09 October 2018

Kenangan Terindah

Image result for salam hari rabu
Assalamualaikum n salam Rabu semua.  Alhamdulillah Allah masih memanjangkan usia dan memberi izin untuk bernafas di bumi Allah yang luas ini, terima kasih Ya Allah.  

Image result for harijadi
Hari ini hari yang amat bermakna dalam hidup Aima.  Bersyukur masih di panjangkan umur, sihat walafiat dan masih diberi kesempatan untuk berbakti pada keluarga, Alhamdulillah.  Tak terasa dah tua diri ini tapi jiwa masih muda okey hahaa..Sebenarnya takde lah tua sangat, masih muda sikit gak la kihkihkih.. Kalau jalan ngan anak sulung (Kakak) ada jugak yang tanya, adik ke anak? oittzz.. Tu anak dara ai okey.  Boleh di ikat dengan riben muncung anak dara ai, katanya if orang dah tegur macam tu, ada 2 makna, samada mamanya nampak muda atau dia yang nampak matured, ehehee..Jangan risaulah kakak, mama tetap mama dan kakak tetap anak yang mama sayang okey.

Itu semua gurau2 je sayang.  Sebenarnya orang cakap macam tu saja je, orang kata sekadar teguran atau sekadar bahasa. Tak kan lah orang tak tahu ai ada anak dara yang berumur 18 tahun, nak masuk 19 tahun dah tak lama lagi.  Aima dan tua la tapi jiwa masih muda gitew.

Di hari yang bermakna bagi diri Aima ne ingin jugak rasanya share beberapa kenangan dan rentetan peristiwa sepanjang usia Aima, sekadar untuk tatapan di masa akan datang, sekurang-kurang ada jugak la kenangan pahit manis kehidupan.

9 Oktober hari Aima di lahirkan di dunia ini.  Menurut kata mama, Aima di lahirkan di rumah dengan penuh kesakitan dan disambut oleh bidan.  Masa tu Aima dah selamat keluar tetapi tebuni masih lagi tersekat dalam perut mama.  Memakan masa dalam setengah jam jugak lah baru tebuni dapat di kelurkan dengan selamat.  Ampunkan Aima mama.  

Aima bersekolah pada usia 5 tahun dan Alhamdulillah merupakan antara pelajar terpandai waktu itu.  Masa Darjah 1 prestasi pelajaran Aima dan ada sorang lagi kawan amat memberangsangkan, maka Aima dan kawan tersebut dinaikkan kelas (jumping class) dalam tahun itu jugak.  Ini bermakna Aima dan kawan bersekolah selama setengah tahun sahaja dalam Darjah 1, terus dinaikkan ke Darjah 2 dalam tahun yang sama.  
Image result for study
So Aima dan kawan kena struggle untuk menjalani peperiksaan Darjah 2 hanya dengan belajar setengah tahun mata pelajaran Darjah 2.  Dan Alhamdulillah Aima lulus dengan cemerlang.  Boleh dikatakan sejarah sekolah jugaklah sebab sebelum dan selepas itu tidak ada lagi murid yang jumping class seperti Aima dan sorang kawan tu.

Bukan nak bangga diri okey, ini sekadar perkongsian sahaja.  Bab pelajaran Alhamdulillah Aima menjadi kebanggaan keluraga.  Sewaktu Sekolah Ugama juga boleh dikatakan setiap tahun dari Darjah 1 hingga Darjah 6 Aima mendapat no 1 dan setiap tahun mendapat hadiah murid cemerlang.  Cuma sayangnya waktu dulu takde lah seperti hari ini, takde sesi bergambar ataupun piala dan sijil, cuma diberi hadiah berupa buku dan alat tulis saja.  Jika dulu diberi piala dan sijil, fuhh memang banyak yang Aima dapat.

