20 June 2014

Fasa Perkahwinan

 
Assalamualaikum n selamat pagi Jumaat semua. Pagi yang tenang, cerah, ceria dan damai sangat hari ini.  Otak pun dah tak berserabut seperti sebelum ne.  Alhamdulillah banyak perkara penting dan bermakna terjadi dalam kehidupan Aima.  Hidup pun rasa tenang je, Alhamdulillah.  Betul lah kata orang tua-tua umur mematangkan fikiran dan perkahwinan membuatkan kita lebih dewasa.  

Macam kehidupan Aima ne, memang kadang timbul rasa tak percaya melihat anak-anak dah besar panjang.  Rasa baru je tengok anak-anak lahir, merangkak dan belajar berjalan, tup tup sekarang ne dan besar, dah ada anak dara pun ^_^

Kehidupan berumahtangga pun semakin hari semakin tenang, lancar dan dah malas nak bertekak jika hanya di sebabkan hal remeh temeh, Alhamdulillah..  Semoga kebahagian dalam kehidupan kami ini akan berkekalan buat selamnya, Amin..
 
Jika teringat kembali kehidupan mula-mula berumahtangga memang ada pasang surutnya, ada suka dukanya, ada menangis ada tawanya, ada gaduh ada manjanya. ada susah ada senangnya, ada masam ada manisnya.  Alhamdulillah tahun ini pada bulan Februari yang lalu genaplah 15 tahun perkahwinan kami dengan di kurniakan 4 orang cahayamata.  Sepanjang 15 tahun hidup bersama, banyak suka duka, susah senang kami harungi bersama.  

Mula berkahwin tinggal dengan ibu bapa hinggalah di kurniakan anak pertama.  Genap setahun umur kakak, Aima n Mr Hubby mula belajar hidup berdikari.  Kami berpindah ke rumah yang di khaskan oleh pihak Syarikat tempat Aima keje.  Bermula dari 0 kami memulakan hidup berkeluarga dengan berdikit-dikit, dari rumah tak banyak isi sampai lah penuh dengan isi-isian.  Dari cuma ada sebuah kereta akhirnya ada 3 kereta.  Dari cuma ada sorang anak, dah bertambah menjadi tiga orang anak.

Kat rumah tersebut banyak suka duka yang di lalui bersama.  Rezeki pun bertambah-tambah.  Setiap kali nak dapat anak, Mr Hubby di naikkan pangkat, itu lah kata orang rezeki anak, Alhamdulillah.

Genap 7 tahun, kami berpindah ke rumah yang lebih besar sedikit iaitu rumah teres yang di sediakan untuk anggota berunifom.  Duduk kat rumah tersebut tak lama cuma dalam 2 tahun sebab Mr Hubby dah nak pencen dan hendak berpindah ke rumah sendiri hasil titik peluh Mr Hubby n Aima keje tuk anak-anak dan kehidupan masa depan.

Kemudian kami berpindah ke rumah baru (rumah yang sekarang ne) dan lepas ne Insya Allah tak pindah lagi la, rumah sendiri punya.  Memang tak terbayang dalam fikiran dalam usia 32 tahun n Mr Hubby 33 tahun kami mempunyai rumah sendiri, takde hutang ngan bank atau mana-mana pihak, Alhamdulillah, Syukur Ya Allah.  Walaupun rumah kecik dan tak semewah mana tapi bagi kami inilah syurga dunia kami.

Kat rumah sekarang ne Allah bagi kami rezeki lagi, tahun kedua duduk rumah sendiri, lahirlah seorang lagi putera  dalam kehidupan kami bagi menambah ahli keluarga dan keturunan kami, Alhamdulillah.
Dan Syukur Alhamdulillah, kehidupan kat rumah baru ne semakin lancar, rezeki datang mencurah-curah.  Ini semua berkat kesabaran dan jua berkat doa ibu bapa. 

