Showing posts with label Kisah Sedih. Show all posts
Showing posts with label Kisah Sedih. Show all posts

06 March 2019

Speechless Wednesday

  SURIA AMANDA: Tabahnya Seorang Wanita
Assalamualaikum.  Pernah rasa mata berdenyut-denyut hingga raasa tak selesa? Kalau nak di google memang banyak huraian dan tandanya.  Tapi kita tak boleh nak percaya, khurafat namanya.  Kita dapat tahu semua ne pun dari orang-orang dahulu yang dah awal makan garam dari kita.  Ada jugak yang benar ada jugak yang tidak, wallahwalam.

Sejak beberapa minggu ini kelopak mata kiri atas Aima memang sentiasa berdenyut hingga membuatkan rasa tak selesa, dah tu kelopak mata bawah belah kanan pulak berkedut, Astaghfirullah.
Hati pun rasa tak sedap.  Memang Aima tak hiraukan sangat.  Pernah jugak Aima bercakap dengan mata sendiri, lebih kurang macam ne, "Mata jika kau berdenyut ne membawa berita baik, berhentilah kau berdenyut tapi jika sebaliknya aku mohon semoga Allah memberi aku petunjuk"

Setiap masa tak kira waktu solat atau tak, tak putus-putus Aima berdoa semoga apa yang terdetik dalam hati Aima ini adalah perkara bohong.  Aima memohon agar Allah memberi petunjuk yang sebaik-baiknya.  Alhamdulillah doa Aima di makbulkan.  Tak semena-mena segalanya terungkap, Allahuakbar.

Memang beberapa hari ne Aima rasa down, kecewa, terluka dan hati rasa hancur sehancurnya.  Hanya pada Allah Aima memohon agar diberi kekuatan semula.  Nafsu makan hilang serta merta, perut rasa kenyang.  Bila memandang muka anak-anak Aima rasa kuat, lebih-lebih lagi bila memandang muka anak syurga Aima, Allahuakhbar.

Bukan hendak membuka pekung di dada cuma dalam blog ini saja dapat Aima luahkan apa yang terbuku di hati ini.  Sebab Aima tahu cuma 2-3 orang saja yang tahu blog ini kepunyaan Aima.  kat lain-lain laman sosial memang Aima tak kongsikan.

Ya Allah ku memohon kepada mu, berilah aku kekuatan untuk menempuh dugaan ini.  Berilah aku kesabaran yang tinggi, kembalikanlah diri ku yang dulu yang sangat positif, berdikari, kuat dan tabah.  Kasihani anak-anaku Ya Allah, aku tak nak mereka melihat aku lemah dalam situasi seperti ini.  Hanya engkau yang tahu betapa aku sangat cinta dan sayang anak-anaku.  Tabahkanlah hati ku Ya Allah.  Aku redha dengan semua ini walaupun hatiku sudah hancur lebur.  Mungkin silap ini juga berpunca dari diriku, maka ku mohon ampunkan dosa-dosa ku Ya Allah, berilah aku peluang untuk membaiki kesilapan ku.  Rahmatilah diriku dan keluarga ku dari apa jua anasir jahat, amin ya rabbalalamin
Tangisan seorang wanita muslimah - Elinotes review

~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

Naluri Seorang Isteri

 Image result for naluri seorang isteri
Assalamualaikum dan Salam Rabu semua, semoga kita semua sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah, amin.  

Korang percaya tak naluri isteri ne cukup kuat? Isteri mempunyai 6th sense yang selalunya betul.  Bukan yang dibuat-buat ok.  Selalunya kaum isteri ne tak tergesa-gesa nak menuduh suami tanpa bukti tapi Allah itu ada, walau di sembunyi macamana sekalipun lambat laun pasti terungkap jua. 
Kalau suami cuba tipu,langkah sumbang,selalunya Allah akan gerakkan naluri isteri.  Tak cepat, lambat laun pasti diketahui isteri juga.

So para suami tolong hargai isteri anda walaupun dia dah tak secantik dulu.  Cantik tak bawa kemana, semua manusia di bumi Allah ini pasti akan tua, kecantikkan pasti akan pudar jua di mamah usia.  Di saat engkau terniat hendak pasang dua atau saja nak test market, cuba engkau bayangkan wajah isteri dan anak-anak, bayangkan jika engkau di tempat mereka, apa yang engkau rasa?

