28 July 2014

Selamat hari Raya Aidilfitri

 
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin dari Aima n family ^,^

~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

25 July 2014

Citer Terbaru

Assalamualaikum n salam Jumaat n salam Ramadan semua.  Napa ye tiap kali nak update n3 terbaru tentu ngam hari Jumaat, macam di rancang pulak, eheheee...  Hope korang semua sihat je ye.  Cana ngan posa tahun ne?  Dapat full tak?  Persiapan raya dah siap?  Baju tempah berapa pasang?  Kek dah buat?  Duit raya dah ready?  Alahai banyak songeh lak pagi ne, uhuhuuu...

Puasa tahun 2014 memang penuh kenangan la dalam hidup Aima, kenangan yang tak dapat di lupakan.  Banyak kisah pahit manis yang di lalui, kelakar pun ada jugak ^,^ Inilah asam garam kehidupan.
Lupa pulak nak citer, maklumlah jarang sangat nak update blog, ehehee...  Pada bulan Mei yang lalu Aima dapat tawaran keja ngan Jabatan Kerajaan.  Lama dah apply sebenarnya tapi baru ada yang sangkut.  Cuba korang bayangakan kira-kira Mei tahun lepas Aima di panggil untuk menjalani ujian bertulis bagi banyak jawatan kosong kat Jabatan Kerajaan, then bulan November hingga Disember tahun lepas baru la kena panggil interview.  Punyalah penat, boleh di katakan hari-hari interview, ada yang dalam 1 sesi pagi interview tuk 3 jawatan, kemudian sebelah petang nya pulak tuk 2 jawatan, keesokkan harinya ada lagi 2 jawatan.  Fulamak berserabut kepala nak hafal itu ini, mana nak fikirkan keje lagi.

So mula-mula dengan niat saja-saja je cuba nasib, f rezeki sangkut la f takde takpe lah, yang penting usaha.  Tapi hati dah berbisik salah satu jawatan tu tentu ada yang sangkut, konfiden la pulak, ahahaaaa...Tapi ada gak interview yang Aima tak datang, penat weiii... Lagipula susah nak keluar ofis time keje menimbun.

So dalam pertengah bulan Mei, tengah sedap-sedap lunch ngan anak-anak, dapat panggilan yang mintak Aima datang ambik surat tawaran.  Masa tu memang blurr sikit, Aima tanya surat tawaran tu apa ek, ek elehhhh, ahahaaaa....  Then katanya surat dapat keje di Jabatan Kerajaan, kusss semangat...  Rasa macam tak percaya, dah berpuluh tahun apply baru la sangkut.  Katanya ambik surat tawaran tu secepatnya, so Aima kata ok nanti ambik.

Perut yang lapar dah rasa kenyang, rasa macam bermimpi, hati pulak berbelah bahagi, nak ambik ke tak.  So Aima terus wasap kat Mr Hubby bagi tau good news.  Punyalah excited dia macam dia pulak yang dapat keje, eheheee...
Dalam rasa hepi tu ada gak rasa sedih n berbelah bahagi, banyak benda yang bermain di fikiran, banyak perkara yang harus di pertimbangkan, banyak benda yang mesti di caturkan.  Tak lupa jugak berita gembira ne Aima share ngan mama n bapa Aima, dengan doa restu mereka juga la Aima dapat tawaran ne kan.

Dah Mr Hubby balik keje, kitorang pun berbincang dari hati ke hati.  Aima pun terangkan apa yang Aima sedanag timbang tara masa tu.  So Mr Hubby kata try la dulu, rezeki dah datang jangan la di tolak, ne namanya rezeki anak-anak, untuk masa depan keluarga juga, betul jugak kan.