Betul lah kata orang tua-tua, fasa kehidupan berubah dari masa ke semasa.  Aima setuju sangat dengan kata-kata orang tua dulu, fasa pertama perkahwinan memang hadapi sedikit kepayahan, kesusahan dan kesempitan.  Fasa kedua perkahwinan lebih stabil dari segala sudut.  Dan fasa ketiga perkahwinan hidup lebih tenang dan Allah kurniakan berbagai-bagai kemanisan dalam perkahwinan kita, Alhamdulillah.   

Korang pula bagaimana?

Orang tua-tua kata,
5 tahun perkahwinan (Fasa 1)
Sentiasa di uji dengan kesempitan & kekurangan harta (ada je yang tak cukup, kena banyak belajar sabar)

Masuk 10 tahun perkahwinan (Fasa ke 2)
Allah dah mula buka 1001 pintu rezeki ke arah stabiliti.

Masuk 15 tahun perkahwinan (Fasa ke 3)
Kehidupan lebih simple tetapi stabil dari segala sudut.
Mudah-Mudahan Allah memberi kemudahan & kekuatan dalam menjalani kehidupan bersama anak-anak, suami & isteri tercinta sehingga Syurga.. Ameen
 

~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

15 May 2014

Jadual Hidup Ku Yang Baru

 
Assalamualaikum n salam khamis olz.  Semoga korang semua sihat n bertambah sihat, amin.  Cuaca sekarang ne panas betul kan, panas yang boleh membuatkan sakit kepala.  Kat Brunei memang panas walaupun ada kalanya sebelah malam hujan turun dengan lebat, ecehhhh macam penyampai kaji cuaca la pulak, eheheee...
Dalam cuaca panas macam ne memang malas betul nak buat aktivit luar.  Nak keluar jalan-jalan pun malas giler, rasa nak terperap je dalam rumah ngan aircond, selesa wehhh..  Tambah lagi bila hari minggu memang giler malas nak keluar, lebih malas dari giler, ahahaa...Sekarang ne jadual Aima memang padat giler. padat mengalahkan pegawai besar..eeehhhhh ye ke? ^,^
Sejak tiga minggu lepas lagi jadual Aima bertukar 100%.  Cuba korang bayangkan, subuh dah bangun kejutkan anak n siapkan sarapan, walaupun bibik ada tapi seboleh-bolehnya sarapan Aima yang buat sendiri kecuali sarapan yang Aima masak tu tak menepati piawaian dan garis pandu anak-anak (maklumlah le anak-anak Aima ne bab makan memang cerewet, fuhhh....)

F Mr Hubby shift pagi memang bangun lebih awal lah siapkan apa yang patut termasuk sediakan air bekal Mr Hubby setiap kali shift pagi iaitu Nescafe O.  Mr Hubby memang tak kan bekpas awal pagi so kena lah buatkan bekal walaupun cuma 1 thermos Nescafe O panas, supaya tak ngantuk kata nya, ehehee...
Dah Mr Hubby pi keje n anak-anak dah siap nak sekolah, 1st trip adalah hantar 2 hero Aima pi sekolah dulu tepat jam 6.40.  Kemudian balik rumah sekejap n tunggu tuan puteri Aima bersiap, memang lama wehh tunggu dia bersiap, kadang kena jerit baru dia cepat-cepat pakai tudung.  Dah Kakak siap kena tunggu lagi anak buah yang sorang, dia memang dari dulu pi sekolah sama ngan kakak, cazen a.k.a teman rapat.

So dalam kul 7.10 hantar kakak n anak buah pi sekolah.  Jalan pulak jem sebab berebut ngan orang yang nak pi keje.  Kadang 7.40 baru sampai rumah padahal jarak rumah n sekolah tak sampai pun 15 minit (f jalan tak jem la)  kemudian siap-siap lagi nak pi keje, nak kemas bilik n bawak Adik main sekejap f dia bangun awal.  Kekadang tu sempat gak la marinate ayam/ikan tuk bibik goreng nanti.

Then 8.20 dan sampai opis, itu pun f takde keje yang memerlukan Aima berurusan kat luar.  F ada urusan memang pagi tak masuk opis la terus je ke tempat tujuan dengan mengharungi jalan yang jem di sana sini.  Selesai semua urusan ada kalanya masuk opis semula n banyak kalinya terus balik rumah, eheheee...  Bukan curi tulang tau, jam dah 11.30 tak kan nak masuk opis lagi, tak baik alang-alang buat keje, ngeeee...

