01 October 2014

Khasiat Epal

EPAL mempunyai pelbagai khasiat seperti mengurangkan kolestrol dan risiko penyakit jantung. SEBIJI epal yang dimakan setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat dan mengurangkan kolesterol dalam badan. Malah sebiji epal setiap hari cukup untuk menjauhkan diri daripada doktor.

Kajian mengenai khasiat epal dan jusnya disahkan terbukti meningkatkan kesihatan dan fungsi jantung. Jus yang mengandungi phytonutrient boleh melambatkan pengoksidan kolesterol yang tidak baik, iaitu proses pertumbuhan penyakit jantung.

Serat epal pula membantu proses penghadaman dengan mengeluarkan asid organik sewaktu bertindak balas dengan bakteria dalam usus.

Kandungan asid butrik juga merupakan sumber makanan sel usus yang dapat membasmi pertumbuhan sel kanser usus.
Selain itu epal juga kaya dengan serat. Lima gram serat dalam sebiji epal bersamaan dengan 20 peratus serat yang diperlukan oleh manusia dalam diet harian.

Ia juga berfungsi sebagai pengimbang lemak yang baik, khususnya untuk kanak-kanak yang gemar mengambil makanan segera.

Malah kajian yang dilakukan oleh saintis British juga membuktikan kunyahan epal mampu mengubati masalah sakit gigi dan selaput tatar yang merosakkan gigi.


Bukan itu sahaja, di Jepun, penyelidik mendakwa amalan mengupas buah epal dapat mengaktifkan bahagian hadapan otak iaitu bahagian yang mengawal pemikiran logik, imaginasi dan penilaian.

~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

Musibah Kerana Belakangkan Suami



MAZNAH (bukan nama sebenar), ibu lima anak dan isteri Bahari (bukan nama sebenar), seorang pesara. Hidup mereka tidak mewah, tetapi cukup segala-galanya. Bahari pula sering berulang- alik ke hospital untuk menerima rawatan kerana menghidap penyakit kronik.

Suatu hari, dua adik lelaki Maznah datang ke rumahnya dan membawa berita gembira iaitu ingin mengajaknya menunaikan haji.  Mereka berpendapat kakak mereka yang berpengalaman menunaikan haji, tentu tahu selok-belok dan cara membuat haji dengan betul. Maznah bangga mendengar pujian adiknya, namun kerana terpaksa menjaga suami, dia serba salah dan agak keberatan.

“Kakak pernah pergi dulu, nanti apa pula kata abang Bahari. Memanglah, kalau diikutkan hati, siapa yang tidak mahu pergi ke Tanah Suci. Seribu kali pergi tidak puas lagi,” katanya dengan suara sugul.

Selepas dipujuk, Maznah lembut hati dan mahu mengikut mereka menunaikan haji untuk kali kedua.  Maznah menghantar namanya ke Tabung Haji tanpa pengetahuan suami dan anak. Beliau menjalani rutin harian tanpa meminta izin suami. Apabila tiba masa yang sesuai, dia akan memberi tahu suaminya.

Apabila tiba waktu panggilan dari Tabung Haji, Maznah mendapat surat mengarahkan dia mendaftar dan mengikuti kursus haji.  Gembira bukan kepalang, beliau lantas memberitahu adik-adiknya.  Maznah langsung tidak terfikir untuk meminta kebenaran suaminya. Namun, kegembiraan itu tidak lama apabila duit simpanannya hanya cukup untuk pakej mengerjakan haji, sedangkan wang poket tidak ada.

Namun akalnya panjang, dia teringatkan anak-anaknya lalu mengumpulkan mereka di rumah. Anak-anak yang tidak tahu hujung pangkal pulang dalam keadaan tertanya-tanya.

“Sebenarnya, mak minta kamu berkumpul sebab nak minta tolong. Permohonan untuk pergi haji sudah diluluskan, jadi mak nak minta bantuan kewangan untuk duit poket dan kecemasan. Tambang pakej sudah sedia. Kalau hendak mengharapkan ayah kamu, dia sakit,” katanya. Semua yang mendengar terkejut, terutama suaminya.

“Bila masa pula kamu tanya saya hendak pergi haji,” tanya Bahari dengan sedikit berang.

“Saya tanya atau tidak, sama juga. Lagipun awak sakit, nanti menjejaskan kesihatan awak pula,” jawab Maznah kepada suaminya.

“Bukankah mak sudah pergi dulu? Buat apa nak pergi banyak kali sebab yang wajibnya sekali saja. Ayah sudah beri keizinan ke belum,” tanya anak sulungnya.

“Ala, kalau tanya ayah kamu bukannya dia hendak bagi. Baik mak tak payah tanya,” balasnya.