So keesokkan harinya Aima amik la surat tawaran tu, Alhamdulillah.  Padahal dalam hati rasa berat yang amat sangat nak terima jawatan tu.  Banyak benda yang Aima fikirkan, antaranya f amik tawaran tu nanti sapa nak hantar n amik anak-anak sekolah, dah la Mr Hubby keje shift, bukan ke nanti terpaksa menyusahkan bapa Aima tuk amik anak-anak, dah la dulu dia penat hantar amik anak-anak sendiri tak kan sekrang ne nak suruh dia hantar amik cucu pulak.  Dah tu terfikir lagi tentang sakit demam anak-anak, cane nak bawak dorang pi klinik, appointment n segala macam, dah la baru keje tak kan senang-senang nak mintak keluar ngan alasan macam tu, aduduuuuuuhhh...

Dan gaji yang di offer memang rendah la cuma tuk masa depan memang terjamin.  Gaji kat company Aima keje memang tinggi jugaklah tambah lagi jika amik part time, bolehlah berbagi rezeki nagn mama n bapa.  Lagipula setuap bulan Aima kena peruntukkan sedikit belanja tuk membeli ubat mama yang kami share adik beradik.  F keje ngan gomen ne memang tak cukup.  Mana nak bayar kete, gaji bibik, belanja anak-anak lagi.  Dan Aima pun fikir dah keje gomen nanti mampu kah aku nak belikan itu ini setiap bulan tuk mama n bapa? Setiap malam Aima fikir n nangis tanpa pengetahuan Mr Hubby, tak nak la susahkan hati dia lagi.
So setiap solat Aima berdoa jika keje baru tersebut nanti menyusahkan banyak pihak biarlah keje tu di tolak.  Mama n bapa Aima memang hepi la bila tau Aima dapat keje ne, Mr Hubby apa la lagi.  So Aima tekadkan hati amik je dulu keje ne demi nak mngembirakan hati semua orang yang Aima sayangi.

Tak lupa jugak Aima bagi tau kat Miss Boss yang Aima dapat keje baru, punyalah berat hati nak cakap.  Dah cakap kat Miss Boss, terdiam dia n menitik gak airmatanya, katanya sape la yang dapat gantikan tempat Aima nanti.  So Aima kata Insya Allah yang baru nanti lebih baik dari Aima n katanya tetap tak kan sama, uhuhuuuu... Untuk tak menghampakan hati Miss Boss yang baik sangat tu Aima cakap la yang f keje Aima tu ikut shift so time shift malam o off day Aima keje la kat ofis n prepare kan apa dokumen yang patut.  Dengar je Aima kata macam tu barulah riak muka dia nampak ok sikit. Lagi pun Aima tak bagi notis berhenti, tak tau la kenapa hati Aima berat nak bagi 1 month resign notice.  Miss Boss pun kata dia tak bagi Aima resign, dapat buat parti time kat ofis dia pun jadi lah katanya.

Sebenarnya Aima sendiri susah nak lepaskan jawatan kat ofis, ye la kan dah dekat 20 tahun keje kat tempat n ofis yang sama, bukan senang nak ubah angin.  Nasib baiklah 1 bulan selepas dapat surat tawaran n buat medikal baru kena lapor diri kat Jabatan Kerajaan, uhuhuuuu...  Punyalah sedih di buatnya.  Miss Boss pun kata dia tak dapat tido malam syik ingatkan sapa la yang gantikan tempat Aima nanti, ermmmm...
Hari yang mendebarkan pun tiba.  2hb Julai, hari ketiga Ramadan, Aima memulakan langkah kanan melapor diri kat tempat keje baru.  Pegawai atasan tu bagi Aima surat tuk melapor keje kat Jabatan yang telah di tetapkan.  Hari pertama keje masih dalam sesi suai kenal lagi.  Alhamdulillah semuanya ok dan kawan-kawan baru pun friendly, rasanya boleh masuk kot.  Keje yang bakal Aima buat belum tau lagi, katanya esok la dorang terangkan, so hari pertama tu Aima tolong sikit-sikit je keja kat bahagian Admin.

