Showing posts with label Impian. Show all posts
Showing posts with label Impian. Show all posts

20 June 2014

Fasa Perkahwinan

 
Assalamualaikum n selamat pagi Jumaat semua. Pagi yang tenang, cerah, ceria dan damai sangat hari ini.  Otak pun dah tak berserabut seperti sebelum ne.  Alhamdulillah banyak perkara penting dan bermakna terjadi dalam kehidupan Aima.  Hidup pun rasa tenang je, Alhamdulillah.  Betul lah kata orang tua-tua umur mematangkan fikiran dan perkahwinan membuatkan kita lebih dewasa.  

Macam kehidupan Aima ne, memang kadang timbul rasa tak percaya melihat anak-anak dah besar panjang.  Rasa baru je tengok anak-anak lahir, merangkak dan belajar berjalan, tup tup sekarang ne dan besar, dah ada anak dara pun ^_^

Kehidupan berumahtangga pun semakin hari semakin tenang, lancar dan dah malas nak bertekak jika hanya di sebabkan hal remeh temeh, Alhamdulillah..  Semoga kebahagian dalam kehidupan kami ini akan berkekalan buat selamnya, Amin..
 
Jika teringat kembali kehidupan mula-mula berumahtangga memang ada pasang surutnya, ada suka dukanya, ada menangis ada tawanya, ada gaduh ada manjanya. ada susah ada senangnya, ada masam ada manisnya.  Alhamdulillah tahun ini pada bulan Februari yang lalu genaplah 15 tahun perkahwinan kami dengan di kurniakan 4 orang cahayamata.  Sepanjang 15 tahun hidup bersama, banyak suka duka, susah senang kami harungi bersama.  

Mula berkahwin tinggal dengan ibu bapa hinggalah di kurniakan anak pertama.  Genap setahun umur kakak, Aima n Mr Hubby mula belajar hidup berdikari.  Kami berpindah ke rumah yang di khaskan oleh pihak Syarikat tempat Aima keje.  Bermula dari 0 kami memulakan hidup berkeluarga dengan berdikit-dikit, dari rumah tak banyak isi sampai lah penuh dengan isi-isian.  Dari cuma ada sebuah kereta akhirnya ada 3 kereta.  Dari cuma ada sorang anak, dah bertambah menjadi tiga orang anak.

Kat rumah tersebut banyak suka duka yang di lalui bersama.  Rezeki pun bertambah-tambah.  Setiap kali nak dapat anak, Mr Hubby di naikkan pangkat, itu lah kata orang rezeki anak, Alhamdulillah.

Genap 7 tahun, kami berpindah ke rumah yang lebih besar sedikit iaitu rumah teres yang di sediakan untuk anggota berunifom.  Duduk kat rumah tersebut tak lama cuma dalam 2 tahun sebab Mr Hubby dah nak pencen dan hendak berpindah ke rumah sendiri hasil titik peluh Mr Hubby n Aima keje tuk anak-anak dan kehidupan masa depan.

Kemudian kami berpindah ke rumah baru (rumah yang sekarang ne) dan lepas ne Insya Allah tak pindah lagi la, rumah sendiri punya.  Memang tak terbayang dalam fikiran dalam usia 32 tahun n Mr Hubby 33 tahun kami mempunyai rumah sendiri, takde hutang ngan bank atau mana-mana pihak, Alhamdulillah, Syukur Ya Allah.  Walaupun rumah kecik dan tak semewah mana tapi bagi kami inilah syurga dunia kami.

Kat rumah sekarang ne Allah bagi kami rezeki lagi, tahun kedua duduk rumah sendiri, lahirlah seorang lagi putera  dalam kehidupan kami bagi menambah ahli keluarga dan keturunan kami, Alhamdulillah.
Dan Syukur Alhamdulillah, kehidupan kat rumah baru ne semakin lancar, rezeki datang mencurah-curah.  Ini semua berkat kesabaran dan jua berkat doa ibu bapa. 

Betul lah kata orang tua-tua, fasa kehidupan berubah dari masa ke semasa.  Aima setuju sangat dengan kata-kata orang tua dulu, fasa pertama perkahwinan memang hadapi sedikit kepayahan, kesusahan dan kesempitan.  Fasa kedua perkahwinan lebih stabil dari segala sudut.  Dan fasa ketiga perkahwinan hidup lebih tenang dan Allah kurniakan berbagai-bagai kemanisan dalam perkahwinan kita, Alhamdulillah.   

Korang pula bagaimana?

Orang tua-tua kata,
5 tahun perkahwinan (Fasa 1)
Sentiasa di uji dengan kesempitan & kekurangan harta (ada je yang tak cukup, kena banyak belajar sabar)

Masuk 10 tahun perkahwinan (Fasa ke 2)
Allah dah mula buka 1001 pintu rezeki ke arah stabiliti.

