Showing posts with label Sekadar Peringatan Bersama. Show all posts
Showing posts with label Sekadar Peringatan Bersama. Show all posts

19 January 2013

~Kelebihan Seorang Ibu~



Bertuahlah seorang wanita yang bergelar ibu.  Tak semua wanita mendapat kesempatan memikul title 'ibu'.  Dan Aima bersyukur sangat di kurniakan Allah agar dapat merasai menjadi seorang ibu kepada 4 orang anak-anak, Syukur Alhamdulillah, Syukran Ya Allah.

Inilah kelebihan yang Allah kurniakan kepada wanita yang bergelar ibu, mak, mama, mommy, umi atau apa saja gelaran tapi mempunyai satu maksud yang sama iaitu IBU...

~ 2 rakaat wanita hamil lebih baik dari 80 wanita yang tak hamil

~ wanita hamil dapat pahala puasa disiang hari dan pahala ibadat dimalam hari

~ wanita yang bersalin dapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya dapat satu pahala haji.

~ satu titik susu yang disusukan kepada anak itu dikira satu pahala

~ wanita yang memberi susu badan pada anaknya yang menangis, allah beri satu tahun pahala solat dan puasa

~ wanita yang menyusu anaknya sehingga tempoh 2 tahun, maka syurga wajib untuknya

~ seorang ibu yang tidak selesa tidur malam kerana menjaga anaknya yang sakit mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba

~ seorang ibu yang tidak cukup tidur malam kerana menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan seluruh dosanya

~ bila dia hiburkan hati anaknya allah beri 12 tahun pahala

~ apabila seorang wanita membasuh pakaian suaminya maka allah mencatat baginya 1000 kebaikan dan diampunkan 2000 kesalahan dan setiap yang disinari matahari akan memohon ampun baginya dan Allah mengangkat 1000 darjat.

Hargailah ibu kita selagi dia ada, tanpa ibu siapalah kita.  Tak terbalas jasa-jasanya walau dengan segunung emas berlian.  Tanpa ibu tiadalah kita di muka bumi ini..
Ibu..Ibu....engkaulah ratu hatiku.. Jasa mu akan ku kenang hingga ke nafas ku yang terakhir.

~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

09 October 2012

~Bakal Rumah Kita~


Inilah rumah yang bakal kita semua diami suatu hari nanti. Lambat cepat bergantung kepada ketentuan Ilahi. Selain dari sibuk menyediakan harta kekayaan untuk diri dan keluarga, jangan sesekali kita lupa untuk mengumpul kekayaan untuk di bawa bekalan menuju ke rumah yang bakal kita diami ini sehingga berkumpulnya di padang Mahsyar...Siapalah kita nak menolak takdir..
Subahanallah..

Semoga semua amal ibadat kita di terima oleh Allah S.W.T, amin...

~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

09 August 2012

~Mengapa Hawa Tercipta Saat Tidurnya Adam~

Mengapa Hawa tercipta saat Adam tertidur dan Hawa melahirkan saat mereka terjaga??. Tahukah kamu yang hawa diciptakan dari tulang yang bengkok?? Bukan dari yang lurus?? Dari kiri pula tu.  Lelaki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya.

Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebusnya dengan kehidupannya.

Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh kerana itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikannya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang puteri yang manja, dan seorang isteri yang penurut.

Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW,
“Jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.”
Maksudnya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang lelaki.

Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu bererti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang.

Jadi kepada kaum Adam sekalian, apakah yang telah anda lakukan pada kaum Hawa pada ketika ini?? pada minggu ini?? pada tahun ini dan sepanjang hidup meniti kehidupan pada jasad yang hanyalah pinjaman dari yang Maha Esa?? Wajarkah kita memperlakukan merek???


~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

19 July 2012

~Tanda-Tanda Kematian~

Antara tanda-tanda kasar yang boleh kita nampak melalui mata kita sendiri ialah  

- uban di kepala  
- mata sudah kabur 
- pendengaran semakin kurang 
- gigi mula bergoyang  
- sendi-sendi semakin longgar
SEMUA TANDA-TANDA dari nombor satu hingga empat ADALAH SELEPAS ASAR.

1. Getaran dari hujung rambut ke hujung kaki. Getaran ini tidak sakit, tidak kerana sejuk atau takut pada apa-apa. Getaran ini rasanya 'enak'. Dan kita macam tak boleh terbuka mulut nak beritahu orang lain bahawa kita alami getaran ini.