Hari kedua keje, fuhhhhhhhhhhhh....  Baru la dorang ajar apa yang harus di buat tuk hari-hari seterusnya.  Ya Allah menguji ke imanan sungguh.  Tak pernah dan tak terbayang buat keje macam ne, tak terlintas langsung dalam fikiran keje ne yang akan di lakukan, uhuhuuuu.... Nak tunggu masa balik tu punyalah azab, kepala dah pening lalat, perut lak membuak semacam.  Dapat la di kira berapa belas kali keluar masuk toilet. 

Balik keje (kan time posa balik keje kul 2) terus muntah dari petang hingga malam sampai la ke pagi.  Tido memang tak dapat tido la, kepala rasa berpusing.  Mr Hubby kata maybe sebab belum biasa lagi dan rupanmya dia pun perasan yang muka Aima balik keje tu pucat lesi.  So malam tu memang tak tido sampai pagi, dalam masa baring tu berlinang je airmata, uhuhuuu... Dalam kepala dah set besok pagi mesti jumpa CEO n bagi tau yang Aima tak dapat buat keje-keje macam ne, mana la nak tahan asyik pening n muntah je.  Nak request mintak tukar kat bahagian lain.

Pagi harinya, masuk je ofis terus jumpa CEO terangkan apa yang Aima lalui dan alami, baru teringat yang Aima ne sebenarnya mabuk darah.  Oh ye lupa lak nak citer, keje baru Aima ne berkaitan ngan darah ler,  uhuhuuu...

CEO tu kata dia terima semua alasan Aima tapi dia takde kuasa nak tansfer Aima ke bahagian lain so kena jumpa pegawai atas kat Kementerian.  Dengan langkah layu Aima pegi ke Kementerian nak bincang ngan pegawai tersebut tetapi malanganya dia pulak takde kat ofis, aduiiiii...  Agaknya memang bukan luck Aima la.
So balik la semula kat tempat keje n buat la keje yang di tetapkan ngan hati yang sedih n penuh celaru.  apa nak buat dah tugas kan.  Dah dekat nak balik, CEO pulak panggil Aima na sorang lagi kawan yang baru gak berkhidmat kat situ, katanya start esok Aima n kawan baru tu di tugaskan kat Hospital, katanya Aima cuba la dulu manalah tau kat sana Aima ok f tak boleh jugak katanya baru dorang fikirkan macam mana.  Aima kata ok la, cuba je la, kot kot ok kat Aima.

Hari ketiga n merupakan hari pertama keja kat Hospital, semuanya di pelajari dari A-Z dan seperti sebelumnya pening n muntah tak lepas dari diri ini.  Mr Hubby asyik wasap dari pagi pai petang, risau sangat katanya.  Balik keje memang lembik semacam ngan muka pucat lesi, nak masak tuk anak-anak pun tak terdaya.  Mr Hubby pun kata, kat tempat keje dia risau n asyik ingat kat Aima je, bukan apa katanya takut pening n tumbang time keje, takut pening time drive n macam-macam lagi la. Sayang jugak kat bini dia ne ye, eheheee...
So malam tu Mr Hubby kata f berterusan macam ne dia tak tahan n tak rela tengok Aima hari-hari begini.  Katanya balik keje muka dah la pucat, muntah pulak tak berhenti, malam tak tido, makan pun tak lalu, lagi katanya macam orang tak bermaya n takde semangat, betul la tu sayang, uhuuuuu...  Korang bayangkan la baru beberapa hari keje, badan dan susut berkilo-kilo, agaknya f sebulan mau kurus kering di buatnya.  So Mr Hubby kata dia nak ajak Aima jumpa pegawai besar kat Kementerian mintak tukar tempat keje, f tak dapat jugak dia suruh Aima resign je le, uhuhuu..Aima kata tunggu dulu, try lagi keje esok nya, f masih sama Aima ikut je kata Mr Hubby.