Masuk 15 tahun perkahwinan (Fasa ke 3)
Kehidupan lebih simple tetapi stabil dari segala sudut.
Mudah-Mudahan Allah memberi kemudahan & kekuatan dalam menjalani kehidupan bersama anak-anak, suami & isteri tercinta sehingga Syurga.. Ameen
 

~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

26 June 2012

~Rahsia Garam~

Rahsia Garam... Amalan sunnah yang tak diketahui...

Amalan Rasulullah S.A.W memakan secubit garam sebelum dan selepas makan kini dibuktikan oleh sains bahawa tabiat ini menambahkan keberkesanan perut untuk menghadam makanan dan menghindarkan perut dari menyerap racun.

Pada zaman Yunani, Tentera Yunani ( askar Greek ) dibayar gaji menggunakan garam .Begitu juga dengan episod penjajahan negara kecil oleh negara besar dengan mengenakan hukuman penjara kepada penentang mereka .

.Apabila dipenjarakan, mereka ( penentang ) akan diberi makanan seperti roti dan air tanpa garam .Walaupun kerap dihidangkan dengan roti dan air tanpa garam, badan mereka tetap lemah memandangkan kurangnya kandungan garam dalam badan.

Dari Abdullah Bin Umar

” Sesungguhnya ALLAH menurunkan empat perkara berkat ( mempunyai kebaikan ) dari langit ( menerusi hujan ) ke bumi iaitu besi, api ,air dan garam”

Hadis Riwayat Al-Baghawiy dalam tafsirnya .

Dari Anas Bin Malik, nabi bersabda ” Penghulu segala lauk pauk kamu ialah garam .

Dalam kitab perubatan Islam, untuk penyakit dari laut maka untuk keluarkannya dari badan/merawatnya dari laut juga iaitu menggunakan air garam. Antaranya:

1. Penyakit Ghaut – timbus anggota badan atau bahagian yang bengkak dengan pasir laut ( tepi pantai ) 1 – 2 jam kemudian mandi air laut.

2. Kalau tinggal di bandar seperti , goreng 1 – 2 genggam garam kasar sampai kekuningan kemudian demah/tuam di bahagian yang bengkak atau sakit. Garam itu dibungkus dengan kain.

3. Guna cara yang sama seperti di atas untuk penyakit lenguh-lenguh sendi, sakit kepala, senggugut. Kalau sakit lelah demah/tuam pada tapak kaki.

4. Elak mabuk semasa perjalanan dengan meminum madu dan secubit garam atau air suam dan secubit garam sebelum memulakan perjalanan

5. Mengembalikan tenaga untuk orang yang bekerja berat seperti bertani, bersukan dan seumpamanya – minum air suam dan sedikit garam.

6. Cuci perut : minum air suam dan satu butir garam kasar sebelah pagi.

 
Petua berdasarkan kajian:

~ Merendam kerang supaya hilang tahinya. Dalam kaedah perubatan Islam, sesuatu perkara yang buruk diubat dengan asalnya. Kerang berasal dari laut, dan garam digunakan untuk meneutralkan keburukannya (tahi).

~ Mengurang tahap kemasinan ikan masin. Ikan kering yang terlalu masin boleh dikurangkan kadar kemasinannya dengan merendam dalam air garam juga.

~ Merawat cirit-birit. Ia boleh diubati dengan meminum air yang dicampur sedikit garam.

~ Garam diguna untuk merawat kegatalan. Air yang dicampur garam disapukan pada kulit yang gatal.

~ Menambah imuniti badan akibat perubahan hawa/angin. Hal ini berlaku di sesetengah tempat di negeri Arab. Misalnya pelajar Malaysia yang berkunjung ke Arab akan mengalami alahan terhadap hawa/angin tempat baharu. Air garam diminum sebagai ubatnya.

~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

10 April 2010

Tempat2 yang dalam impian

semua org ada impian nak pi mana2 kan? dah tercapai ke impian 2?mcm Aima juga, sebnarnya banyak tempat/negara yang nak di lawat tapi belum ada rezeki lagi, Insya-Allah satu hari nanti tercapai juga hajat di hati ne, doa2 kan lah ye, eheee...



tempat pertama yang Aima rasa2 nak pi sangat adalah Mekah Al Mukaramah..bila tengok je gambar Kaabah, sayu rasa hati n mcm di gamit2 pulak nak berziarah dan melakukan ibadat kat sana...ermmmm..bila lah agaknya ye...tapi Insya-Allah jika ada rezeki terlebih pasti akan sampai juga hajat di hati...

yang ne pulak tempat kedua Aima n mr hubby nak bawak anak2 jln2..anak2 suka sgt ngan watak Disney..dah bnyk kali gak masa tengok channel 613 anak2 tanya bila lah dapt pi Disneyland..jangan kan anak2, mama dia sendiri pun suka, eheee..sabar ye anak2 mama, Insya-allah satu hari nanti kita jalan2 jumpa Mickey & Minnie ey...


n yang 3rd adalah great wall of china, eheee...nak tengok keajaiban dunia..Insya-Allah jika rezeki terlebih sudah :)

~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

Copyright© All Rights Reserved mama-aima.blogspot.com