Showing posts with label Doa. Show all posts
Showing posts with label Doa. Show all posts

07 June 2012

~Petua Agar Anak Pintar~

Amalkanlah:

~ Baca YA LATIF 100 kali dan hembuskan di ubun-ubun anak setiap malam bila anak tidur.

~ Baca surah al-Fatihah 1 kali

~ Baca Alam Nasrah 1 kali

 
~ Bercakap-cakap dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru nama penuh dia dan berbinti ibunya. Contohnya memberi nasihat dan lain-lain lagi.

 
~ Sapu air lebihan wudhu pada muka dan ubun-ubun anak anda

Insya Allah...

~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

06 June 2012

~Kelebihan Ayat 1000 Dinar~


 Sesiapa yang mewiridkan ayat 1000 Dinar, Allah s.w.t akan murahkan rezekinya dan memberi keberkatan hidup di dunia dan akhirat. Amalan membaca ayat ini selepas menunaikan Solat Fardhu 5 waktu sebagai usaha untuk memohon supaya dengan keberkatan ayat itu sendiri, Allah akan melimpahkan rezeki kepadanya.

Alhamdulillah...

~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

05 June 2012

~Zikir Untuk Melembutkan Hati Ssuami~


 
Zikir ini elok diamalkan oleh isteri yang mahu hati suaminya menjadi lembut hati

Ya Aziz
Ya Jabbar
Ya Mutakabbir
Selepas membacanya beberapa kali, hembuskan ke atas suami sekiranya suami tidak perasan. Atau isteri membacanya waktu suami tidur nyenyak. Hembuskanlah di tapak tangan dan letakkan di hati (dada) suami. Mudah-mudahan Allah lembutkan hatinya. Bila hati sudah lembut, mudahlah dibuka kunci perhubungan atau pintu perbincangan.

Dan amalkan doa ini: "Ya Allah, lembutkanlah hatinya (suami) sepertimana Engkau lembutkan besi"

~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

~Kelebihan Zikir Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Allah~

 
Ya Rahman...Ya Rahim...Ya Allah...
Amalkan sebanyak 3 kali Jumaat berturut-turut. Baca berulang-ulang kali sepanjang anda duduk lepas sembahyang Asar sehinggalah masuknya waktu Maghrib. Masuk sahaja waktu Maghrib, sebutlah “Allahuakhbar”, dan teruslah angkat tangan dan berdoa kepada Allah yang MAHA berkuasa dengan apa yang dihajati. (Untuk mempercepatkan jodoh, memanjangkan jodoh, dikurniakan cahaya mata, sembuhkan penyakit, elakkan dari malapetaka, diampunkan dosa dan sebagainya).

~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

21 April 2012

~Doa Supaya Dicukupkan Rezeki~

 
Allahumak fini bilhalaalika 'an haraamika waaghninii bifadhlika 'ammana siwaak 

'Ya Allah, cukupkanlah kepadaku dengan rezeki-Mu yang halal daripada yang haram dan perkayakanlah aku dengan limpah kurnia-Mu daripada meminta kepada yang lain daripada-Mu'


~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

Copyright© All Rights Reserved mama-aima.blogspot.com