Hari ke empat keje, ingatkan dah ok rupanya sama gak la.  Yang paling tak tahan kena sindir leh officer kat sana, katanya dah risiko keje kat spital, takde alasan mabuk darah, perghhhhhh.....  sabar Aima sabar...  Masa tu kepala dah nyut-nyut, penglihatan pun dah berbayang-bayang, dalam hati berdoa janganlah aku pengsan kat spital ne, takut nanti aku lak yang tido kat spital, uhuhuuu...  Bila Mr Hubby wasap tanya keadaan Aima ok ke tak, Aima kata ok je walaupun hati rasa nak nangis.  Agaknya instict suami ne kuat kan, dia kata dia dapat rasa yang Aima ne tak ok, eheheee...  So Mr Hubby kata dia amik Aima kat spital nanti n hantar Aima sampai paking keta.  Kalau nak tau sape yang keje spital ne tempat paking dia memang jauh dari spital, kena park kat tempat yang di sediakan n lepas tu naik bas yang di khaskan la ke spital.

Aima kata takpe Aima ok je, tak usah risau.  Kesian lak Mr Hubby jauh-jauh datang dari tempat keje yang memakan masa lebih 45 minit cuma untuk hantar wife dia ne ambik keta n balik sama-sama.  Tapi Mr Hubby berkeras gak nak ambik Aima n drive balik sama-sama.  Kuat betul insticnt Mr Hubby ne.  Memang masa tu Aima dah rasa pitam, pandangan dah kelam cuma tak nak tunjuk je.  Dan hari tu Aima dapat rasa betapa sayangnya Mr Hubby kat Aima, eheheee...

Malamnya kitorang discuss lagi tentang keje ne.  Mr Hubby dah tak bagi Aima keje kat spital lagi dah.  Dia ajak jumpa pegawai besar terus, f takde jawapan yang positif jugak, dia suruh berhenti je terus.  Tak sanggup katanya tengok Aima hari-hari macam ne, badan n muka pun dah nampak beno susutnya, ahahaaa...
Add caption
So pagi nya dengan penuh tawakal, kitorang buat apa yang di rancang dan seperti yang di duga memang jawapan yang mendukacitakan yang di dengar, dorang ada gak pujuk Aima tuk teruskan keje tu tapi Aima terangkan la sebab musabab yang membuatkan Aima tak sanggup nak bertahan.  Mr Hubby lak kata orang keje kena ada perasaan happy walaupun nak cari duit tapi katanya wife dia asal balik keje je muntah, pening n tak tido malam, makan pun tidak, dah la muka pucat lesi, dia pun risau f terjadi perkara yang tak baik time drive balik keje, duit dapat di cari katanya tapi f memudaratkan lebih baik fikir banyak kali.  Ada gak la sikit pertelingkahan berlaku anatara Mr Hubby, Officer n secretary dia, kitorang cakap lembut tapi dorang lak yang kasar.  

Masa tu Aima dah rasa down dah, nasib baik Mr Hubby ada back up Aima.   Dorang ingat boleh la hentam n pijak kitorang, sory la beb lu salah orang maa.. Diorang cuba nak guna undang-undang tuk takutkan kitorang so Mr Hubby apa lagi dia bidas la apa yang dorang cakap tu sampai terdiam dibuatnya, ahahaa..  Agaknya dia ingat orang yang keje takde pangkt ne tak tau undang-undang ke, sorry le ye kalu setakat udang-undang macam tu dalam tangan je, ehehee.. Dorang tak tau yang keje Mr Hubby ne lagi la bersangkutan ngan undang-undang n keselamatan, lagi banyak penegetahuan Mr Hubby dari dorang sebagai orang awam, nak citer panjang pun malas rasanya, eheheee...

At last officer tu kata f itu yang di pilih dia takde halangan n mintak Aima berjumpa dengan CEO kat bahagian Aima ditempatkan.  Haaaa kan senang f dari awal macam tu, tak payah la nak eksyen semacam, tak usah la nak guna kuasa kat dunia ne tuk takut-takutkan orang, dah pencen nanti pangakt pun orang tak pandang lerrr....