Balik ke rumah renunglah wajah isteri, tak kasihan kah engkau padanya? Dia insan yang telah kau ambil dari orangtuanya dengan lafaz akad nikah, dia wanita yang sudah memberi mu zuriat, yang menjaga kebajikan mu siang dan malam, yang sangup susah senang bersama mu.  Tergamakkah kau menduakan dirinya?

Percayalah wahai para suami, hati isteri ne sekali terluka selamanya parut berbisa.  Setenang macamana pun isteri di saat mengetahui dirinya diduakan, gelombang di dalam hatinya hanya dia dan Allah saja yang tau, sakitnya tak dapat nak digambarkan dengan berjuta kata-kata.  Sekali kau memusnahkan kepercayaannya, selamanya keraguan masih tumbuh di hatinya.

Kekurangan isteri bermula dari kekurangan suami.  Memang takde wanita yang sempurna, setiap wanita mempunyai kekurangan, tapi engkau sebagai suamilah yang harus menutupi kekurangan tersebut.

Sayangi isterimu nescaya bahagialah rumahtangga mu.
  Detail Gambar Wanita Muslimah Menangis Koleksi Nomer 22

~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

15 January 2019

Bibiku Balik Kampung

 Image result for salam selasa image
Assalamualaikum dan Salam Selasa.  Walaupun dah pertengahan Januari 2019 Aima tetap nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2019.  Semoga di tahun baru ini kita semua dipanjangkan umur, disihatkan tubuh badan, dimurahkan rezeki seluas lautan, diberikan kebahagiaan dunia dan akhriat dan semoga apa pun yang hadir dalam hidup kita yang baik-baik belaka, amin.

Dekat 3 bulan jugak tak bukak blog kesayangan ne.  Hajat dihati nak update selalu tapi apakan daya masa tak mengizinkan dan terlalu banyak komitment yang harus didulukan.
Banyak juga peristiwa yang berlaku di tahun 2018 yang Aima lalui, banyak suka duka, ada ketawa canda, ada jugak air mata.  Alhamdulillah hati masih kuat dan masih mampu bersabar.  Aima share kisah bibik yang balik dulu ye tuk kenangan di kemudian hari.

Image result for muslimah maid 
Hujung bulan Oktober bibik yang dah kerja dengan Aima dekat 11 tahun balik ke negara asal disebabkan anak beliau yang sakit mengejut, baliknya pun secara mengejut.  Sepatutnya bibik balik hujung bulan November, dah beli tiket pun tapi disebabkan anak beliau masuk ICU kerana kegagalan buah pinggang, Aima dan suami pun tak berani nak menahan, takut jadi sesalan di kemudian hari.  Kita pun ada anak, so kita pun tau apa yang dia rasa.

Masa nak hantar adik sekolah, dalam kereta bibik bagitau kalau boleh nak balik secepatnya sebab dia risau sangat kat anak dia, terkedu jugak Aima dibuatnya, ye lah mengejut kan sapa tak terkejut.  Setelah dengar semua cerita bibik Aima pun bincang dengan Mr Hubby, nasib baik Mr Hubby faham, kata Mr Hubby if bibik dah nak balik kita bagi balik je lah kesian kat dia tentu susah hati fikirkan anak yang jauh di mata.

So Aima pun terus uruskan pertukaran tiket dan memohon Re-Entry Visa untuk bibik.  Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan bibik boleh balik keesokan harinya, sebab if nak balik hari itu jugak memang tak sempat, flight dah terbang.  Memang kelam kabut jugak.  Fikiran Aima pun bercelaru, mana nak fikirkan anak-anak nanti.  So Aima berserah semuanya kepada Allah SWT mana yang terbaik Aima sekeluarga ikut saja.
https://cdn.shopify.com/s/files/1/0376/3161/products/packing-cubes-value-bundle_2000x_e34c2f09-52c6-457b-a739-32f5d50984f8_900x.jpg?v=1540901132
Petang hingga malam Aima bawa bibik beli barang-barang yang hendak dibawa balik, tukar duit di money changer, kirim duit yang ada dan bawak jumpa kawan2 dia sekejap.  Malam hari tolong bibik packing barang-barang dia.  Sekali tengok fuhh banyaknya barang bibik, berkotak-kotak dan berbeg-beg, ahahaa..