“Tak boleh macam itu. Mak kena dapatkan keizinan ayah dulu. Lagipun buat apa nak pergi, sedangkan ayah lebih memerlukan mak di sini. Bukankah ayah sakit?” katanya.

“Alah, kakak dengan abang ini, itupun nak berkira. Kan mak hendak pergi beribadat, hulur sajalah sikit duit poket.” kata anak bongsunya.

Bahari sebagai ayah tidak dapat bersuara kerana tidak mahu membebankan fikirannya. Hatinya kecewa dengan sikap Maznah yang membelakangkan dirinya sebagai suami. Beliau hanya mampu mendiamkan diri dan cuba menahan rasa marah dan hati terluka.

Beliau tidak menyangka Maznah sanggup bertindak di luar pengetahuannya, malah langsung tidak mempelawa untuk bersama menunaikan haji.  Anak-anaknya pula bertengkar sesama sendiri untuk menguatkan hujah masing-masing. Sebagai ibu, Maznah tidak meleraikan mereka, sebaliknya turut sama bertegang leher untuk meminta duit daripada mereka.

“Mak bukannya pergi suka-suka,” tegas Maznah. Bahari menggeleng-gelengkan kepala kerana tahu anak-anaknya bukannya mewah sangat dan gaji pula hanya cukup untuk menyara keluarga saja. Mereka ada masalah tersendiri.

“Mak, tolonglah faham masalah kami. Saya bukannya bergaji besar dan ada empat anak untuk ditanggung. Saya bukan tak mahu beri, tapi mak pergi tak kena masa.,” kata anaknya.

Akhirnya tiada kata putus dicapai, sebaliknya anak-anaknya pula bermasam muka. Bagi Bahari, tiada apa yang perlu diceritakan. Dia seperti tidak wujud bagi isterinya kerana Maznah sanggup memperlakukan dia begitu.  Beliau berserah kepada Allah dan memohon diberi petunjuk kepada isterinya. Dia sudah tidak ada upaya untuk menasihati isterinya yang keras kepala.

Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa dan doa orang yang teraniaya pasti ditunaikan. Belum sempat Maznah pergi, beliau ditimpa sakit yang tidak diketahui puncanya iaitu terlantar tidak berdaya, mulutnya senget sebelah dan tidak dapat bercakap dengan jelas serta badannya tidak bergerak bagaikan orang lumpuh.

Bahari pula yang terpaksa menjaga Maznah dengan setia. Beliau walaupun terguris dengan perbuatan isterinya, tidak mahu mengabaikan tanggungjawab sebagai pemimpin keluarga. Bahari sedia mengampunkan dosa isterinya jika perkara buruk terjadi.

Melihatkan Bahari ikhlas menjaganya, Maznah terharu dan menyesal di atas perlakuannya. Itulah balasan yang akan diterima oleh seorang isteri yang tidak menghormati suami.  Niatnya untuk beribadat kepada Allah, tetapi jika tidak diiringi dengan keizinan suami, dosa balasannya.


~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

27 August 2014

Abang 10th Birthday

Assalamualaikum.  Hari ne 27 Ogos bersamaan dengan 1 Zulkaedah 1435 adalah hari lahir anak Aima yang ke 2 iaitu Abang yang ke 10 tahun.  Ya Allah cepatnya masa berlalu, tak terasa dah 10 tahun usia Abang.  Dah nak jadi anak teruna dah.  Rasa macam tak percaya pun ada.  Rupanya dah tua dah diri ini, anak-anak pun dan semakin besar.
Teringat lagi masa mula pregnant kan Abang.  Jarak antara Kakak dan Abang adalah 4 tahun.  Kakak umur 4 tahun baru lah Aima pregnant kan Abang.  Masa tu memang merancang lambat nak bagi adik tuk kakak cos ekonomi dunia belum stabil lagi, eheheee...  

Ngam masa tu sedang sibuk membuat persiapan adik Aima nak kahwin.  Badan pun dah rasa bermacam-macam.  Dalam hati dah terdetik, aiii macam ada-ada je.  Sanak sedara pun tegur kata badan Aima lain macam, tambah lagi masa tu Kakak asyik nak berkepit je, asyik demam manjang.  Masa mula-mula memang malas nak cek, takut hampa plak kan.  So Aima buat je keje-keje berat sepanjang kenduri kahwin adik tu, Aima anak pompuan sulung so automatik jadi assistant mama n semua tugas di serahkan pada Aima.  Lagi pun Aima kan anak harapan, aisehhhhhh...ahahahaaa....

