January 2019

Petua Untuk Minum Air

Image result for minum air putih
1. Minum 2 gelas air sejurus bangun dari tidur. Ia dapat mencergaskan organ dalaman.

2. Minum 1 gelas air 45 minit sebelum makan dapat membantu pencernaan.

3. Minum 1 gelas air sebelum mandi dapat membantu menurukan berat badan.

4. Minum 1 gelas air sebelum tidur dapat mengelak daripada terkena strok atau serangan jantung.

~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

05 August 2014

Petua Menghilangkan Kematu Di Tumit kaki

Assalamualaikum.  Masih suasana Hari Raya lagi kan? Tu la yang malas nak wat keje ne, eheheee...  Takpe biar lambat asal siap ^,^
 
Dah beberapa minggu ne rasa tak selesa sangat kat bahagian kaki.  Kaki Aima pecah-pecah la u olz, uhuuu...Tak tau la nape jadi macam ne, abis pecah-pecah kat tapak kaki.  Kurang air kot.  Aima akui yang Aima ne memang kurang minum air, dapat di kira berapa gelas je sehari.

Nampk gayanya kena minum banyak air la selepas ne.  Dah cuba berbagai cara, tetap gak sama.  Rasa tak selesa sungguh la.  Dah try bagi losyen sama gak hasilnya, pening I.. 
 
Then tadi pagi saja-saja je tengok kat kedai, maka ternampak la Krim Kanna untuk kulit kering, kasar dan pecah-pecah.  Nampak macam ok je so Aima beli la 1 n terus sapu kat tapak kaki.  Harap-harap mujarab la hendaknya amin

Sambil tu ada gak try tanya kat Mr Google. So dapatlah petua ne.  Aima just c&p je ye.  Nanti nak try la f ada masa.
Berikut merupakan petua untuk menghilangkan masalah kematu di kaki.
Pilihan 1 : 
Campurkan sebiji buah belimbing buluh dengan air limau nipis.Sapukan pada tempat yang berkematu.

Pilihan 2 :
Sapukan sedikit ubat gigi. Biarkan selama 5 minit. Kemudian basuh seperti biasa dengan sabun dan air biasa.

Selamat Mencuba
 

~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

29 December 2013

Petua Supaya Mudah Mengandung


 
Cubalah pula petua dan amalan ini....

Ambil 4 biji buah kurma...suami genggam 2 biji, isteri genggam 2 biji.  Kemudian,buang biji kurma tu.  Kisarkan kurma tadi bersama dengan susu kambing.   Minum air campuran kurma dan susu kambing tersebut sorang segelas.   Amalkan sekali sahaja dalam seumur hidup.   Kemudian, amalkan minum susu kambing setiap hari waktu pagi. 

InsyaAllah mujarab. Selamat mencuba.


~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

27 December 2013

Rahsia Penyeri Wajah

 
Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah sekurang2nya 5 kali sehari  dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menetes dan kering sendiri. Lalu ambillah sejadah, solat, berzikir, dan berdoa. 

Untuk menghilangkan stress, perbanyakanlah solat.  Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkomunikasi dengan Allah SWT dengan zikir dan doa. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 
“Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” 
(Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlak ku). (HR Ahmad).- 

~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

Petua Minum dari RasulullahSAW

Rasullah SAW amat menyukai minum madu yang dicampur dengan air sejuk. Amalan ini untuk tujuan amalan kesihatan. Rasulullah s.a.w. juga suka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa-apa di waktu pagi. 

 Antara khasiatnya:

- Menghilangkan kahak atau lendir
- Mencuci perut
- Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal di dalam perut yang tidak dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar
- Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu
- Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati. Rasullah SAW suka minum air yang telah disimpan semalaman di dalam suatu bekas.

Minuman Manis dan Sejuk - Aisyah meriwayatkan bahawa: "Di antara banyak-banyak jenis minuman, Rasulullah s.a.w. suka minuman manis dan sejuk." Baginda menggemari minuman manis dan sejuk, campuran madu atau nabiz (rendaman buah tamar). Di dalam suatu doa Rasullah ada menyebut " Ya Allah kurniakanlah aku dengan cintaMu yang lebih besar dari cintaku kepada nyawa, harta, anak dan cintaku kepada air sejuk"

Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu minuman air sejuk itu mempunyai khasiat yang lebih besar. Adapun minuman jika terkumpul di dalamnya kemanisan dan kesejukan akan menjadi asbab yang paling bermanfaat untuk penjagaan kesihatan tubuh badan. Ini sekali gus berperanan bahan pemakanan dan mencernakan makanaan yang masuk ke dalam tubuh lalu menyalurkannya ke seluruh anggota badan.

