25 April 2010

Salam mlm minggu..hope smua shat n ceria ek..Aima tak brapa shat la, asyik skt kpala je sjk kblkngan ne..nak date ngan mr/mrs doct mls plak rasa, tkut nak dngar kata2 mutiara dr mr/mrs doct…ag pn aima ne jenis yg susah nak telan ubat, nak telan 1 biji panadol pun rasa cam nak telah batu, uhuuu…kdng2 mr hubby berleter gak bila tngok Aima pandai cari alasan bila bab ubat2an ne..slalu bg alasan ok jap g mkn ubat ey..dah tu pai pagi lah ubat tak berusik =) biasanya f pi klinik pun cuma nak mintak MC, nak escape keje :) anak2 Aima pun sama, bila demam je terpaksalah ngan skuat tenaga pegang kaki tangan n paksa mkn ubat..bak kata mr hubby anak2 ikut tabiat mama dia…biasalah kan dimana tumpahnya kuah f tak dlm mangkuk soto..kdng2 geram gak, terpaksa pot pet dulu n bg mcm2 alasan p anak2 tetap tak nak bukak mulut..f ikut mr hubby pape ubat pun dia leh telan…p takpe lah anak2 Aima lah katakan, eheee…
mlm minggu ne mr hubby keje, tinggal lah Aima ngan anak2 kt umah, sob sob..asal mlm minggu je tntu terperap kat umah..nsb baik umah family dekat, dpt la ‘mengayau’ n tumpang nasi semangkuk =) lepas kenyang perut baru blk umah..alahai senangnya idup, tak payah nak fikir masak apa, heeee…
td ptg adik ‘labu’ yg kbetulan tidur kat umah family ajak beli ayam penyet n sate..adik yg sorg ne mmang murah hati, sbb tu lah rezeki dia murah, alhamdulillah..dia ne f beli makanan tak pnah nak beli cikit, smua yg ada kat umah 2 dapat rasa apa yg dia beli..syukran..so ptg 2 kitorang tapau 8 bungkus ayam penyet n 60 cucuk sate ayam + urat kat 1 resto yg femes ngan sate n ayam penyet dia yg umphhh..best sgt dpt mkn ramai2..n ag lah best dpt mkn free, ekikikiii…tima kasih my sis lain kali blnja ag ey..moga bertambah rezeki n moga dapat baby yang kiut n bulat cam ur 1st son, semua bulat, ekikikiii…
k la olz, Aima mintak izin undur jari lu ye..kpala skt sgt lah..rasa berat je dari tadi..nak lelapkan mata dulu..f ikutkan hati dari td lagi tarik cimut p cian plak kat anak2 yg masih segar mata dia..nampak gayanya tak sempat la nak tngok konset Af mlm ne..takpe lah sok msh ada..nyte olz..salam..pnjng umur jumpa ag k..byezzzzz…

~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

salam malam sabtu..dah solat? dah makan? hari2 tanya makan kn, cam dah takde benda lain nak tanya, ahaaa..Aima baru je makan soto + bakso, adik ‘labu’ blanja..ptg tadi tapau cakoi kawin yg femes di kg ‘jackfruit corner’ n roti john..murah rezeki kau sis, slalu bg org mkn free..
lunch tadi Aima masak kepak sweet sour n sambal mangga muda..p pai mlm masih ada balance ag..ada kah patot penat2 masak pt anak2 mkn kat umah nenek dorang. emmm... bertuah punya anak..cuma Aima n mr hubby je yg lunch td, ingatkan best mkn berdua ne, dpt di ulang kenangan masa cintun dulu..tp rupanya tak best la, sunyi dari hiruk pikuk suara anak2 yg slalu gaduh2 mnja time mkn..mr hubby kata sunyi lah..memang sunyi pun, uhuuu.. mkn mlm baru best, makan soto bakso berebut ngan anak2..sorang tak nak bakso..sorang plak tak nak ada 1 daun pun dlm sup n yg sorang plak tak nak share ngan kakak n abg dia..alahai anak aku..