Tapi ada jugak lah dapat no 2 dalam peperiksaan bulanan cuma jarang.  Boleh dikatakan juga Aima salah seorang murid yang menjadi kesayangan seorang guru yang dikatakan sangat garang dengan murid.  Guru yang sangat digeruni murid yang lain termasuk Aima sendiri.  Sebenarnya guru tu suka Aima sebab Aima satu-satunya murid yang lancar membaca Al Quran dengan tajuid yang betul, Alhamdulillah.  Cuma Aima yang selalu dalam ketakutan sebab setiap kali belajar Al Quran tentu nama Aima yang disebut dulu, uhuuu...

Di saat orang lain menduduki peperiksaan Darjah 6 di Sekolah Rendah, dulu di panggil PCE dan kini PSR, Aima murid satu-satunya yang menduduki peperiksaan tersebut tanpa IC, muda lagi kot masa tu baru berumur 11 tahun.

Lepas habis Sekolah Rendah Aima berpindah ke Sekolah Menengah yang jauh dari rumah hinggalah ke Tingkatan 3.  Alhamdulillah semua lulus dengan cemerlang.  Tingkatan 4 hingga 5 Aima berpindah lagi ke sekolah yang menempatkan semuanya pelajar perempuan sahaja dan mengambil peperiksaan O Level disana. 
Image result for clerk
Sementara menunggu keputusan O Level Aima kerja dengan 1 company sebagai Kerani dengan gaji permulaan $400.  Ingatkan kerja sekejap je sebab nak sambung study, tapi kuasa Allah siapa yang dapat menidakkan ye tak.  Dari cuma suka-suka kerja timbul pulak rasa enjoy dan happy dengan kerja.  Dapat jugaklah bagi mama dan bapa sorang $100 setiap bulan.

Dan ingatkan kerja kat company ne sekejap saja, ada jugak niat nak merasa kerja di company lain, rupanya perancangan Allah lebih baik untuk diri ini.  Kalau nak tahu company tempat Aima kerja sekarang ne merupakan company yang mula-mula Aima kerja lepas habis sekolah, company yang sama.. Eh faham tak? ahahaa...tak terasa dan nak masuk jubli perak Aima kerja 1 company.  Dari kerani biasa hingga menjawat jawatan sekarang ini, Alhamdulillah.   Orang kata dari bujang sampai kahwin sampai lah beranak pinak masih kekal ngan 1 company.  Ini tandanya boss dia baik sebab tu sayang nak tinggal hehee..

Di usia 20 tahun Aima bertunang ngan seorang lelaki yang pada mulanya hanya kenal melalui telefon saja, gara-gara dia salah dail nombor telefon.. ekelehhh propa je tu, ingat orang tak tahu nak ngorat kite, ahahaa...gurau okey.  Kitorang tunang selama 2 tahun, lama kan? Banyak suka duka dalam pertunangan sampai ada 1 masa tu nak putus tunang, tapi kalau dah jodoh tak lari kemana.

Usia 22 tahun Aima dengan Si Dia berkahwin.  Acara besar-besaran jugaklah.  Maklumlah Aima anak perempuan pertama dalam keluarga yang berkahwin, Aima ada 2 orang abang, yang masa tu sorang dah kahwin dan sorang lagi belum, sah-sah kite langkah bendul kan, ehehee..  Manakala sebelah suami lagi lah besar-besaran, maklum saja lah anak lelaki satu-satunya.

Di usia 23 tahun Aima melahirkan anak pertama seorang puteri, sekarang dah berumur 18 tahun dan masih further study lagi.  Dia lah satu-satunya anak perempuan Aima, anak tunggal yang manja dan kakak yang garang ngan adik-adik.

Selepas kahwin Aima n Mr Hubby tinggal dengan family kedua belah pihak.  Ketika usia anak sulung (Kakak) 1 tahun kami berpindah ke Staff Quarters yang disediakn oleh Pihak Syarikat Aima kerja iaitu sebuah banglo.  Bermulalah kehidupan kami membina hidup berkeluarga di sana.  Dari rumah tak banyak isi hingga lah berisi isi.  Dari anak 1 hinggalah anak 3.  Dari cuma ada sebuah kereta hinggalah ada 2 buah kereta, Alhamdulillah.

