Assalamualaikum n selamat petang olz. Walau dah terlepas beberapa hari, Aima tetap nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2015. Semoga tahun baru ini membawa segala kisah sedih, duka, pilu, lara dan yang seangkatan dengannya jauh dari hidup Aima. Semoga tahun baru ini memberi Aima ketabahan dan kekuatan dalam meneruskan kehidupan, amin..
Tahun 2014 memang banyak mencatat sejarah dalam hidup Aima. Banyak suka duka, tangis tawa, sedih pilu yang Aima lalui. Terlalu banyak airmata tertumpah tahun lalu. Banyak kenangan dan memori yang tidak mungkin akan terhapus di telan zaman.
Di sini Aima ingin sekali mengimbas segala kenangan dan peristiwa yang Aima lalui di tahun 2014 sebagai kenangan dan tatapan di kemudian hari. Terlalu banyak kisah yang ingin Aima kongsikan cuma belum ada kekuatan untuk jari ini menaip seperti biasanya.
November 2014, hari yang mencatat duka dalam hidup Aima dan keluarga. Dalam kegembiraan hendak menyambut hari perkahwinan adik bungsu, mama telah kembali ke rahmatullah, sehari sebelum hari persandingan adik Aima. Dalam kesibukkan memasak untuk acara berinai pada sebelah malamnya, dalam kesibukkan hendak bersiap sedia untuk menyambut tetamu yang datang, tepat waktu isya mama telah pergi buat selamanya tanpa sempat diri ini mendengar kata-kata terakhir dari mama tersayang. Tapi Syukur Alhamdulillah sebelum mama menutup mata Aima sempat meminta ampun kat mama, uhuhuuuu...
Mama memang telah lama menghidap sejenis penyakit yang tidak di ketahui apa punca dan apa jenis sakitnya. Doktor cuma dapat mengatakan sejenis penyakit tetapi di buat tanda ???????? Doktor sendiri tidak dapat mengesan punca sakit tersebut. Tetapi sakit mama tersebut ada pasang surutnya. Ada masanya baik dan ada masanya timbul semula.
Sembuh dari sakit tersebut, mama di uji lagi dengan penyakit lain iaitu kencing manis yang melarat dengan begitu cepatnya hanya dalam masa 1 bulan hingga memaksa jari kaki mama di potong, Astaghfirullah... Mama di tahan di hospital lebih dari 1 bulan. Walaupun Aima tak dapat nak jaga mama sepenuh masa tetapi Aima tetap mencari masa free untuk menjaga mama di hospital. Alhamdulillah dalam kesibukkan sebagai isteri dan ibu, Aima tetap dapat meluangkan masa menjaga mama pada malam hari walaupun cuma dalam 1 minggu 1x, selebihnya adik yang menjaga. Syukur dapat adik seperti nya kerana sanggup berkorban masa, tenaga dan wang ringgit demi menjaga mama walaupun adik sedang menghitung hari hendak bergelar seorang isteri. Dalam kelam kabut dan kesibukkan menjaga mama, adik terkejar sana sini menyiapkan segala kelengkapan hari bahagianya. Dalam kekalutan memikirkan banyak benda, Adik tetap meletakkan mama di tingkat pertama dalam urusan sehariannya. Adik sanggup berbulan tidur di hospital demi untuk melihat kesembuhan mama. Hanya Allah saja yang dapat membalas jasa mu adik ku.
Berbagai cara telah kami sekeluarga lakukan demi melihat kesembuhan mama, tak kira lah apa saja yang orang kata itu boleh memberi kesembuhan, itu lah yang kami cuba tanpa mengira harga, asalkan mama sihat seperti sediakala.
Kesakitkan yang mama deritai semakin hari semakin teruk. Doktor telah memberi keputusan hendak memotong kaki mama hingga ke paras lutut tetapi mama, bapa dan kami adik beradik tidak bersetuju. Cukuplah mama tersekesa dengan keadaan jari kakinya yang dah tak sempurna dan dah tak boleh berjalan lagi. Lalu doktor menyarankan agar mama di bawa pulang ke rumah dan menjalani rawatan di hospital setiap hari.
Tanpa mengharapan Doktor semata-mata kami sekeluarga berusaha sedaya upaya untuk menyembuhkan mama. Bapa Aima sendiri banyak berkorban jiwa raga, wang ringgit, tenaga dan segala-galanya untuk mama. Kalu ada pertandingan suami mitahli memang bapa lah pemenangnya. Bapa menjaga mama dengan baik sekali. Sejak mama susah hendak berjalan semasa di hospital mama kami pakaikan pampers bagi memudahkan mama. Boleh di kira dengan jari suami yang sanggup membersihkan najis isteri dan menukar pampers isteri di saat isteri sendang sakit, dan di antara suami tersebut adalah bapa Aima sendiri, Alhamdulillah.