Malam hingga ke pagi Aima tak dapat tidur lena memikirkan bibik yang nak balik.  Bibik dah bagitahu awal-awal yang dia tak janji nak balik lagi ke sini atau tidak.  Pada mulanya bibik memang mintak cancell saja Pas Kerjanya tapi Aima yang tak nak, Aima kata manalah tahu bibik nak datang lagi, uhuhuuu...

Seawal 3 pagi Aima dah bangun dan tengok bibik masih sibuk packing barang dia yang lain.  Pilu rasa hati melihat bibik, mana lah tak sedih kan 11 tahun tinggal dengan kita, jaga anak kita dari kecik sampai besar, sayang anak kita macam anak dia sendiri, dia lah tempat kita mengadu suka duka, dialah yang tahu segala rahsia kita, dia lah orang harapan kita, tahu-tahu lepas ne dapat jumpa lagi ke tidak, sedih weiiii..

Paling sedih bila memikirkan anak bungsu Aima yang sangat rapat dengan bibik, dia yang jaga dari lahir hingga berumur 7 tahun, dah macam anak dia sendiri dah.  Tapi apa boleh buat suami dan anak-anak lebih memerlukan dia.

Seawal pukul 7 pagi dah bawak bibik ke airport sebab flight bibik pukul 11, so standby awal takut-takut ada hal yang tak diketahui so lebih baik bersedia awal.  Aima, abang dan kakak je yang hantar bibik.  Mr Hubby kat rumah jaga Abang Beh dan Adik.  Adik memang tak boleh bawak ke airport takut-takut bibik yang tak boleh balik nanti heheeee.. Terpaksa semua tak sekolah hari itu sebab tak sempat nak kejar kesana kemari, kecuali kakak yang boleh masuk lewat sikit.
Image result for menangis
Alhamdulillah semua urusan bibik lancar dan boleh balik dengan senang hati.  Cuma Aima yang banjir air mata, nasib baik tak banjir airpot hahaaa.. mana tak sedih kan, dah anggap macam keluarga sendiri, tak pernah pun anggap bibik orang asing, banyak budi baik dia kat family Aima.  Sakit demam anak-anak dia juga yang ikut jaga.  Masa almarhumah mama sakit pun bibik juga yang tolong sama jaga, uhuhuuu...

Lepas bibik check in, maka bermulalah kehidupan tanpa bibik, penat tak usah cakap lah.  Terkejar sana sini sampai diri sendiri pun dah tak terurus, ahahaaa... Sekarang Alhamdulillah boleh dah terima kenyataan yang kena buat semua sendiri, padan muka ahahaa...Kena pandai manage masa sendiri.

Sekarang bibik pun dah bagitau mungkin tak datang lagi sebab anak dia masih sakit.  Dan bibik pun dah bukak balik gerai jualan dia yang ditinggalkan dulu, Alhamdulillah pelanggan bibik yang ramai dulu datang balik ke gerai dia.  Semoga gerai bibik berjalan lancar dan sukses ye bik.  Jasa baik bibik kat Aima sekeluarga takkan kami lupakan.  Kami tetap sayang bibik sampai bila-bila.  Jika bibik rasa nak datang lagi, Alhamdulillah kami terima dengan senang hati.  

Ok olz Aima mintak diri dulu ye, Insha Allah nanti Aima sambung kisah yang lain.  Banyak sebenarnya yang share tapi tak tau mampu ke tidak jari ne nak menaip.  Jumpa lagi tau jangan serik-serik skodeng blog Aima.  Assalamualaikum
Image result for kau tetap dalam ingatan





~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

04 October 2018

Sebuah Kisah Untuk Pengajaran Bersama

 
Image result for kasih sayang keluarga kartun
Sebuah kisah untuk renungan kita bersama.
 
Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya terbuka. Perlahan kereta di halakan ke dalam garaj.

“Horey! Papa balik!” Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya.

“Tepi! Bahaya tau tak?” Jeritnya.
Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar.
“Aimin bawa adik ke belakang.” Arahnya pada anak yang sulong.

Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka.
“Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita,” pujuk Laila.
Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun.
“Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutup paip tu! Buka shower!” Sergahnya. Suara yang bergema mematikan tawa anak-anaknya. “Asal saya balik rumah mesti bersepak. Kain baju berselerak. Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?” sambungnya kembali bila isterinya terpacul di belakang pintu.
“Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa minum ye. Mama dah siapkan kat taman.” Balas isterinya lembut.
“Fail saya kat depan tu mana?”
“Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan.”
“Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu patutnya saya bawa meeting tengahari tadi.” Rungutnya sekalipun di hati kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu. Suasana sepi kembali. Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari riuh suara anak-anak dan wajah isterinya.
“Laila&” Keluhnya Akhirnya dia terlena di sofa.
“Saya nak ke out station minggu depan.”
“Lama?” Soal Laila.
“Dalam seminggu.”
“Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?”
“Budak-budak?”
“Ikut jugalah.”
“Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana . Tengok masa kat Legacy dulu tu”
“Masa tu Amirul kecik lagi.” Balas Laila. Wajahnya sayu. Dia masih berusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan yang dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan di hotel dulu berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku. Lagipun apa sangatlah harganya pinggan itu malahan pihak hotel pun tak minta ganti rugi.

” Bolehlah Pa ! Lama sangat kita tak ke mana-mana.”

“Nak jalan sangat Sabtu ni saya hantar awak balik kampung,” Muktamad! Demikianlah seperti kata-katanya. Anak-anak dan isterinya dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa-apa meskipun dia sebenarnya berkecil hati. Anak-anak terlompat riang sebaik kereta berhenti di pengkarangan rumah nenek mereka. Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapa mertuanya membekalkan sebuah kitab lama.
“Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka bakar abah ambik bagi kamu!”
 
“Manalah saya ada masa..”

“Takpe..pegang dulu. Kalau tak suka pulangkan balik!” Dia tersentak dari khayalannya. “Kalau tak suka pulangkan balik!” Kata-kata itu bergema di fikirannya. Dia rasa tersindir. Tahukah bapa mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu? Bukan..bukan tak suka malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat Laila adalah isterinya. Cuma..

“Mizi, makan!” Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu lalu. “Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah.”

“Papa! Makan!” Jerit Aiman ,anak keduanya sambil tersengih-sengih mendapatkan dirinya.

“Tak boleh panggil papa elok-elok. Ingat papa ni pekak ke?”

Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya tiba-tiba saja marah. Dia berpatah semula ke dapur.

“Awak masak apa?”

“Mama masak sup tulang dengan sambal udang!” jawab Amirul memotong sebelum sempat mamanya membuka mulut.

“Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah saya tak nak makan. Hilang selera!”

“Papa nak ke mana?” Soal isterinya perlahan.

“Keluar!”

“Mama dah masak Pa!”

“Awak saja makan!”

“Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!”

Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai mengambil hatinya. Aiman tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah papanya keluar dari ruang makan.

“Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marah ma?” Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi.

“Papa banyak kerja agaknya. Dah! Makan.”

“Abang tak suka tengok papa marah-marah..”

“Adik pun sama. Bila papa marah muka dia macam gorilla kan ?”

Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain. Laila menjeling. Di hati kecilnya turut terguris Besar sangatkah dosanya hingga menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa?

Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong.

“Laila..” serunya

“Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit kau nanti.” Kata ibunya yang muncul tiba-tiba.

“Sunyi pulak rumah ni mak,”

“Lama-lama kau biasalah.”

Airmatanya menitis laju. “Kalau tak suka pulangkan!” Dia rasa terhukum. Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa terluka. Kehilangan yang amat sangat.

“Papa beli apa untuk Aiman?” Soal Aiman sebaik dia pulang dari outstationnya.

“Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang tu.”

“Tak ada lah?”

“Ingat papa ni cop duit?”

Aiman termanggu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur. Seketika kemudian rumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang bertiga itu mengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang berisi hidangan minum petang.

Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang tapi ada sesuatu yang sukar ditafsirkannya.

“Awak tak sihat ke?”

Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan.

“Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi.” Aimin mencelah di antara perbualan kedua ibu bapanya.

Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat. Tiba-tiba cawan berisi kopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai. Aiman tercegat.

“Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu tak tumpah tak sah!” Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan. Baju mamanya dipegang kejap.
Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis. Pantas saja akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila cuba menghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi. Aiman di pukul lagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan mamanya.

“Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!”

Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam pelukkannya. Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya terhadap anak-anak.