Kemudian ketika anak ketiga berusia 2 tahun kami berpindah pulak ke Quarters anggota beruniform suami bertugas iaitu rumah 2 tingkat, Alhamdulillah.  Tapi duduk sana dalam 2 tahun saja.  Mr Hubby dah nak pencen muda, lalu Mr Hubby membina sebuah rumah untuk kami anak beranak berdekatan dengan rumah ibu bapa Aima, woohoooo ehehee...

Di usia Aima 33  tahun dan Mr Hubby 34 tahun kami dah ada rumah sendiri yang dibina dengan hasil jerih payah kerja tapi lebih banyak suami yang keluarkan duit.  Mr Hubby rela buang semua rasa nak enjoy dengan duit baksis yang dia ada selama kerja sebagai anggota beruniform demi hendak mendirikan sebuah rumah untuk isteri dan anak-anak.  Terima kasih suami semoga Allah membalas jasamu dengan berjuta kebaikkan dunia dan akhirat, amin.  Syukur Alhamdulillah ya Allah.  Dan setelah setahun lebih tinggal di rumah tersebut kami dikurniakan seorang lagi putera kini dah berusia 7 tahun, dialah anak bungsu Aima.  Alhamdulillah rezeki Allah.

Dan 3 tahun lepas Aima dan Mr Hubby mendapat lagi sebuah rumah teres 2 tingkat yang dibayar ansur setiap bulan.  Mengikut perancangan rumah tersebut untuk anak-anak di kemudian hari, Insha Allah.  Orang kata bersusah-susah dahulu bersenang kemudian.  Semoga anak-anak di kemudian hari menghargai apa yang kami tinggalkan untuk dorang, aminn.

Sepanjang hidup ini memang banyak suka duka yang dah dilalui, banyak pahit manis dah di rasai, banyak onak duri dah di jalani, banyak liku-liku yang dah di rentasi, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mengharungi.  Semoga hati ini terus kuat dan semangat untuk melayari bahtera kehidupan di masa hadapan, amiin..  

Ya Allah terima kasih di atas kebahagiaan ini.  Ku mohon panjangkan umurku Ya Allah agar aku dapat membesarkan anak-anaku dengan baik.  Agar aku dapat berbakti kepada bapa dan kedua mertua ku.  Beri aku peluang Ya Allah utnuk melihat anak-anak ku membesar dan berjaya dunia akhirat. Murahkan lah rezeki ku seperti air yang mengalir, berikan aku rezeki seluas lautan dan langit yang Kau ciptakan, kurniakan aku rezeki yang berkat yang banyaknya dapat di agihkan dan sedikitnya cukup agar aku dapat berbagi dengan keluarga dan orang yang memerlukan.

Jauhkan aku dari segala penyakit, fitnah, hasad dengki dan apa jua perkara yang tidak baik Ya Allah.  Berilah aku kesihatan yang baik agar aku dapat menjalani ibadah pada Mu dengan tenang.  Ampunkan dosa-dosa ku Ya Allah.  Dan di hari lahir ku ini ku memohon kepada Mu Ya Allah agar aku diberi peluang untuk membesarkan anak-anakku dengan tangan ku sendiri.  Aku ingin menjadi isteri dan ibu yang terbaik untuk keluargaku.

Jika di izinkan aku hendak bekerjaya dari rumah dengan pendapatan yang lebih tinggi agar aku dapat membahagikan masa untuk suami dan anak-anak.  Agar aku dapat melihat pembesaran anak-anak ku, agar anak-anak ku merasa selalu dekat dengan ku.

Agar aku dapat menjadi anak yang selalu berbakti pada bapa ku dan menjadi isteri yang selalu ada di sisi suami.  Semoga kau makbulkan doa-doa ku Ya Allah, sesungguhnya hanya pada Mu ku bermohon dan berserah, terima kasih atas segalanya Ya Allah, Alhamdulillah..

Terima kasih juga pada sesiapa yang sudi singgah dan membaca blog ini, moga korang dimurahkan rezeki dan bahagia dunia dan akhirat.. aminn..

~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

No comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved mama-aima.blogspot.com