Adab Minum:

- Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan.
- Bacalah " Bismillah".
- Minum dengan 3 nafas.
- Minum dalam keadaan duduk bukan berdiri.
- Jangan bernafas ke dalam air. Setiap kali berhenti minum, arahkan pernafasan ke tempat lain.
- Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan) bacalah "Alhamdullilah".
- Jika tidak ada tempat untuk duduk, diharuskan minum sambil berdiri.
- Jangan terus minum selepas melakukan persetubuhan ataupun setelah selesai mengerjakan kerja-kerja berat.
- Jangan minum berlebihan sampai kembung perut.

~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

23 January 2013

~Ilmu Penunduk Suami....~

Assalamualaikum n Selamat menyambut Maulidur Rasul pada esok hari 12 Rabiulawal 1434.  Saspen tak tajuk n3 ne?   eheheeee... Nak tak ilmu pennduk suami ne? Senang je, cuba liat pic kat bawah ne...
 
Tu dia pesanan dari Ustaz Azhar Idrus, eheheee... Aima memang minat giler ngan UAI ne, selalu tengok kat Tv n Youtube, sempoi je.  Padat ngan nasihat di samping gurauan yang tak buat kiter mengantuk.  Memang best...

Memang betul kan pesanan UAI ne.  Tak payah nak jumpa bomoh o buat nasi kangkang, ikut je amalan kat atas ne, Insya Allah melekat suami ngan kiter.  Sebagai isteri kiter kenalah berusaha menyenangkan hati suami sepertimana waktu bercinta dulu, uhukkkk ^___^

Sebenarnya pesanan ini untuk diri Aima jugak, terlalu banyak kekurangan pada diri ini.  Dah buat sehabis baik sebagai isteri dan ibu, Alhamdulillah.  Jika ada yang kurang tu adatlah kan takde manusia yang sempurna, +,+

Harapan Aima kepada diri sendiri agar mampu membahagiakan suami dan anak-anak.  Nak menjadi yang terbaik di mata suami dan anak-anak.  Orang tak pandang diri ini cantik o istimewa takpelah janji suami tau kelebihan dan kekurangan Aima.  

So bagi para isteri mari kiter amalkan ilmu penunduk suami ne ye, eheheeee...
lari dari tajuk la pulak, ahahaaa...tapi Aima suka words ne ^___^

~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

10 November 2012

~Khasiat Kacang Bendi~

Bendi yang juga dipanggil kacang lendir ialah sejenis sayuran yang biasa didapati di pasar. Sayur bendi selain enak untuk dimakan secara goreng, juga amat sedap dicampur ke dalam kari ikan. Lebih-lebih lagi kari ikan “tongkol”. Namun begitu tidak ramai yang tahu akan khasiatnya. Sebenarnya biji bendi boleh dijadikan sebagai alternatif kepada kopi. Baik bagi mereka yang ingin mengelakkan kafein dalam kopi. Daunnya juga boleh dimakan sebagai sayur.

Bendi juga baik untuk fungsi otak. Ia dapat menambahkan daya ingatan serta daya kecergasan otak. Lepas ni, sesiapa yang tidak mahu cepat nyanyuk tu, bolehlah beli sayur bendi banyak-banyak. Bukan untuk orang-orang tua sahaja, malah orang muda pun sekarang dah cepat sangat lupa. Maklumlah, zaman sekarang ni banyak unsur-unsur kimia berbahaya yang terdapat dalam makanan terutama makanan segera.

Kegunaan Bendi: Ambil biji, akar dan bunga dan rebuskan. Air rebusan itu apabila diminum boleh menjadi ubat seperti berikut:
• Melawaskan pembuangan air kecil
• Boleh meredakan bengkak dan radang
• Meringankan masalah susah bersalin (dijadikan selusuh)
• Mengubati penyakit gonorea
• Mengubati sifilis
• Apabila dicampur dengan gula, boleh dijadikan sebagai sirap ubat batuk dan ubat sakit kerongkong.
• Untuk mengubati bisul dan kudis, boleh gunakan air rebusan itu untuk menyapu pada tempat yang berkenaan.

p/s: bendi goreng belacan pun sedap gak, yummyyyy @,@

~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

06 November 2012

~Petua Menghilangkan Parut~


~ Ambil biji asam jawa. Goreng tanpa minyak lebih kurang 5 minit. Kemudian ambil dan goreskan pada batu atau permukaan yang kasar. Bila keluar serbuknya, titiskan air dan gosok pada parut. Jika di amalkan ia akan dapat menghilangkan parut tersebut.

~ Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air. Bancuhkan bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut. Lakukan sekerap yg mungkin. Lama-kelamaan, parut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.

~ Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dengan mencampurkan sedikit air. Jangan terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yang berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Ia amat berkesan untuk menghilangkan parut.

~ Amalkan gosok setiap hari dengan kulit pisang lemak manis atau kulit pisang kapas.

~ Sapukan dengan sebarang ubat gigi setiap hari.

~ Ambil sedikit beras, kunyit hidup dan sedikit bawang putih. Kisar bahan-bahan ini sehingga halus. Kemudian, campurkan dengan sedikit air dan ratakan ke muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian gosokkan perlahan-lahan sama seperti memakai skrub. Setelah itu bilaskan dengan air suam. Lakukan setiap hari dan anda akan mendapat hasil yang memuaskan.

~ Basuh bersih daun lidah buaya yang segar. Sapukan lendirnya di serata kulit yang berparut setiap kali sebelum tidur. Biarkan semalaman dan cuci keesokannya dengan air suam.

~ Ambil beberapa biji pisang emas dan kupas kulitnya. Tenyehkan bahagian dalam kulit pisang pada parut. Lakukan setiap hari sehingga anda dapat lihat perubahannya.

~ Campurkan segenggam bedak sejuk yang telah dicampurkan dengan cekur yang telah ditumbuk halus. Pakai bedak sejuk ini sebelum masuk tidur. Lakukan sehingga kesan parut itu hilang.

~ Kisar timun dan sebiji tomato. Tapiskan airnya dan minum untuk menyejukkan badan. Ambil hampas timun dan tomato tadi, gossokkan di bahagian muka, tangan dan kaki. Amalkan seminggu sekali.

~ Goreng biji asam jawa tanpa minyak lebih kurang lima minit. Kemudian ambil dan goreskan pada batu atau permukaan yang kasar. Bila keluar serbuknya, titiskan dengan air dan gosok pada parut. Amalkan selalu dan lihat hasilnya.

~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

~Petua Mencerahkan Kulit~

Beras pulut diakui khasiatnya sejak turun-temurun. Orang tua-tua dahulu menggunakan pulut goreng yang ditumbuk halus, dicampur bedak sejuk dan dijadikan lulur. Ramuan ini digosok seminggu sekali pada seleruh
badan. Ia berfungsi untuk menanggalkan daki dan sel-sel mati serta menghaluskan kulit. Manakala serbuk beras pulut dan beras pulut hitam khusus untuk menanggalkan sel kulit mati, mengurangkan parut, di samping memerah dan memutihkan kulit wajah dan badan.


Cara-Caranya:
1. Rendam beras pulut hingga lembut, kemudian tumbuk sehingga lumat.
2. Sebelum mandi, lumurkan seluruh badan dengan beras yang ditumbuk.
3. Biarkan lumuran tersebut separuh kering dan sental kulit anda perlahan-lahan.
4. Bilas badan anda dengan air mandian. Amalkannya sekerap yang mungkin.
5. Untuk hasil yang terbaik amalkannya 2 kali seminggu. Kulit tubuh anda dijamin akan cerah dan berseri-seri.

~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

05 November 2012

~Petua Meredakan Demam Panas~


Assalamualaikum.  Dah beberapa hari Mr Hubby tak berapa sihat n demam.  Sian my laling, uhuhu... Memang takde mood lah beberapa hari ne, muka pun monyok manjang sampaikan nak share citer pun Aima tak berani, bukan apa takut bolayan nanti kecik pulak ati wife dia ne.  F kena pujuk ok gak tapi f kena biarkan, caner??? kan kena pujuk diri sendiri, uwahahahaaaa....

Dah ajak pi klinik beberapa kali tapi tak nak, selalu kata nanti lah bila 2-3 hari ne tak sembuh-sembuh.  Alahai sayang ne dah dekat seminggu dah demam pasang surut, tak kan nak biarkan lama-lama, ermmm...

Dah banyak gak panadol n ponstant Mr Hubby telah tapi masih macam tu gak, sekejap ok sekejap tak ok.  So semalam Aima merajinkan diri bertanya pada Mr Gooogle mana lah tau dia ada petua yang boleh di turutkan, tak salah mencuba petua tradisional kan asalkan cepat sihat. 

Ini dia petua yang Aima dapat dari tenet mana lah tau ada gak yang nak try..
 
~ Ambil sebuku asam jawa, ramas dengan sedikit air. Selepas itu sapukan air tersebut pada ubun-ubun dan seluruh kepala. Biarkan air asam jawa itu kering di kepala. Anda akan dapati demam anda ata
u anak anda akan mulai reda. Lakukan sehingga benar-benar sembuh.