“Cukuplah pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang bukan-bukan.” Ujar Laila perlahan

“Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya? Tengok anak orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak macam ni. Panjat sana , kecah barang. Gila apa?” Omelnya kembali.

Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya anak itu tak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di matanya. Ada saja yang kurang di hatinya terhadap anak-anak dan isteri. Tak cukup dengan perbuatan malah dia begitu mudah melemparkan kata-kata yang bukan-bukan terhadap mereka.

“Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas betul duduk dalam rumah ni.”

Laila menyuruh anak-anaknya bermain di halaman belakang rumah. Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton dengan tenang. Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca pecah.
“Celaka betul!” Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke meja.

“Abang!”

“Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan! Perangai satu-satu macam tak siuman!” Getusnya kasar.

Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti. Cerita sumpah seranahnya petang itu hilang begitu saja. Laila berubah. Sikapnya yang pendiam menjadi semakin pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh. Tak ada lagi cerita Amirul di tadika. Tak ada lagi kisah Aimin yang cemerlang di dalam sukan sekolahnya. Aiman juga tak lagi mahu memanggilnya makan. Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi sedikit pengajaran pada anak-anak.
 
“Pak Ngah, Eddie nak balik!” Shamizi terpana. Dia mengangguk.

“Kak Long balik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti.”

Alangkah mudahnya. Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa seperti Laila. Laila tak ada yang kurang Cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak pernah merungut. Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan mereka Laila tak pernah meminta lebih dari apa yang dia beri. Laila cuma dapat gred B walaupun dia teramat layak untuk mendapat gred yang lebih baik dari A.

“Laila”

“Papa nak ke mana hensem-hensem gini?”

Dia tersenyum sambil menjeling ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat.

“Wangi-wangi lagi. Dating ye?”

“Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untuk staff.” Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya.

“Ikut boleh?”

“Dia tak ajak family. Staff only!” Terangnya sedangkan difikirannya terfikir lain. Kali ni dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi. Helmi akan turut menumpangkan Maria dan Harlina. Staff yang masih muda dan bujang.

“Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah pun bawak kami.”

“Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam Lari sana sini, panjat itu ini. ”

“Papa pesanlah..”

“Nantilah besar sikit.” Dalihnya.
 
“Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu dah tak nak ikut pergi mana pun.”

“Lagi senang. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je,”

Laila terdiam. “Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki.”

“Saya pergi kejap je. Lepas tu terus balik.”

“Mama tanya sikit boleh?” Dia mengangguk

“Bos tak pelawa atau papa malu nak bawa mama dan anak-anak?”

Mereka dia tinggalkan di rumah. Di jamuan tu ramai staff yang membawa keluarga mereka bersama. Pada Shamizi dia mahukan keselesaan sedangkan hakikatnya anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja hidangan untuk anak-anak staff berderai bila ada yang bermain tarik-tarik alas kainnya.

“Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak cerdik,” ujar Mr. Kwai, tuan rumah.

Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu. Anak-anaknya pun nakal tapi amat membanggakan dalam pelajaran. Namun dia rasa serba tak kena bila bersama mereka. Bimbang ada yang menyata yang bukan-bukan tentang anak-anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya Laila. Bimbang dimalukan dengan perangai anak-anaknya. Bimbang jika dikatakan Laila tidak sepadan dengan dirinya. Dia lulusan luar negara sedang Laila cuma perempuan kampung. Tak pandai bergaya seperti staff wanita yang lain. Betullah jangkaan Laila, dia malu untuk memperkenalkan isteri dan anak-anaknya pada rakan-rakan.

“Kalau tak suka pulangkan!”

Kata-kata itu semakin keras di fikirannya. Pagi itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah. Semata-mata bila Aimin dan Aiman bergelut berebutkan tempat duduk di meja makan menyebabkan air cuci tangan tumpah ke meja. Berangnya tiba-tiba menguasai diri. Kepala kedua-duanya di lagakan sedangkan perebutan itu tidak pula disusuli dengan perkelahian.

“Kamu semua ni..kalau macam ni daripada ada elok tak ada. Menyusahkan!”

