30 March 2010

Tauhu Kukus

Bahan2:
6 keping Tauhu
250gm Udang Segar - dicincang halus
2 biji telur
2 ulas bwg merah
2 ulas bwh putih
2 biji telur
daun bawang
daun sup
daun selasih - jika perlu
5 biji lada padi
3 biji lada merah
garam
gula
daun pisang - di layur terlebih dahulu

Cara-caranya:
- lenyek tauhu hingga hancur
- hiris nipis bwg merah, bwg putih, daun sup, daun bwg, daun selasih, lada padi dan lada merah
- masukkan udang cincang dan bahan hirisan kedalam tauhu, gaul rata
- kemudian campurkan dengan telur, garam dan sedikit gula, aduk hingga sebati
- simpan dlm peti sejuk selama lebih kurang 1 jam
- masukkan adunan tauhu tadi ke dalam daun pisang dan kukus selama 20 minit..

p/s: jika malas nk membungkus menggunakan daun pisang, boleh juga menggunakan loyang dan tutup dengan aluminium foil..kukus seperti biasa.. (adunan tauhu sebelum di bungkus)

~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

No comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved mama-aima.blogspot.com