Selesai kenduri kahwin, Aima tengok Mr Hubby pulak yang macam tak larat, asyik pening n muntah, aikkk macam tanda-tanda je.  So dalam diam-diam Aima beli pregnancy test n cek sendiri kat rumah.  Ya Allah memang tak di sangka-sangka rupanya diri ini dah mengandung, Alhamdulillah..  Cek kat klinik, Doctor sahkan dah pregnant 2 bulan, Alhamdulillah.  Mr Hubby memang happy sangat, ye la dah lama tak timang baby. 
Masa tu memang Aima di tatang bagai minyak penuh sekualai, ehehee... Apa saja yang nak makan tak kira la jauh ke dekat mesti Mr Hubby usahakan.  F masa pregnant kan Kakak, Aima suka sangat makan nasi ayam, time pregnant kan Abang pulak feberet soto.  Sanggup jauh-jauh cuma nak beli soto, padahal makan nya cikit je.

Time pregnantkan Abang, rezeki memang murah, Alhamdulillah..1 bulan sebelum melahirkan Mr Hubby plan nak beli kereta lagi satu, dan Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan kereta tu keluar kurang 2 minggu Abang lahir melihat dunia.  Kira umur keta tu sama ngam umur Abang la, senang nak ingat tarikh mansuh roadtax n insuran dia.

Hari Jumaat pagi, 27 Ogos 2003 Aima dah mula sakit perut n turun tanda.  Mr Hubby dah berulang kali ajak pi hospital cuma Aima tak nak awal masuk labour room, dah ada pengalaman melahirkan tentu dah tau timing dia kan.  Lepas sembahyang Jumaat, contraction dah semakin kerap, barulah Aima mintak Mr Hubby hantar pi hospital.  Itu pun sempat lagi hantar Kakak kat rumah mama, mintak tolong adik jagakan.

Dalam perjalanan ke hospital tu memang rasa nak terberanak pun ada, rasa kat hujung-hujung dah.  Tu la degil sangat, Mr Hubby nak bawak awal tak nak, eheheee...

Sampai je kat spital, nurse cakap dah bukak 6cm, bila-bila je boleh beranak.  Kebetulan jugak masa tu kat Labour Room cuma 2 orang yang sedang menanti masa tuk melahirkan so memang bidan fokus habis kat kitorang, untung la jugak.
Dan tepat jam 3 petang, lahirlah lagi seorang zuriat, pewaris keuturnan kami di bumi Allah ini, Alhamdulillah.  Abang lahir seberat 3.68kg, muka bulat ngan rambut lebat terpacak dan badan putih melepak.  Selesai di jahit, Mr Hubby pun masuk ngan muka happy sangat, ye la dah ada anak sepasang, tambah lagi muka Abang ne sebijik muka Mr Hubby, ehehee..

Menjaga Abang memang senang, dari baby sampai lah ada adik memang tak meragam, cuma manja lebih je n kuat makan.  Dalam adik beradik memang Abang yang paling chubby, kakak n adim-adik dia semua kecik.  

Dan Alhamdulillah Abang ne memang cerdas dan pintar.  Setiap tahun tak kira lah sekolah pagi atau petang tentu naik ke pentas ambik hadiah, semoga berkekalan selamanya, amin.
 
Tahun ke setahun berlalu, rupanya dah 10 tahun usia anak teruna mama n babah ne, dah beso panjang abang sekarang, dah tak boleh nak di dukung lagi dah.  Abang, mama ucapkan Selamat Ulang Tahun yang ke 10.   Mama doakan Abang di panjangkan umur, sehat walafiat selalu, menjadi anak yang soleh, berakhlak mulia n menjadi sebaik-baik manusia dan umat.  Mama doakan agar Abang sentiasa cemerlang dan berjaya dalam pelajaran dan hidup di dunia dan di akhirat.  
 
Semoga masa depan Abang cerah, berjaya, cemerlang di dunia dan di akhirat.  Mama doakan rezeki Abang tak putus-putus hingga ke nafas yang terakhir.  Semoga semua impian Abang akan tercapai dan terlaksana dengan jayanya satu hari nanti.  Dan teruskan minat Abang dalam pelajaran kerana dengan pelajaran ini lah yang akan membantu Abang meningkatkan taraf hidup Abang di masa akan datang.  Terus lah menjadi imam kepada kakak dan adik-adik di rumah.  
 
Terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan kami anak-anak yang baik, soleh dan berbakti pada kami.  Abang...Mama, babah, kakak n adik-adik sayang abang sangat-sangat tau.  Jika mama n babah marah pun, itu semua demi kebaikkan abang juga.   Jangan lupa pesan mama n babah ye sayang, teruskan jadi anak yang baik ye sayang. Luv u Abang, mwahxxxx...







~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

Copyright© All Rights Reserved mama-aima.blogspot.com