Laila merenungnya dalam.. Matanya berkaca dan anak-anak ke sekolah tanpa menyalaminya seperti selalu. Laila juga tidak berkata apa-apa sebelum menghidupkan enjin untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Shamizi dapat melihat Laila mengesat airmatanya. Dia terus menghadapi sarapannya. Sejenak dia terpandang hidangan untuk anak-anak yang tak bersentuh. Susu masih penuh di cawan. Roti telur yang menjadi kesukaan anak-anak juga tidak dijamah. Bekal di dalam bekas tidak diambil. Pelik! Selama ini Laila tak pernah lupa..

“Kalau tak suka pulangkan,”

Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus tak pulang selepas pagi itu. Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat anak-anak. Rumah terus sunyi dan sepi. Tetap dia tak dapat tidur dengan lena. Di halaman belakang hanya ada kenangan. Kelibat anak-anaknya bergumpal dan berlari mengejar bola tak lagi kelihatan. Riuh anak-anak bila mandi di bilik air juga tidak lagi kedengaran. Dia mula dihambat rindu. Hanya ada kesunyian di mana-mana. Hanya tinggal bola yang terselit di rumpun bunga.

Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya.Benarlah, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya.
 
Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah. Laila pergi membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah kereta lain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun untuknya. Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal dilahirkan dua bulan lagi..
 
Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah lesi anak-anak dan isterinya. Dia meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah. Hakikatnya Laila adalah kitab lama itu, lapuk bagaimana pun dipandangan harganya tak terbanding, dan kerana keengganannya Laila dipulangkan.
Moral: Hargai mereka yang berada disisi anda selagi mereka masih ada blogmenjerit.nangis Cerita sedih dan pengajaranblogmenjerit.nangis Cerita sedih dan pengajaran
Image result for sedih

~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

10 January 2015

 
Assalamualaikum n selamat petang olz.  Walau dah terlepas beberapa hari, Aima tetap nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2015.  Semoga tahun baru ini membawa segala kisah sedih, duka, pilu, lara dan yang seangkatan dengannya jauh dari hidup Aima.  Semoga tahun baru ini memberi Aima ketabahan dan kekuatan dalam meneruskan  kehidupan, amin..

Tahun 2014 memang banyak mencatat sejarah dalam hidup Aima.  Banyak suka duka, tangis tawa, sedih pilu yang Aima lalui.  Terlalu banyak airmata tertumpah tahun lalu.  Banyak kenangan dan memori yang tidak mungkin akan terhapus di telan zaman.

Di sini Aima ingin sekali mengimbas segala kenangan dan peristiwa yang Aima lalui di tahun 2014 sebagai kenangan dan tatapan di kemudian hari.  Terlalu banyak kisah yang ingin Aima kongsikan cuma belum ada kekuatan untuk jari ini menaip seperti biasanya.  

November 2014, hari yang mencatat duka dalam hidup Aima dan keluarga.  Dalam kegembiraan hendak menyambut hari perkahwinan adik bungsu, mama telah kembali ke rahmatullah, sehari sebelum hari persandingan adik Aima.  Dalam kesibukkan memasak untuk acara berinai pada sebelah malamnya, dalam kesibukkan hendak bersiap sedia untuk menyambut tetamu yang datang, tepat waktu isya mama telah pergi buat selamanya tanpa sempat diri ini mendengar kata-kata terakhir dari mama tersayang.  Tapi Syukur Alhamdulillah sebelum mama menutup mata Aima sempat meminta ampun kat mama, uhuhuuuu...

Mama memang telah lama menghidap sejenis penyakit yang tidak di ketahui apa punca dan apa jenis sakitnya.  Doktor cuma dapat mengatakan sejenis penyakit tetapi di buat tanda ???????? Doktor sendiri tidak dapat mengesan punca sakit tersebut.  Tetapi sakit mama tersebut ada pasang surutnya.  Ada masanya baik dan ada masanya timbul semula.