Kemudian Aima n Mr Hubby pun jumpa CEO tapi Mr Hubby je turun, Aima tunggu kat keta je, malas nak jumpa takut hati ne cair ngan pujuk rayu, ahahaaa...  Dan Alhamdulillah Allah nak tolong Hamba Nya yang lemah ini.  Walau rasa berat hati CEO tu terima gak surat menamatkan perkhidmatan Aima, Alhamdulillah.  Itu pun kata Mr Hubby nampak berat sangat dia nak terima, katanya dorang kat sana sayang kat Aima sebab Aima ne cepat terima arahan, bagi sekali je katanya terus dapat Aima buat, apalagi kat bahagian Admin katanya.  Ye la dah keje bertahun-tahun buat keje Admin tentu lah expert cuma yang tak tahan bau darah tu je, uhuhuuu...

CEO tu pun kata dia baru bercadang nak tolong Aima tukar kat bahagian lain.  Mintak maaf la ye, hati Aima dah tawar dah nak keje kat sana, Aima gerenti satu masa nanti tentu dorang tarik Aima buat keje yang berkaitan ngan darah lagi, tak sanggup I, errmmmmm...
Itu lah pengalam keje Aima yang cuma dapat bertahan 1 minggu je, ok la dapat gak pengalam keje ngan kerajaan walaupun cuma sekejap, jadi la daripada takde, ahahaaa...

So sekarang ne nak tau Aima keje kat mana??  Kat ofis lama lerr, ahahaaa...hari Aima menamatkan perkhdimatan kat gomen tu Aima dah wasap Miss Boss n tanya dia dah dapt orang baru tak?  Dia kata takde sebab dia masih mengharap Aima keje kat sana balik walaupun cuma part time.  Then Aima kata f Aima masuk balik keje dia terima tak?  Dia kata tentulah sebab dia tak pernah anggap Aima keluar dari sana, yahoooooo... so Aima citerlah yang Aima dah resign n f Miss Boss terima Aima nak apply lagi keje ngan dia.  Miss Boss kata apa pulak nak apply, kan Aima belum resign lagi, takde pun notis berhenti yang dia terima, ahahaaa... tengkiu Miss Boss.
Alhamdulillah rezeki Aima masih kat situ, terima kasih Ya allah.. Dan mengambil hari baik di bulan yang baik ne, Aima keje semula kat  ofis lama pada hari Jumaat, nak ambil berkat, eheheee... Mr Hubby pun nampak happy tengok muka Aima dah bersri balik, cewahhhh, ahahaaaa... tengkiu Mr Hubby sayang, mmwahhhhxxx...

Aduiiii terlebih panjang lak n3 kali ne ye.. mula-mula nak type sikit je rupanya dah panajng berjela, jangan korang boring sudah, eeheheee... ok la olz dah nak balik keje ne.  

Jumpa lagi ye, Assalamualaikum...

~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

20 June 2014

Fasa Perkahwinan

 
Assalamualaikum n selamat pagi Jumaat semua. Pagi yang tenang, cerah, ceria dan damai sangat hari ini.  Otak pun dah tak berserabut seperti sebelum ne.  Alhamdulillah banyak perkara penting dan bermakna terjadi dalam kehidupan Aima.  Hidup pun rasa tenang je, Alhamdulillah.  Betul lah kata orang tua-tua umur mematangkan fikiran dan perkahwinan membuatkan kita lebih dewasa.  

Macam kehidupan Aima ne, memang kadang timbul rasa tak percaya melihat anak-anak dah besar panjang.  Rasa baru je tengok anak-anak lahir, merangkak dan belajar berjalan, tup tup sekarang ne dan besar, dah ada anak dara pun ^_^

Kehidupan berumahtangga pun semakin hari semakin tenang, lancar dan dah malas nak bertekak jika hanya di sebabkan hal remeh temeh, Alhamdulillah..  Semoga kebahagian dalam kehidupan kami ini akan berkekalan buat selamnya, Amin..
 
