Showing posts with label Petua. Show all posts
Showing posts with label Petua. Show all posts

23 June 2012

~Halia Muda Untuk Awet Muda~

1. Amalkan memakan nasi dengan halia muda sebagai ulam. Halia muda itu hendaklah dimakan mentah. Selain boleh membuat seseorang itu awet muda, halia muda juga melancarkan perjalanan darah.

2. Anda juga boleh hiriskan halia muda dan bawang besar, rendamkan di dalam air yang dimasukkan sedikit garam. Perahkan sedikit limau kasturi ke dalam air tersebut. Kemudian hiriskan juga kulit limau kasturi tersebut dan masukkan dalam bekas berisi halia dan bawang yang telah dihiris. Enak sekali dimakan bersama nasi putih.

~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

11 June 2012

~Petua Untuk Hidup Bahagia~

 
~ Tinggalkan sifat PEMARAH - Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang.



~ Tinggalkan sifat PENDENDAM - Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.


~ Tinggalkan sifat HASAD DENGKI - Amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.


~ Tinggalkan sifat BAKHIL - Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.


~ Tinggalkan sifat TAMAK - Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yang diminum tetap tidak habis juga (lagipun orang tamak selalu rugi). Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita (mungkin ada hak orang lain di situ). Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

~ Tinggalkan sifat TIDAK SABAR - Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.


~ Tinggalkan sifat EGO - Ibu segala mazmummah, membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. Kerana semua orang ada egonya sendiri, cuma tinggi atau rendah tahap keegoan tersebut.

 
Tinggalkan sifat RIAK - Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah murka kalau kita riak, takabbur dengan apa yang kita ada.
~Tinggalkan sifat terlalu MENCINTAI DUNIA - Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah, tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu (bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yang soleh atau solehah). Cinta dunia merupakan ‘neraka dunia’ kerana dunia itu ‘panas’ akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

09 June 2012

~Petua Untuk Ibu Bapa~

Sebaik kandungan mencecah empat bulan, ibu digalakkan baca surah Al Fatihah, Ayat Kursi dan Surah Al Inshirah. Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan manakala surah al-Inshirah untuk melapangkan hati dan fikiran.

Selepas bersalin, baca surah kembali Al Fatihah, Ayat Qursi dan Surah Al Inshirah ketika menyusukan anak dan dihembuskan di kepala. Ia boleh diteruskan sehingga anak cukup umur.

Waktu ketika anak antara sedar dan tidak. Rebut peluang bisikkan kata-kata nasihat, pujian dan pesanan. Ambil masa seminit, dua untuk membacakan doa sambil mengusap kepala mereka selain memberikan nasihat.
Doakan kejayaan anak, rakan anak, anak rakan kita dan jiran tetangga....

~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

Copyright© All Rights Reserved mama-aima.blogspot.com