Sembuh dari sakit tersebut, mama di uji lagi dengan penyakit lain iaitu kencing manis yang melarat dengan begitu cepatnya hanya dalam masa 1 bulan hingga memaksa jari kaki mama di potong, Astaghfirullah...  Mama di tahan di hospital lebih dari 1 bulan.  Walaupun Aima tak dapat nak jaga mama sepenuh masa tetapi Aima tetap mencari masa free untuk menjaga mama di hospital.  Alhamdulillah dalam kesibukkan sebagai isteri dan ibu, Aima tetap dapat meluangkan masa menjaga mama pada malam hari walaupun cuma dalam 1 minggu 1x, selebihnya adik yang menjaga.  Syukur dapat adik seperti nya kerana sanggup berkorban masa, tenaga dan wang ringgit demi menjaga mama walaupun adik sedang menghitung hari hendak bergelar seorang isteri.  Dalam kelam kabut dan kesibukkan menjaga mama, adik terkejar sana sini menyiapkan segala kelengkapan hari bahagianya.  Dalam kekalutan memikirkan banyak benda, Adik tetap meletakkan mama di tingkat pertama dalam urusan sehariannya.  Adik sanggup berbulan tidur di hospital demi untuk melihat kesembuhan mama.  Hanya Allah saja yang dapat membalas jasa mu adik ku.

Berbagai cara telah kami sekeluarga lakukan demi melihat kesembuhan mama, tak kira lah apa saja yang orang kata itu boleh memberi kesembuhan, itu lah yang kami cuba tanpa mengira harga, asalkan mama sihat seperti sediakala.

Kesakitkan yang mama deritai semakin hari semakin teruk.  Doktor telah memberi keputusan hendak memotong kaki mama hingga ke paras lutut tetapi mama, bapa dan kami adik beradik tidak bersetuju.  Cukuplah mama tersekesa  dengan keadaan jari kakinya yang dah tak sempurna dan dah tak boleh berjalan lagi.  Lalu doktor menyarankan agar mama di bawa pulang ke rumah dan menjalani rawatan di hospital setiap hari.

Tanpa mengharapan Doktor semata-mata kami sekeluarga berusaha sedaya upaya untuk menyembuhkan mama.  Bapa Aima sendiri banyak berkorban jiwa raga, wang ringgit, tenaga dan segala-galanya untuk mama.  Kalu ada pertandingan suami mitahli memang bapa lah pemenangnya.  Bapa menjaga mama dengan baik sekali.  Sejak mama susah hendak berjalan semasa di hospital mama kami pakaikan pampers bagi memudahkan mama.  Boleh di kira dengan jari suami yang sanggup membersihkan najis isteri dan menukar pampers isteri di saat isteri sendang sakit, dan di antara suami tersebut adalah bapa Aima sendiri, Alhamdulillah.

Dan semenjak mama di keluarkan dari Hospital, rumah orangtua Aima adalah rumah kedua bagi Aima.  Tak kira siang malam selagi ada masa free memang Aima akan menjenguk, merawat dan menjaga mama.  Sebab Aima tahu mama memang mengharapkan kedatangan anak-anak perempuannya ini.  Kalau Aima lambat datang, semasa tangan mama masih dapat mendail telefon, memang mama akan call aima dan meminta Aima datang menemuinya.  Dan tatkala mama dah tak boleh bercakap seperti biasa, hanya miss call yang mama lakukan dan Aima faham maksud miss call tersebut.  Di saat tangan mama dah tak boleh nak ketik  touch secreen fon lagi, mama hanya meminta adik atau sesiapa saja yang ada di sana untuk memanggil Aima.

Sebagai anak sedaya upaya Aima memenuhi permintaan mama walaupun ada masanya Aima tak tertunaikan.  Sebagai isteri dan ibu serta wanita bekerja terlalu banyak komitmen yang Aima galas dan memang Aima akui ada jugak masanya Aima cuma dapat menjenguk mama cuma sekejap2 sahaja.  Bila di fikrikan balik memang terkilan rasanya.

Mama pernah berkata kat Aima dan kat sesape yang datang menjenguk mama, kata mama if Aima ada dekat mama, mama rasa selamat sebab mama memang mengharapkan Aima, mungkin sebab Aima anak perempuan pertama.  Memang sedih untuk di kenang, tak terasa berlinanang air mata saat menaip entry ini.

Setiap pagi rutin Aima adalah menggantikan tempat bapa dan adik bungsu yang telah bersengkang mata menjaga mama hingga ke pagi.  Setiap pagi sebelum masuk kerja Aima akan menukar pampers mama, menyediakan berberus gigi mama, melap badan mama, shampoo rambut mama dan menukar baju mama.  Dan ada kalanya membuatkan mama minuman.  Setelah siap barulah Aima pergi kerja.