~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

24 April 2010

Khasiat Bawang Merah, Putih & Besar

Kaedah merawat menggunakan bawang merah, bawang putih dan bawang besar 1. Kulit yang terkena duri - celup bawang merah kedalam minyak kelapa lalu dibakar dan tampal ditempat terkena duri
2. Jari berdarah akibat terkena jarum - 3 sulur bawang merah dicelup minyak, bungkus dengan daun pisang, dibakar dan ditampalkan
3. Haid yang tidak teratur dan sakit - Bawang merah dihiris, minyak tanah dicampurkan dan diurut pada perut
4. Rasa pitam dan mabuk - Cium bawang merah
5. Resdung - Cium daun bawang merah
6. Infeksi paku berkarat - Bawang merah dicelup minyak dan dibakar, disapukan
7. Bulu roma yang tidak cantik - Bawang merah ditumbuk dan dilumurkan
1. Luka akibat paku berkarat - celup bawang putih kedalam minyak kelapa dan dipanaskan, ditampal di tempat luka
2. Menghilangkan bisul - Gosokkan dengan bawang putih
3. Darah tinggi - Bawang putih dibakar dan dimakan
4. Gigi dimakan ulat - Bawang putih, cengkih ditumbuk dan ditampal
5. Barah perut - Umbi pokok bawang putih ditumbuk, dicampur madu dan gula, dimakan
6. Disentri - Bawang putih dikunyah dan minum madu. Amalkan selepas bangun tidur
7. Tanda hitam dimuka - Bawang putih dicampur minyak badam, ditumbuk dan disapu dimuka
8. Rheumatik - Bawang putih, halia muda, minyak zaiton dicampur, ditumbuk dan disapukan
9. Osteoporosis - Bawang putih, bawang besar dibakar dan dimakan dengan telur ayam.
10. Sengal kaki - Bawang putih, halia ditumbuk disapukan
11. Jeragat - Sulur bawang putih dicampur madu dan disapu
12. Disengat kala jengking - Umbi pokok bawang putih digiling dan disapukan
13. Kuku tidak berkilat - Gosokkan bawang putih pada kuku
14. Rambut gugur - Makan bawang putih
15. Jerawat batu - Titikkan air bawang putih
1. Telinga bernanah dan panas - Bawang besar dicelup minyak zaiton, dibakar dan airnya di titiskan di telinga
2. Suara serak - Bawang besar ditumbuk hancur, airnya minum
3. Penghadaman lambat - Air perahan bawang besar diminum
4. Kudis bernanah - Bawang besar dibakar diletak pada kudis
5. Radang paru-paru - Bawang besar ditumbuk dan diletak didada
6. Kencing berdarah - Bawang besar dibakar dan ditampal pada bahagian pundi kencing
7. Kencing manis - Banyakkan memakan bawang besar

~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

23 April 2010

Sup Gear Box

salam mlm jumaat..malam yg penuh berkat..dh mkn belum? mlm ne Aima tak mkn, g diet, muhahahaa...ye la 2...menu lunch family Aima tadi sup gearbox wiv hati buyah (paru) n sayur rebung tumis wiv bagu (sejenis sayur tempatan)..masak yg simple je..sup gearbox tu Aima rebus dr pagi supaya empuk, Aima cuma bubuh perencah je masa blk tuk lunch..my maid yg jaga air rebusan..(pesanan penaja: jgn tinggalkan periuk atas api tanpa pengawasan) manakala hati buyah plak Aima dh marinate awal pagi n pesan kt bibik suh goreng garing2..lunch break Aima cuma tumis sayur je..
sebenarnya sup gearbox ne cuma Aima je yg makan cos mr hubby n anak2 tak suka..dorang cuma hirup air sup campur ngan hati buyah..tengok mr hubby n anak2 mkn banyak masa lunch tadi, senang rasa hati..rasa damai je jiwa, eheee..manakala dinner mr hubby tak makan, msh kenyang katanya..anak2 plak kata dah kenyang makan mee goreng tadi petang..ermmm..
Sup Gear Box
Bahan2:
tulang lutut lembu (gear box)
perencah sup
halia - tumbuk kasar
bawang merah - tumbuk halus
bawang putih - tumbuk halus
lada hitam
kepala rempah
garam
serbuk perasa
air secukupnya
hiasan:
bawang goreng
daun sup
daun bawang
Cara2nya:
-masukkan semua bahan kedalam periuk dan rebus hingga tulang empuk..jika air sup berkurangan, hendaklah ditambah sehingga tulang empuk
-perasakan dengan garam dan serbuk perasa
-setelah masak taburkan bawang goreng, daun sup dan daun bawang

~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

Petua Kebahagiaan Rumah Tangga


1- Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.
2- Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.
3- Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri.

4- Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada di rumah bersama-samanya.
5- Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.
6- Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga.

7- Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.
8-Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak.
9- Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk). 10- Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumah tangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat. 11- Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri.

12- Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar, seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung.
13- Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga14- Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah. 15- Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.

16- Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian. 17- Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.

18- Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.

19- Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.

20- Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka.
21- Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian. 22- Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga – merapatkan hubungan dan kemesraan. 23- Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya


~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

Copyright© All Rights Reserved mama-aima.blogspot.com