Mengikut perkiraan Imam Al Ghazali, melalui pengalamannya, getaran 'enak' ini berlaku 100 hari + - sebelum kita mati.


2. Tanda kedua adalah denyutan pada Dahi kita. Bukan denyutan sakit atau migrane. Tetapi tiba-tiba berdenyut. Menurut catatan dari Imam Al Ghazali, denyutan di dahi ini bermakna kita ada 40 hari + - sebelum kematian.
**Juga mulai saat ini, Malaikat maut akan sentiasa berdampingan dengan kita. Israil tidak lagi akan berpisah dengan kita. Kadang-kadang badan boleh terasa meremang sekali-sekala. Kita akan banyak termenung dan seolah-olah khayal dan berada di alam lain.


3. Tanda ketiga adalah bila Pusat kita berdenyut. Tetapi denyutan ini tidak sakit. Dan denyutan ini akan berhenti bila dalam 7 hari bila kita akan dikembalikan kepada yang punya hak mutlak ke atas diri kita.


4. Denyutan kali ini pada ubun-ubun kepala kita. Ini seolah-olah memberi isyarat Nyawa yang akan dicabut dari Umbun kita. Dan jika ini berlaku bermakna kita ada 3 hari lagi untuk bertaubat sebelum kisah hidup kita di dunia ini di tutup bukunya.


5. Dan climax tanda mutakhir kewujudan kita di bumi fana ini ialah bila kita rasa dari Pusat ke Tapak kaki kita sejuk yang amat macam ada salji. Jika ini berlaku berpuasalah.

Subahanallah..

~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

09 July 2012

~Wanita Tercipta Dari Rusuk Lelaki~

 
Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa.

Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka. Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya. Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar. Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita. Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada zat Allah yang kekal, disitulah suisnya.

Akal setipis rambutnya, tebalkan dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak. Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara atau ‘women gladiator’. 

Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki waja: negarawan, karyawan, jutawan dan “wan-wan” yang lain. Tidak akan lahir ‘superman’ tanpa ‘superwoman’.

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkan.  Lebih ramai lelaki yang dirosakkan oleh perempuan daripada perempuan yang dirosakkan oleh lelaki. 

Sebodoh-bodoh perempuan pun boleh menundukkan sepandai-pandai lelaki. Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal Tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja ramai boss telah kehilangan ‘secretary’, bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan  kehilangan puteri.

Bila wanita derhaka dunia lelaki akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah, maka rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah pimpinlah diri sendiri dahulu kepada-Nya.

Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan kita. Jangan mengharap isteri seperti Siti Fatimah, kalau peribadi belum lagi seperti Sayidina Ali.

Sumber: Internet

~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

05 July 2012

~Tutuplah Aurat Dengan Sebaik-baiknya~

Photo: Wahai saudari, JAGA LAH AURAT MU!

Aurat dijaga, maruah terpelihara.
Pasti ALLAH suka.
http://pakarhowto.com

Menutup aurat itu wajib bagi Muslimin dan Muslimah... Semoga kita semua di jauhkan dari api neraka, Subahanallah...

~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

26 June 2012

~Baca & Renung-Renungkanlah~


 
Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat.
Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu.
Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang.
Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai.
Bila hati kita terguris, kita kata “Mak memang tak pernah faham”.
Bila hati kita terhiris, kita kata “Ayah memang tak ambil kisah”

Tetapi

Bila hati mak kita terguris, mak kata “Tak apa, dia masih muda”.
Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata “Tak apa, belum sampai akalnya”.
Bila kita menangis tanda lapar, mak berlari bagai hilang kaki.
Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena.
Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal.
Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga.

Sayangi dan hargailah ibu bapa kita selagi mereka masih ada...Fikir-fikirkanlah
 

~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

13 June 2012

~Renung-Renungkanlah~

Mari kita hayati kata-kata di bawah ini.  Sekadar untuk renungan kita bersama =)
 
Tak laku tak apa - asal tidak murahan 
Tak ada duit tak apa - asal jgn tak ada maruah 
Ttak popular tak apa - asal tidak gila glamour
Ttak kaya tak apa - asal tidak miskin akhlak
Ttak mewah tak apa - asal sederhana tanpa duit haram 
Tak cantik menawan tak apa - asal teguh menutup aurat
Tak dipandang mulia tak apa - asal Allah beri rahmat dan redha 
Insya Allah kita akan d pandang mulia....
 