Dan semenjak mama di keluarkan dari Hospital, rumah orangtua Aima adalah rumah kedua bagi Aima. Tak kira siang malam selagi ada masa free memang Aima akan menjenguk, merawat dan menjaga mama. Sebab Aima tahu mama memang mengharapkan kedatangan anak-anak perempuannya ini. Kalau Aima lambat datang, semasa tangan mama masih dapat mendail telefon, memang mama akan call aima dan meminta Aima datang menemuinya. Dan tatkala mama dah tak boleh bercakap seperti biasa, hanya miss call yang mama lakukan dan Aima faham maksud miss call tersebut. Di saat tangan mama dah tak boleh nak ketik touch secreen fon lagi, mama hanya meminta adik atau sesiapa saja yang ada di sana untuk memanggil Aima.
Sebagai anak sedaya upaya Aima memenuhi permintaan mama walaupun ada masanya Aima tak tertunaikan. Sebagai isteri dan ibu serta wanita bekerja terlalu banyak komitmen yang Aima galas dan memang Aima akui ada jugak masanya Aima cuma dapat menjenguk mama cuma sekejap2 sahaja. Bila di fikrikan balik memang terkilan rasanya.
Mama pernah berkata kat Aima dan kat sesape yang datang menjenguk mama, kata mama if Aima ada dekat mama, mama rasa selamat sebab mama memang mengharapkan Aima, mungkin sebab Aima anak perempuan pertama. Memang sedih untuk di kenang, tak terasa berlinanang air mata saat menaip entry ini.
Setiap pagi rutin Aima adalah menggantikan tempat bapa dan adik bungsu yang telah bersengkang mata menjaga mama hingga ke pagi. Setiap pagi sebelum masuk kerja Aima akan menukar pampers mama, menyediakan berberus gigi mama, melap badan mama, shampoo rambut mama dan menukar baju mama. Dan ada kalanya membuatkan mama minuman. Setelah siap barulah Aima pergi kerja.
Sekarang semua itu sudah takde lagi, semuanya tinggal kenanagan. Ya Allah tabahkanlah hati kami Ya Allah. Terlalu sedih sebenarnya Aima nak meneruskan catatan ini, Insha allah jika ada kekuatan Aima akan sambung kembali. Terlalu banyak kenanagn selama 38 tahun Aima hidup bersama mama. Banyak suka duka Aima kongsikan dengan mama, banyak rahsia yang cuma mama dan Aima yang tahu. Kini tidak ada lagi tempat Aima nak mengadu, uhuhuuu...
Hari ini genap 40 hari pemergian mama. Ingin rasanya Aima menziarahi pusara mama hari ini tapi apakan daya ada komitment yang lain yang harus Aima dahulukn, hanya doa yang dapat Aima titipkan di saat ini.
Kini keutamaan Aima selain dari suami dan anak-anak adalah bapa Aima. Walaupun ada adik, abang dans seorang anak buah yang tinggal bersama bapa tapi Aima tahu bapa sedang bertarung dengan kesedihan dan kenangan yang tercipta di antara mama dan bapa dahulu. Walaupun sebelum ini Aima dan adik beradik lain tak berapa rapat dengan bapa namun di lubuk hati kami, kami tetap menyintai dan menyayangi bapa seperti kami kami menyintai dan menyayangi mama.
Setiap hari sedaya upaya Aima meluangkan sedikit masa untuk berbual dengan bapa, sebab Aima tahu bapa tetap mengharapkan anak-anak datang menjenguknya. Setiap kali melihat wajah bapa, kesedihan yang dapat Aima rasakan. Jika Aima sendiri terlalu merindukan mama, bapa apatah lagi yang sudah lebih 41 tahun hidup bersama, mengharungi suka duka dan pahit manis kehidupan bersama-sama. Ya Allah berilah kesabaran dan ketabahan untuk bapa ku Ya Allah.
Sayu rasa hati bila mengenangkan pemergian mama. Tapi kata orang jangan terlalu di tangisi, kasihan kat orang yang dah takde. Aima akui sebelum ini memang terlalu murah air mata ini, asal teringat kat mama tentu berlinangan air mata, tapi sekaranag Aima cuba kontrol. Mama dah tenang kat sana, nasib kita sendiri belum tahu lagi.
Kini salah satu azam Aima adalah membahagiakan dan menyenangkan hati bapa, Insha Allah. Aima dah tak sanggup nak kehilangan orang yang tersayang lagi. Aima sayang kat bapasepenuh jiwa dan raga.
Buat mama, Aima tetap menyayangi dan merindukan mama sehingga nafas Aima yang terakhir. Ampunkan Aima mama atas salah dan silap Aima selama ini. Halalkan air susu yang telah mama berikan, halalkan makan minum selama Aima hidup dengan mama. Aima mintak ampun jika ada kekasaran yang tak di sengajakan dan perbuatan Aima yang menggores hati mama. Ketahuilah mama, Aima tetap dalam ingatan Aima sama bila-bila, mama tetap Aima kenang selagi nyawa di kandung badan. Insha Allah mama jika di takdirkan Tuhan, kita akan berjumpa lagi di alam sana. Aima sangat menyayangi mama.
Ya Allah Ya Tuhanku, ampunilah dosa mama ku, tempatkanlah mama ku di syurga mu. Ya Allah haramkanlah wajah ibu ku dari di sambar oleh api neraka, kurniakan buatnya syurga tanpa hisab, ammiin ya rabbalalamin..
No comments:
Post a Comment