Sementara tunggu 12.30 nak amin 2 hero Aima balik sekolah, sempat lah masak yang simple cos bibik dah goreng apa yang di marinate awal pagi.  Memang kelam kabut sangatlah sampai minum pun ada kalanya tak sempat ^_^
Setelah amik abang-abang balik sekolah, Aima hantar dorang balik rumah dulu tuk makan n siap-siap nak pi sekolah ugama baru lah Aima drive lagi amik Kakak kat sekolah.  Dan macam biasa la tak sah f tak jem sana sini, ye lah kan semua orang pun sama berebut-rebut ngan masa.  Dekat jam 1 baru sampai rumah, kadang nak makan pun tak sempat.  Yang sempat je siapkan makanan tuk Mr Hubby balik keje nanti.  Ada masa nya gak Mr Hubby kata tak payah masak la, dia faham wife dia ne penat tahap gaban, uhuuuu....

Baru je duduk ngan anak kecik, abang-abang dah bising takut lewat pi sekolah.  Terus sarung tudung n hantar pi sekolah ugama n terus je la balik opis.  Datang opis keje sebukit dah menanti, uhuhuuuuu...Boleh stress di buatnya.  Tepat jam 4.25 dah siap-siap nak ambik abang-abang balik sekolah, nasib baik Miss Boss ne sporting n understanding, tak la kecoh-kecoh bila Aima keluar masuk opis ambik anak, tengkiu boss ^,^

Sebab malas nak hantar abang-abang balik rumah, Aima angkut je dorang pi opis sampai la kul 5.  Abang-abang ne memang suka ikut mama dorang pi opis, bukan apa kan sebelah opis Aima ne kedai, so sementara tunggu mama dorang ne siap buat keje, apa lagi ulang alik la pi kedai. F hari-hari memang nipis la beg di buatnya.  Balik keje kekadang terus pi pasar beli apa yang patut sebab malas nak kelaur rumah lagi, boleh terus sediakan tuk makan malam.  Sebelah malam siap masak je, ajar pulak anak buat homework sambil layan Adik main.  Kekadang tu sempat gak la buat keje part time.  Keje part time ne memang Aima buat kat rumah je, tak nak la ambik kesempatan buat kat opis, lagi pula mana la ada masa nak buat part time kat opis, keje opis memang tak habis punya, uhuhuuuu....
Sebelum kul 9 mata dah layu, dah rasa berat sangat.  Nak tido awal memang tak boleh selagi Adik tak tido.  Adik ne memang tau jam n masa dia ngan bibik n bila masa dia mesti nagn mama dia ne.  Sebelah siang memang melekat kat bibik je la tapi start Aima balik keje memang tak lepas lah dari mama dia.  Kekadang tu kan nak gak curi-curi tido jap, so Aima bagi la bibik tido kan Adik dulu, nanti dah tido baru angkat masuk bilik.  Tapi jangan harap la dia nak kat bibik bila malam, agaknya dia dah set kat minda dia sebelah malam mesti tido ngan mama, ahahaaa...  So jangan haraplah nak tido awal.  Kekadang jam 11+ baru dia nak tido, mana tak naik tekanan darah aku, uhuhuuuu...

Nasib baik Mr Hubby sporting, hero yang 2 orang tu Mr Hubby la yang tidokan.. dorang ne selagi mama o babah dia tak masuk bilik sama jangan haraplah dorng nak tido sendiri, hemmmm...

haaa..tu la jadual pada Aima sekarang ne, padat madat sendat -_- masa tuk diri sendiri pun kadang susah nak dapat, tapi takpe demi anak-anak rela berkorban, eheheee...

K la olz Aima ber undur diri dulu ye, jumpa lagi di lain n3, Insya Allah...Assalamualaikum..bubyezzzzzzz




~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

Copyright© All Rights Reserved mama-aima.blogspot.com