~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

08 June 2012

~Dik, Abang Pun Sayang~

Orang perempuan memang tahu perkara ini. Ada waktunya, emosi tiba-tiba membuak-buak dan biasanya ia terjadi pada ketika Allah mahu memberi 'cuti'. Seperti ada sahaja yang tidak kena. Biarpun sudah berusaha menjadi sesabar mungkin, tetap jugalah meletus rasa yang ditahan-tahan dalam dada, dan untuk saya, saya tidak tahu mengapa suami saya jugalah yang menjadi mangsanya.

Betul, dengan suami sebaik itu saya tidak ada perkara mahu digantung ke lidah menjadi isu. Namun, pada ketika rasa itu sampai, apa sahaja perkara pun boleh menjadi isu, dan biasanya yang terjadi adalah kerana saya tidak puas dengan satu perkara ini. Anehnya, ia wujud pada saat dia mahu memujuk saya.

Dik.

"Sekurang-kurangnya, senyumlah, dik."

Aduhai suami saya yang sangat saya kasihi ini, setiap kali dia mahu memujuk, hanya itulah caranya dia memujuk. 'Senyumlah, dik'. Paling berbeza pun, dia cuma berkata, 'Maniskanlah mukamu, dik'. Hanya itulah kata-katanya berdengung menambah perit rajuk dalam hati.

Malah, tidak tahu saya daripada mana datangnya panggilan 'dik' untuk saya. Jauh-jauh hari sebelum menjadi isteri, sering-sering sahaja saya terbayang kata-kata manja untuk saya. Mungkin sahaja lelaki itu memanggil saya, 'sayang', 'ayang', 'darling', dan paling saya mahu, dipanggil, 'honey'. Terpengaruh benar saya dengan drama-drama di televisyen.

Namun, pada kali pertama dia memandang wajah saya, dia tersenyum dan berkata, "Dik, kamu sudah makan?"

Sempat jugalah saya tergamam, tetapi itu tidak apa-apa lagi kerana saya fikir mungkin dia lelaki yang gugup. Jangankah dia, saya sendiri hanya tunduk memandang inai pada ibu jari kaki sendiri. Kaku dan nafas pun ditahan-tahan.

Namun, sehari, seminggu dan sehinggalah mendapat dua anak, tetap jugalah dia memanggil saya, 'dik'.

"Dik, ikan ini kamu mahu masak apa?"

"Nanti abang belikan baru. Janganlah sedih, Dik."

"Dik, esok jangan lupa, ya."

Untuk kebanyakkan waktu juga, saya cuma diam dan kemudiannya dengan aneh suami saya akan melakukan sesuatu yang membuat saya ketawa. Sesuatu yang saya sendiri tidak faham mengapa saya menjadi sangat mudah ketawa.

Sehinggalah pada hari itu, pada ketika rasa itu datang lagi. Sayadengan tidak tahan lagi berkata, "Abang ini, dari dahulu sampai sekarang asyik memanggil saya, dik. Dik. Dik. Tidak adakah kata-kata lain yang lebih kasih bunyinya?"

Suami saya yang saya kasihi itu terdiam lama sebelum berkata, "Maafkan abang, dik. Tidak tahu abang kata-kata apa lagi yang lebih kasih daripada itu. Maafkan juga kerana selama ini, abang hanya fikirkan dengan melengkapkan segala keperluan rumah ini, akan membuatkan kamu bahagia. Terima kasih kerana mengingatkan abang, dik, kerana apa yang diperlukan oleh hati itulah yang lebih utama."

Saya diam. Saya berasa puas, namun tetap juga ada berasa kesal. Apalah salah suami saya ini sehingga perlu saya merajuk begini.

Lalu terjadilah detik itu apabila dia berkata, "Janganlah merajuk lagi, sayangku."

Tidak tahu saya, terus sahaja saya ketawa sehingga keluar air mata. Entah mengapa kata-kata suami saya itu terdengar sangat lucu. Rajuk saya hilang, bertukar rasa yang bertambah sayang kepada dia.

Itulah yang sering-sering berlaku dalam hidup saya. Pada ketika saya merajuk, dan mengharapkan dia memujuk, dia seringkali gagal memujuk dengan cara yang saya fikirkan tetapi akhirnya tetap juga saya ketawa dan rajuk pun hilang.