Sekarang semua itu sudah takde lagi, semuanya tinggal kenanagan.  Ya Allah tabahkanlah hati kami Ya Allah.  Terlalu sedih sebenarnya Aima nak meneruskan catatan ini, Insha allah jika ada kekuatan Aima akan sambung kembali.  Terlalu banyak kenanagn selama 38 tahun Aima hidup bersama mama.  Banyak suka duka Aima kongsikan dengan mama, banyak rahsia yang cuma mama dan Aima yang tahu.  Kini tidak ada lagi tempat Aima nak mengadu, uhuhuuu...

Hari ini genap 40 hari pemergian mama.  Ingin rasanya Aima menziarahi pusara mama hari ini tapi apakan daya ada komitment yang lain yang harus Aima dahulukn, hanya doa yang dapat Aima titipkan di saat ini.

Kini keutamaan Aima selain dari suami dan anak-anak adalah bapa Aima.  Walaupun ada adik, abang dans seorang anak buah yang tinggal bersama bapa tapi Aima tahu bapa sedang bertarung dengan kesedihan dan kenangan yang tercipta di antara mama dan bapa dahulu.  Walaupun sebelum ini Aima dan adik beradik lain tak berapa rapat dengan bapa namun di lubuk hati kami, kami tetap menyintai dan menyayangi bapa seperti kami kami menyintai dan menyayangi mama.

Setiap hari sedaya upaya Aima meluangkan sedikit masa untuk berbual dengan bapa, sebab Aima tahu bapa tetap mengharapkan anak-anak datang menjenguknya.  Setiap kali melihat wajah bapa, kesedihan yang dapat Aima rasakan.  Jika Aima sendiri terlalu merindukan mama, bapa apatah lagi yang sudah lebih 41 tahun hidup bersama, mengharungi suka duka dan pahit manis kehidupan bersama-sama.  Ya Allah berilah kesabaran dan ketabahan untuk bapa ku Ya Allah.

Sayu rasa hati bila mengenangkan pemergian mama.  Tapi kata orang jangan terlalu di tangisi, kasihan kat orang yang dah takde.  Aima akui sebelum ini memang terlalu murah air mata ini, asal teringat kat mama tentu berlinangan air mata, tapi sekaranag Aima cuba kontrol.  Mama dah tenang kat sana, nasib kita sendiri belum tahu lagi.

Kini salah satu azam Aima adalah membahagiakan dan menyenangkan hati bapa, Insha Allah.  Aima dah tak sanggup nak kehilangan orang yang tersayang lagi.  Aima sayang kat bapasepenuh jiwa dan raga.

Buat mama, Aima tetap menyayangi dan merindukan mama sehingga nafas Aima yang terakhir.  Ampunkan Aima mama atas salah dan silap Aima selama ini.  Halalkan air susu yang telah mama berikan, halalkan makan minum selama Aima hidup dengan mama.  Aima mintak ampun jika ada kekasaran yang tak di sengajakan dan perbuatan Aima yang menggores hati mama.  Ketahuilah mama, Aima tetap dalam ingatan Aima sama bila-bila, mama tetap Aima kenang selagi nyawa di kandung badan.  Insha Allah mama jika di takdirkan Tuhan, kita akan berjumpa lagi di alam sana.  Aima sangat menyayangi mama.

Ya Allah Ya Tuhanku, ampunilah dosa mama ku, tempatkanlah mama ku di syurga mu.   Ya Allah haramkanlah wajah ibu ku dari di sambar oleh api neraka, kurniakan buatnya syurga tanpa hisab, ammiin ya rabbalalamin..
Image result for merindui ibu yang telah tiada


~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

08 January 2015

Kali Terakhir Ku Lihat Wajah Mu - Uji rashid






   

Dalam dakapan senja
Ku renungi sinar matamu
Berat rasa melepaskan
Dikau pergi

Dingin hembusan bayu
Lemah longlai langkah kakimu
Lambaianmu kian jauh
Dari mata

Malangnya
Bencana menimpa
Kau telah pergi untuk selamanya
Tak kembali

Pada saat terakhir
Ku melihat paras wajahmu
Kau bisikkan hanya sayang
Kepadaku

Malangnya
Bencana menimpa
Kau telah pergi untuk selamanya
Tak kembali

Pada saat terakhir
Ku melihat paras wajahmu
Kau bisikkan hanya sayang
Kepadaku

~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

Copyright© All Rights Reserved mama-aima.blogspot.com