27 December 2013

Pengalaman Dapat Anak Pertama

 
Assalamualaikum n salam Jumaat.  Tetiba sejak semalam lagi rajin sangat update blog.  Banyak benda nak citer cuma tak tau caner nak mula, ehehee...

Hari ne nak pulak share pengalaman mengandung n bersalin anak-anak Aima sorang demi sorang.  Saja je tuk tatapan anak-anak di kemudian hari, sekurang-kurangnya dorang tau cane pengalaman mama dorang ne semasa melahirkan dorang.
Ok Aima mula ngan anak pertama dulu iaitu Kakak.  Sebelum pregnant kan Kakak, Aima pernah keguguran, masa tu Aima bunting pelamin tapi sayang baru je 1 bulan dah keguguran.  Doktor kata rahim lemah n doktor nasihatkan supaya jangan pregnant dalam masa 3 bulan sebab nak bagi rahim kuat dulu.

Dah rezeki Allah nak bagi baru 2 bulan lepas keguguran Aima disahkan mengandung 2 bulan, Alhamdulillah.  3 bulan pertama mengandung Aima mengalami alahan yang teruk gak la.  Masa tu bergilir-gilir tinggal kat rumah mama n kat rumah mertua.  Morning sickness tak payah cakaplah, memang teruk.  Tak boleh bau tumisan bawang o sos cili, time masak tu punyalah azab rasanya, paksa tutup hidung ngan baju, ahahahaaa..

Sepanjang mengandungkan kakak memang banyak dugaan yang harus di lalui, penuh suka dan duka.  Kalau tak tahan iman memang down jadinya.  Mana nak menahan rasa ngan kerenah ipar duai, mana hal suami, bila di kenang-kenang, rasa macam tak percaya Aima boleh hadapinya, Alhamdulillah...

Pernah gak time mengandung tu Aima n Mr Hubby terlibat ngan kemalangan kereta nasib baik takde saper yang cedera.  Maybe sebab terkejut baby dalam perut sepanjang hari tak bergerak langsung, risau gak jadinya.  Nasib baiklah esok harinya baby aktif macam biasa.  Perut sepanjang mengandung pun tak lah besar sangat sampaikan orang tak percaya kandungan dah besar.  Doktor kata sebab luas kat dalam sebab tu perut tak nampak besar.  

Paling Aima suka sepanjang mengandungkan kakak adalah makan nasi ayam, memang feberet.  Pernah makan sampai 2 bungkus nasi ayam diam-diam dalam bilik sebab takut Mr Hubby tegur asyik makan nasi ayam je, ahahahaa... Mintak ampun cayang, eheheee...

Dan ada satu kejadian yang memang tak boleh lupa adalah masa kandungan dalam 7-8 bulan, ada 1 malam tu, bilik tidur kami (masa tu tidur kat rumah mertua n masa tu masih rumah papan lagi) ada bunyi cakaran kat dinding.  Aima yang dengar dulu, semakin lama semakin panjang lak bunyi cakaran tu, terus bangunkan Mr Hubby.  Mana lah tau Aima salah dengar kan.  Mr Hubby pun dengar yang sama.  Lepas bunyi cakaran, ada lagi bunyi 'kut..kut..kut..' kat halaman rumah dekat bilik kami.

Orang kata bunyi 'kut..kut..kut..' tu bunyi Cik Pon, f bunyi jauh maka dekatlah dia, f dekat ertinya dia jauh (korang faham-fahamkan sendiri ye..) Bunyi tu kadang dekat kadang jauh.  Naik meremang tengkuk jadinya.  Mr Hubby kata jangan tegur n terus ajak Aima keluar dari bilik.  Mr Hubby terus bangukan mak dan pak mertua n bagi tau apa yang kami dengar.  Masa tu rumah mertua memang kiri kanan dan belakangnya hutan rimba.

Yang anehnya mak n pak mertua tak dengar langsung bunyi tu dari dalam bilik kami.  Tapi Aima n Mr Hubby memang dengar dengan jelas.  So pak mertua terus keluar rumah n duduk kat tangga sambil merokok.  Pak mertua ne memang berilmu sikit la.  Katanya ada yang datang menjenguk, wallahwa'lam..