Lalu pada hari itu, saya ceritakan perkara itu kepada ibu dan ibu segera memarahi saya, "Hal rumahtangga kamu, jangan ceritakan kepada orang lain, walaupun dengan ibu sendiri. Kamu sekarang adalah milik suami kamu."

Tersentak dengan itu saya berkata, "Ibu, saya bukan mahu ceritakan hal rumahtangga saya. Saya cuma mahu minta pandangan ibu, mengapa saya begitu? Adakah normal?"

Ibu tersenyum.

"Anakku, suatu hari ada sorang lelaki mahu mengadu kepada Saidinar Umar R.A berkenaan isterinya yang suka membebel padanya, tetapi sebaik sahaja melihat Khalifah Islam yang paling garang dan digeruni musuh itu, lelaki itu membatalkan hasratnya dan terus pulang.

Ini kerana, semasa beliau hendak masuk berjumpa Saidina Umar, beliau terdengar isteri Saidina Umar sedang membebel kepada Khalifah Islam itu. Sedangngkan khalifah pun sedang dibebel isterinya, apalah yang dia mampu tolong lagi?

Ketika dia berpaling hendak pergi, tiba-tiba Saidina Umar memanggilnya dan bertanya, "Apa hajat kamu datang ke mari?"

Lelaki tadi menjawab, "Aku datang hendak mengadu hal isteri aku, tapi aku lihat isterimu pun berkelakuan demikian terhadapmu."

Saidina Umar tersenyum lalu berkata, "Tidak patut kalau aku tidak sabar dengan kerenahnya. Bukankah dia telah memasak makanan untukku, membasuh pakaianku, menjaga anak-anakku dan dia tempat aku mendapat hajatku? Sabarlah, sesungguhnya keadaannya itu tidak lama (nanti akan baik sendiri)."

Jadi, adalah normal kita perempuan ini terkadang membebel, tetapi bukanlah bermakna hari-hari begitu. Sekiranya hari-hari, itu namanya perempuan sakit. Iyalah, kepada siapa lagi kita mahu mengadu selain kepada suami sendiri. Lagipula, kita perempuan ini, semarah mana pun kita, tetap sahaja kita sayang kepada suami.

"Jadi, adakah suami saya itu sebenarnya sedang mencontohi Saidina Umar?" soal saya segera, kerana hati saya menjadi sangat lapang mendengarnya.

"Ibu tidak tahu. Tetapi ibu tahu seperkara. Memang benar, Allah tidak memberikan kamu suami yang kaya, yang tinggi sekolahnya, yang kacak rupanya, tetapi Allah kurniakan kamu suami yang taat kepada-Nya dan ikhlas mengasihi kamu. Kerana taat dan ikhlasnya itu, Allah mudahkan dia dengan memudahkan hati kamu lembut dan hilang rajuk. Lembut hati kamu untuk ketawa dan lembut hati kamu untuk kembali ceria. Kamu sangat beruntung, kerana kamu juga mendapat tempiasnya. Ingatlah, keluarga yang gembira bermula dengan isteri yang gembira, dan kamu sudah memperolehnya."

Hati saya semakin berbunga-bunga, sepertinya cinta saya kepada suami kembali basah, dan tidak sabar mahu sampai ke rumah, menunggu pulangnya suami saya. Sampai sahaja suami saya di depan pintu terus dia berkata, "Dik, kamu sudah makan?"

Saya tidak menjawab soalannya, sebaliknya terus meluru memeluk dia dengan erat-erat, dan saya tidak mahu lepas. Terima kasih Tuhan, kerana memberikan suami ini.

"Dik, kamu mengapa, dik?"

"Saya sayang...." Tidak mampu saya meneruskan kata-kata saya, kerana sudah ada air mata bening yang tumpah ruah daripada mata.

"Dik, abang pun sayang. Jangan menangis, dik."