Jika teringat kembali kehidupan mula-mula berumahtangga memang ada pasang surutnya, ada suka dukanya, ada menangis ada tawanya, ada gaduh ada manjanya. ada susah ada senangnya, ada masam ada manisnya.  Alhamdulillah tahun ini pada bulan Februari yang lalu genaplah 15 tahun perkahwinan kami dengan di kurniakan 4 orang cahayamata.  Sepanjang 15 tahun hidup bersama, banyak suka duka, susah senang kami harungi bersama.  

Mula berkahwin tinggal dengan ibu bapa hinggalah di kurniakan anak pertama.  Genap setahun umur kakak, Aima n Mr Hubby mula belajar hidup berdikari.  Kami berpindah ke rumah yang di khaskan oleh pihak Syarikat tempat Aima keje.  Bermula dari 0 kami memulakan hidup berkeluarga dengan berdikit-dikit, dari rumah tak banyak isi sampai lah penuh dengan isi-isian.  Dari cuma ada sebuah kereta akhirnya ada 3 kereta.  Dari cuma ada sorang anak, dah bertambah menjadi tiga orang anak.

Kat rumah tersebut banyak suka duka yang di lalui bersama.  Rezeki pun bertambah-tambah.  Setiap kali nak dapat anak, Mr Hubby di naikkan pangkat, itu lah kata orang rezeki anak, Alhamdulillah.

Genap 7 tahun, kami berpindah ke rumah yang lebih besar sedikit iaitu rumah teres yang di sediakan untuk anggota berunifom.  Duduk kat rumah tersebut tak lama cuma dalam 2 tahun sebab Mr Hubby dah nak pencen dan hendak berpindah ke rumah sendiri hasil titik peluh Mr Hubby n Aima keje tuk anak-anak dan kehidupan masa depan.

Kemudian kami berpindah ke rumah baru (rumah yang sekarang ne) dan lepas ne Insya Allah tak pindah lagi la, rumah sendiri punya.  Memang tak terbayang dalam fikiran dalam usia 32 tahun n Mr Hubby 33 tahun kami mempunyai rumah sendiri, takde hutang ngan bank atau mana-mana pihak, Alhamdulillah, Syukur Ya Allah.  Walaupun rumah kecik dan tak semewah mana tapi bagi kami inilah syurga dunia kami.

Kat rumah sekarang ne Allah bagi kami rezeki lagi, tahun kedua duduk rumah sendiri, lahirlah seorang lagi putera  dalam kehidupan kami bagi menambah ahli keluarga dan keturunan kami, Alhamdulillah.
Dan Syukur Alhamdulillah, kehidupan kat rumah baru ne semakin lancar, rezeki datang mencurah-curah.  Ini semua berkat kesabaran dan jua berkat doa ibu bapa. 

Betul lah kata orang tua-tua, fasa kehidupan berubah dari masa ke semasa.  Aima setuju sangat dengan kata-kata orang tua dulu, fasa pertama perkahwinan memang hadapi sedikit kepayahan, kesusahan dan kesempitan.  Fasa kedua perkahwinan lebih stabil dari segala sudut.  Dan fasa ketiga perkahwinan hidup lebih tenang dan Allah kurniakan berbagai-bagai kemanisan dalam perkahwinan kita, Alhamdulillah.   

Korang pula bagaimana?

Orang tua-tua kata,
5 tahun perkahwinan (Fasa 1)
Sentiasa di uji dengan kesempitan & kekurangan harta (ada je yang tak cukup, kena banyak belajar sabar)

Masuk 10 tahun perkahwinan (Fasa ke 2)
Allah dah mula buka 1001 pintu rezeki ke arah stabiliti.

Masuk 15 tahun perkahwinan (Fasa ke 3)
Kehidupan lebih simple tetapi stabil dari segala sudut.
Mudah-Mudahan Allah memberi kemudahan & kekuatan dalam menjalani kehidupan bersama anak-anak, suami & isteri tercinta sehingga Syurga.. Ameen
 

~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

Copyright© All Rights Reserved mama-aima.blogspot.com