Bunyi tu pulak hanya hilang setelah azan subuh berkumandang.  Aima n Mr Hubby memang tak dapat tidur hingga ke pagi.  Masa mandi pagi tu terasa pedih sangat kat belakang badan n perut Aima, rasa pedih kerana luka.  Tengok kat cermin memang tak nampak pape. Besok nya baru perasan ada kesan cakaran kat belakang n perut, nasib baik tak jadi pape kat baby.

Saat kandungan pada usia 38 minggu, dah keluar tanda nak melahirkan seperti darah n sakit main-main.  so Mr Hubby hantar pi hospital.  Bila doktor cek dia kata dah bukak 2cm so kena admit lah jawapnya takut bersalin awal.  Masuk hari ketiga tanda-tanda nak melahirkan belum ada lagi dan bukaan pun masih 3cm, alahai lamanya nak tunggu baby keluar...

Hati dah meronta-ronta nak balik, rindu kat bantal busuk, hohohooo... Lagipula macam ada insticnt baby akan keluar lepas balik rumah, ada-ada je kan, ahahahaa... So Aima mintak kebenaran kat doktor tuk balik walaupun Mr Hubby menentang sebab takut bersalin kat rumah, takde nyer ^,^ 

Doktor pun bagi kebenaran balik tuk 1 malam je, kudukut betoiii.  Sempat la tidur peluk bantal busuk walaupun perut dah rasa lain macam.  Dari tengah malam hingga ke subuh perut dah memulas-mulas tapi Aima tahan sebab tak nak di hantar awal ke hospital.  Dah waktu subuh sebab dah tak tahan sangat n darah pun keluar sikit-sikit barulah bangunkan Mr Hubby mintak hantar hospital.  Punyalah kelam kabut Mr Hubby, apa yang di buat semua tak kena, tengok macam dia pulak yang nak beranak, ahahaaa... Belum ada pengalaman lagi kan, maklumlah anak pertama, ehehehee... Dengan mak mertua sekali dia angkut.  Aima pun sempat lah col mama n bapa Aima bagi tau dah sakit nak beranak dah.

Akhirnya setelah menanti beberapa jam kat labour room, setelah menahan sakit yang tak dapat di bayangkan ngan kata-kata, keluarlah seorang puteri tepat jam 9.40 pagi.  Melihat rupa baby hilang rasa sakit yang di alami.  Punyalah hepi Mr Hubby, asyik sengih je, ahahahaa... Mama n bapa Aima lagilah hepi, ini lah cucu perempuan pertama mereka.

Selama berpantang Aima duduk kat rumah mama.  Kakak ne kan masa kecik memang kuat nangis, asyik menangis je keje dia, manja sungguh.  N kakak adalah cucu kesayangan bapa Aima.  Jangan nak marah dia depan bapa Aima, siaplah kena marah balik, ahahahaa...  Kaka ne memang manja dan degil orangnya.  May be sebab dia tahu dia lambat nak dapat adik kot, tu yang manja lebih-lebih, apa yang dia nak pasti kena tunaikan.  Kadang tu timbul rasa bersalah jugak, ye lah dia kan lambat dapat adik, so memang di manjakan dan di mewahkan lah sikit-sikit.  Rupanya perangai dia dari kecik terbawak-bawak sampailah beso panjang ne, macam anak orang kaya, fuhhhh.... Geram gak di buatnya tapi salah mama n babah dia jugak, uhuhuuu... Dulu ingatkan dia dah takde adik lagi, lama beno baru dapat adik, tu yang fikir macam tu @,@

Setelah kakak berusia 1 tahun, kami pindah dari rumah mertua tuk hidup sendiri.  Kebetulan jugak permohonan Aima tuk tinggal kat rumah kepunyaan syarikat di luluskan cepat, mana tak cepat hari ne mohon beberapa lepas 2 dah dapat kunci, Alhamdulillah...  Bermula lah episod hidup berdikari dalam hidup kami.

Dan setelah kakak berusia 4 tahun, lahirlah adik dia.. Setahun lepas tu keluar lagi seroang hero, express kan. ahahaa...

K la cukuplah sampai sini kisah dari mengandung n melahirkan kakak ye, penat weii nak typing.. Insya Allah kat n3 lain citer pulak pasal hero-hero Aima yang lain ye.. Jumpa lagi

Luv u kakak, mmwahhxxxx...

~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

No comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved mama-aima.blogspot.com