29 December 2013

Petua Supaya Mudah Mengandung


 
Cubalah pula petua dan amalan ini....

Ambil 4 biji buah kurma...suami genggam 2 biji, isteri genggam 2 biji.  Kemudian,buang biji kurma tu.  Kisarkan kurma tadi bersama dengan susu kambing.   Minum air campuran kurma dan susu kambing tersebut sorang segelas.   Amalkan sekali sahaja dalam seumur hidup.   Kemudian, amalkan minum susu kambing setiap hari waktu pagi. 

InsyaAllah mujarab. Selamat mencuba.


~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

28 December 2013

Makanan Untuk Mengurangkan Kolesterol

Buah Kering
Buah kering seperti limau kering mengandungi banyak flavanoid. Flavanoid berfungsi menyingkirkan lemak jahat. Ia juga boleh anda perolehi daripada teh, tomato, buah delima, brokoli dan bawang.
 Buah Epal

Dengan memakan sebiji epal setiap hari, ia sudah memadai untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kolesterol dalam badan anda.


Ikan Tuna

Ikan tuna merupakan sumber asid lemak Omega-3. Ia baik untuk melindungi tubuh anda daripada mengalami peningkatan kadar kolesterol jahat.

Buah Jambu Batu

Jambu Batu - Jambu batu mampu menurunkan kadar kolesterol dalam badan anda. Amalkan memakannya setiap hari supaya khasiatnya dapat bertindakbalas pada badan anda. Anda disyorkan untuk memakan 2 biji setiap hari, samada sebiji pada waktu pagi ataupun tengahari. Manakala sebiji lagi boleh dimakan pada sebelah petang atau malam.

 Kacang Soya



Kacang soya boleh membantu memecahkan lemak, mengurangkan kadar lemak jahat dan meningkatkan kandungan lemak baik.

~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

Wanita Ibarat Rumput Semalu

 
Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. 

Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

1. Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

2. Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

3. Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

4. Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja. Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

Copyright© All Rights Reserved mama-aima.blogspot.com