~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

07 June 2012

~Mak~


Orang kata aku lahir dari perut mak !
(Bukan org kata , memang betul)
Bila dahaga , yang susukan aku . Mak .
Bila lapar , yang suapkan aku , Mak .
Bila keseorangan , yang sentiasa disampingku , Mak .
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut , Mak .
Bila bangun tidur, aku cari , Mak .
Bila nangis , orang pertama yang datang , Mak .
Bila nak bermanja, aku dekati , Mak .
Bila nak bergesel , aku duduk sebelah , Mak .
Bila sedih , yang boleh memujukku hanya ,Mak . 
Bila nakal , yang memarahi aku , Mak .
Bila merajuk , yang memujukku cuma , Mak .
Bila melakukan kesalahan , yang paling cepat marah , Mak .
Bila takut , yang tenangkan aku , Mak . 
Bila nak peluk , yang aku suka peluk , Mak .
Aku selalu teringatkan , Mak .
Bila sedih , aku mesti telefOn , Mak .
Bila serOnOk , Orang pertama aku nak beritahhu , Mak .
Bila bengang , aku suka luah pada , Mak . 
Bila takut , aku selalu panggil , "Mmaaakkkk ! "
Bila sakit , Orang paling risau adalah , Mak .
Bila nak exam , Orang paling sibuk juga , Mak .
Bila buat hal , yang marah aku dulu , Mak . Bila ada masalah , yang paling risau , Mak .
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni , Mak .
Yang selalu masak makanan kegemaranku , Mak .
kalau balik ke kampung , yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk , Mak .
Yang selalu simpan dan kemaskan barang barang aku , Mak .
Yang selalu berleter kat aku , Mak .
Yang selalu puji aku , Mak .
Yang selalu nasihat aku , Mak .
 Bila nak kahwin , Orang pertama aku tunjuk dan rujuk , Mak .

Aku ada pasangan hidup sendiri .
Bila serOnOk , aku cari , Pasanganku
Bila sedih , aku cari , Mak .
Bila berjaya , aku ceritakan pada , Pasanganku .
Bila gagal , aku ceritakan pada , Mak .
Bila bahagia , aku peluk erat , Pasanganku .
Bila berduka , aku peluk erat , Mak .
Bila nak bercuti , aku bawa , Pasanganku .
Bila sibuk , aku hantar anak ke rumah , Mak .
Bila sambut valentine , Aku bagi hadiah pada Pasanganku !
Bila sambut hari ibu , aku cuma dapat ucapkan “ Selamat Hari Ibu ” !
Selalu , Aku ingat pasanganku ! 
Selalu , Mak ingat kat aku !
Bila-bila , Aku akan telefOn pasanganku !
Entah bila , aku nak telefOn mak !
Selalu , aku belikan hadiah untuk pasanganku !
Entah bila , aku nak belikan hadiah untuk emak !

Renungkan :
" Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja ,

bolehkah kau kirim wang untuk mak"

" Mak bukan nak banyak , lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah . "

Berderai air mata jika kita mendengarnya .
Tapi kalau mak sudah tiada .

" MAKKKKK ! RINDU MAK ! RINDU SANGAT !"

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya !
Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya !
Berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya !
Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya !
Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya !
Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya !
Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya !


Kisah Upah Ibu
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu . Si ibu segera mengesatkan tangan di aprOn menyambut kertas yang dihulurkan Oleh si anak lalu membacanya . 

KOs upah membantu ibu :
TOlOng pergi kedai : RM4.00
TOlOng jaga adik : RM4.00
TOlOng buang sampah : RM1.00
TOlOng kemas bilik : RM2.00
TOlOng siram bunga : RM3.00
TOlOng sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca , si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya . Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama .
1) KOs mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) KOs berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA 
3) KOs air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) KOs kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) KOs menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu - PERCUMA 
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu . Si anak
menatap wajah ibu ,memeluknya dan berkata , "Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya . 


SAHABAT, RAKAN, TAULAN, MUSUH, CIKGU, MENTERI, USTAZ, DAN RAMAI LAGI. Kita ssemua pernah/masih ada ibu. Pernahkah kita terfikir dan mencongak jasa ibu terhadap kita adakah sudah terbayar? Saya yakin dan percaya jasa ibu mengandungkan kita selama 9 bulan pun belum tentu habis dibayar. Inikan pula susu yang membesarkan kita, inikan pula masa mereka tak tidur sebab menjaga kita, inikan pula keringat yang jatuh kerana kita.

PERNAHKAH KITA TERFIKIR?
"Jagalah Ibu sementara ibu masih ada.
Dan doakanlah Ibu jika Ibu telah mengadap yang Maha Esa"
Dan janganlah bila Ibu tiada baru kita nak minta ampun dan maaf.
dan janganlah bila Mak tiada baru kita nak meraung mengejukkan mereka semula....uhuhuuuu...
 



~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

Copyright© All Rights Reserved mama-aima.blogspot.com