24 April 2010

Khasiat Bawang Merah, Putih & Besar

Kaedah merawat menggunakan bawang merah, bawang putih dan bawang besar 1. Kulit yang terkena duri - celup bawang merah kedalam minyak kelapa lalu dibakar dan tampal ditempat terkena duri
2. Jari berdarah akibat terkena jarum - 3 sulur bawang merah dicelup minyak, bungkus dengan daun pisang, dibakar dan ditampalkan
3. Haid yang tidak teratur dan sakit - Bawang merah dihiris, minyak tanah dicampurkan dan diurut pada perut
4. Rasa pitam dan mabuk - Cium bawang merah
5. Resdung - Cium daun bawang merah
6. Infeksi paku berkarat - Bawang merah dicelup minyak dan dibakar, disapukan
7. Bulu roma yang tidak cantik - Bawang merah ditumbuk dan dilumurkan
1. Luka akibat paku berkarat - celup bawang putih kedalam minyak kelapa dan dipanaskan, ditampal di tempat luka
2. Menghilangkan bisul - Gosokkan dengan bawang putih
3. Darah tinggi - Bawang putih dibakar dan dimakan
4. Gigi dimakan ulat - Bawang putih, cengkih ditumbuk dan ditampal
5. Barah perut - Umbi pokok bawang putih ditumbuk, dicampur madu dan gula, dimakan
6. Disentri - Bawang putih dikunyah dan minum madu. Amalkan selepas bangun tidur
7. Tanda hitam dimuka - Bawang putih dicampur minyak badam, ditumbuk dan disapu dimuka
8. Rheumatik - Bawang putih, halia muda, minyak zaiton dicampur, ditumbuk dan disapukan
9. Osteoporosis - Bawang putih, bawang besar dibakar dan dimakan dengan telur ayam.
10. Sengal kaki - Bawang putih, halia ditumbuk disapukan
11. Jeragat - Sulur bawang putih dicampur madu dan disapu
12. Disengat kala jengking - Umbi pokok bawang putih digiling dan disapukan
13. Kuku tidak berkilat - Gosokkan bawang putih pada kuku
14. Rambut gugur - Makan bawang putih
15. Jerawat batu - Titikkan air bawang putih
1. Telinga bernanah dan panas - Bawang besar dicelup minyak zaiton, dibakar dan airnya di titiskan di telinga
2. Suara serak - Bawang besar ditumbuk hancur, airnya minum
3. Penghadaman lambat - Air perahan bawang besar diminum
4. Kudis bernanah - Bawang besar dibakar diletak pada kudis
5. Radang paru-paru - Bawang besar ditumbuk dan diletak didada
6. Kencing berdarah - Bawang besar dibakar dan ditampal pada bahagian pundi kencing
7. Kencing manis - Banyakkan memakan bawang besar

~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

23 April 2010

Sup Gear Box

salam mlm jumaat..malam yg penuh berkat..dh mkn belum? mlm ne Aima tak mkn, g diet, muhahahaa...ye la 2...menu lunch family Aima tadi sup gearbox wiv hati buyah (paru) n sayur rebung tumis wiv bagu (sejenis sayur tempatan)..masak yg simple je..sup gearbox tu Aima rebus dr pagi supaya empuk, Aima cuma bubuh perencah je masa blk tuk lunch..my maid yg jaga air rebusan..(pesanan penaja: jgn tinggalkan periuk atas api tanpa pengawasan) manakala hati buyah plak Aima dh marinate awal pagi n pesan kt bibik suh goreng garing2..lunch break Aima cuma tumis sayur je..
sebenarnya sup gearbox ne cuma Aima je yg makan cos mr hubby n anak2 tak suka..dorang cuma hirup air sup campur ngan hati buyah..tengok mr hubby n anak2 mkn banyak masa lunch tadi, senang rasa hati..rasa damai je jiwa, eheee..manakala dinner mr hubby tak makan, msh kenyang katanya..anak2 plak kata dah kenyang makan mee goreng tadi petang..ermmm..
Sup Gear Box
Bahan2:
tulang lutut lembu (gear box)
perencah sup
halia - tumbuk kasar
bawang merah - tumbuk halus
bawang putih - tumbuk halus
lada hitam
kepala rempah
garam
serbuk perasa
air secukupnya
hiasan:
bawang goreng
daun sup
daun bawang
Cara2nya:
-masukkan semua bahan kedalam periuk dan rebus hingga tulang empuk..jika air sup berkurangan, hendaklah ditambah sehingga tulang empuk
-perasakan dengan garam dan serbuk perasa
-setelah masak taburkan bawang goreng, daun sup dan daun bawang

~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

Petua Kebahagiaan Rumah Tangga


1- Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.
2- Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.
3- Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri.

4- Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada di rumah bersama-samanya.
5- Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.
6- Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga.

7- Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.
8-Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak.
9- Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk). 10- Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumah tangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat. 11- Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri.

12- Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar, seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung.
13- Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga14- Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah. 15- Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.

16- Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian. 17- Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.

18- Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.

19- Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.

20- Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka.
21- Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian. 22- Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga – merapatkan hubungan dan kemesraan. 23- Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya


~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

Copyright© All Rights Reserved mama-aima.blogspot.com