~ Ambil 3 helai daun sirih dan ramas ke dalam semangkuk air bersih bersama buah pinang muda yang telah dipecah-pecahkan. Jaramkan ramuan ini pada kepala. Lakukan beberapa kali sehingga panas badan berkurangan.

~ Ramaskan 5 helai daun bunga raya, 2 helai daun rambutan dan sedikit daun jambu batu hingga keluar lendir dengan sedikit air. Sapukan pada dahi dan rambut anak.

~ Ramas semangkuk asam jawa dengan beberapa kuntum bunga raya. Selawat sebanyak 3 kali dan kemudian sapukan ke kepala dan seluruh badan. Biarkan seharian.

~ Ramaskan beberapa helai daun pucuk bunga raya dan bawang. Lumurkan ke seluruh kepala terutama ubun-ubun kepala. Ulangi beberapa kali.

~ Ambil lidah buaya (aloe vera) dicampur dengan daun setawar berserta gula batu sebesar ibu jari. Semua bahan tersebut ditumbuk hingga benar-benar hancur dan lumurkan pada kepala anak, bahagian tengkuk, bawah ketiak, celah kangkang, belakang badan dan tapak kaki.

~ Ambil segengam beras pulut dan digoreng tanpa minyak sehingga kekuningan. Ambil sedikit beras pulut yang telah digoreng tadi dan campurkan dengan secawan air panas. Tunggu air tadi suam dan ditapis. Bolehlah beri bayi anda minum air tersebut.   Lebihan beras tersebut boleh dibuat mandi dengan mencampurkannya ke dalam air panas. Panas badan bayi anda pasti akan berkurangan.

~ Ramas daun durian belanda dalam air sehingga keluar lendir. Sapukan air durian belanda pada seluruh badan.

~ Ambil pegaga termasuk akarnya. Basuh dengan direndam dalam air garam untuk membunuh sebarang bacteria. Selepas itu kisar dan minumlah jusnya. Jika ingin rasa manis, tambahkan gula batu. Boleh diminum sejuk atau panas.

~ Ambil buah kembang semangkuk dan halwa kundur dan rendam lebih kurang 1/2 jam hingga 1jam di dalam air mineral/air putih. Airnya diminum untuk meredakan panas badan.

~ Ambil segenggam daun betik dan tumbuk hingga halus. Kemudian tapis airnya menggunakan sehelai kain bersih. Air pati daun betik itu hendaklah diminum. Dalam tempoh 12 jam anda akan melihat perbezaannya.

~ Ambil 7 helai daun sirih, kemenyan sebesar ibu jari dan 3 ulas bawang merah. Giling halus dan tampalkan di dahi. Lakukan 2 kali sehari. Cara ini bagi menghilangkan demam dan sakit kepala selepas bersalin.
 

~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

09 August 2012

~Petua Agar Wajah Lambat Nampak Tua~

Ukirkan Senyuman 
- Senyuman boleh membantu mempertahankan bentuk wajah anda.


Ambil Minyak Ikan 
- Perbaiki kulit anda dengan mengambil tablet minyak ikan  (Cod Liver Oil) sehari sekali.  Ia merupakan  sumber vitamin A, D dan asid lemak untuk kulit.


Amalkan Teh Hijau 
- Pengambilan teh hijau memang telah membuktikan begitu berkesan dalam melambatkan penuaan.


Krim Pelembab 
- Pastikan kulit sentiasa disapu dengan krim pelembap bila berada di dalam bilik yang berhawa dingin bagi mengelakkan kulit menjadi kering.

~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

27 July 2012

~Petua Mengenai Beras~


~ Membersihkan Beras ~
- Jangan dibasuh beras lebih dari 3kali kerana ia akan mengurangkan kanji dan khasiatnya akan hilang.

~ Beras Tidak Berkutu ~
- Masukkan beberapa tangkai cili kering atau serai ke dalam bekas beras. Hasilnya beras tidak akan berkutu dan sebaliknya berbau wangi.

~ Menghilangkan Hapak Beras ~
- Basuh dan masak beras seperti biasa di dalam periuk. Apabila airnya kering, masukkan sehelai daun pandan ke dalamnya.

~ Beras Tidak Bermutu  ~
- Kalau anda tersilap membeli beras dan mendapatinya kurang enak dan tidak bermutu, gorengkan beras tanpa minyak dan rendam dalam air beberapa minit. Masaklah seperti biasa. Nasi akan menjadi lembut dan sedap di makan.

~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

18 July 2012

~Petua Agar Anak Cepat Berjalan~



Setiap pagi ambil air embun di luar rumah. Sapukan pada keseluruhan kaki anak sambil selawat Nabi banyak-banyak. Amalkan selama 3 kali seminggu.
 

~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

Copyright© All Rights Reserved mama-aima.blogspot.com