Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa
mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari
walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang tidak ada di syurga,
namun Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa.
Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan
mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki.
Tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu nak
meluruskan mereka. Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan
bayang-bayang yang lurus.
Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka
dicipta sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan
dari-Nya. Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin
liar. Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin
menderita. Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan
mereka kepada zat Allah yang kekal, disitulah suisnya.
Akal setipis rambutnya, tebalkan dengan ilmu. Hati serapuh kaca,
kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak.
Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan
keadilan Tuhan. Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak
jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara atau
‘women gladiator’.
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan
suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya disitulah
kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah yang
mengandungkan lelaki-lelaki waja: negarawan, karyawan, jutawan dan
“wan-wan” yang lain. Tidak akan lahir ‘superman’ tanpa ‘superwoman’.
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak
menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak
boleh diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkan. Lebih ramai lelaki yang dirosakkan oleh perempuan daripada perempuan
yang dirosakkan oleh lelaki.
Sebodoh-bodoh perempuan pun boleh
menundukkan sepandai-pandai lelaki. Itulah akibatnya apabila wanita
tidak kenal Tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi
mengenal lelaki. Kini bukan saja ramai boss telah kehilangan
‘secretary’, bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan
isteri dan bapa akan kehilangan puteri.
Bila wanita derhaka dunia lelaki akan huru-hara. Bila tulang rusuk
patah, maka rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan
hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum
memimpin wanita menuju Allah pimpinlah diri sendiri dahulu kepada-Nya.
Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya
dibawah pimpinan kita. Jangan mengharap isteri seperti Siti Fatimah,
kalau peribadi belum lagi seperti Sayidina Ali.
Sumber: Internet
No comments:
Post a Comment