31 December 2013

Happy New Year 2014

 
Assalamualaikum.. Selamat Tahun Baru 2014 buat pembaca blog Aima ne.  Minta maaf jika ada terkasar bahasa, tersalah typing, tersilap kata, tersasul bahasa yang tidak di perasankan. Aima pun manusia biasa jugak, banyak salah n silap yang tak tersengajakan, mintak ampun ye..

Semoga di tahun baru ini masih ada pembaca yang sudi singgah blog Aima ne kan ^,^ Salam perkenalan jugak buat silent reader,cewahhh...eheheheee...

Semoga di Tahun Baru ini kiter semua bertambah semangat, semakin tabah dan sabar dalam mengharungi liku-liku kehidupan ini..

Selamat jumpa lagi, luv u olz ^_^


~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

Mencium Anak, Dapat Pahala

Anak adalah anugerah Allah SWT. Jika betul cara kita mencorakkannya, maka cantiklah corak tersebut. Begitu juga sebaliknya.
 
Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak. 

Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak. 

Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama.

Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.

Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata; “Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium.” Sabda Nabi SAW; “Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi.”

Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

Seorang lelaki bertanya; “Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti?”Jawab baginda; “Berbaktilah kepada ibu bapamu.” Kata lelaki itu lagi; “Ibu bapaku sudah tiada lagi.” Sabda Nabi SAW; “Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu.”

Wallahualam
 

~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

29 December 2013

Kisah Hujung Minggu

Assalamualaikum semua.  Selamat berhujung minggu.  Busy ngan aktiviti hujung minggu ke?  Bagi Aima hujung minggu ne lah masa nak kemas mana yang patut.  Mana yang rasa semak tu siap sedialah kena geledah.  Anak-anak dah hafal beno ngan perangai mama diorang ne, asal hari minggu je mula lah cari keje yang kadang tak sepatutnya di buat, ahahaaa..  Bak kata Mr Hubby takde keje cari keje, takde masalah cari masalah, kwang3x...

Selalunya hari minggu macam ne f Mr Hubby tak keje, tentu ada aktiviti jalan-jalan ke pantai, bukan jalan kat pantai ye, duduk dalam keta je melihat keindahan dan keramaian di pantai, sian anak-anak aku, uhuhuuu... Kekadang nak gak ajak piknik kat pantai tapi Mr Hubby lak tak suka.  So nak tak nak round je la cari makan n minum yang anak-anak suka.

Dan di sebabkan minggu ini Mr Hubby keje, aktiviti kepantai di tiadakan di gantikan ngan aktiviti mengemas n nak beli bahan masakan n barang-barang tuk acara memasak sempena tahun baru ne.  Nasib la kan jadi anak perempuan tertua walaupun diri ini masih muda, ahahahaa... Semua tugas memasak n atur acara di letakkan kat bahu kiter, ermmmm.. Tapi takpe masak memasak ne dah jadi hobi, sekurang-kurangnya dapat lah mengasah skill memasak, mana la tau dapat keje jadi tukang masak nanti, ehehehe...

Ne pun baru siap kemas barang sekolah anak-anak, mana yang dah tak pakai tu, humban dalam kotak. Penat weii hari ne, badan rasa lenguh sana sini, f ada tukang urut kan best boleh lah urut-urut sambil relaks.  Tapi sayangnya Aima ne tak suka kena urut, geli satu badan, ahahaaa... Lebih-lebih lagi kena urut tang paha n lemak kaki, mak aiii memang tak tahan geli.  Kecuali lah f sakit satu badan n lepas bersalin nak tak nak kena berurut gak.  
 
Bercakap pasal urut ne, Aima ada satu pengalaman semasa berurut di kedai urut/rumah urut dalam 2 bulan lepas.  Masa tu memang sakit satu badan, banyak angin kot.  So Mr Hubby suggest berurut kat rumah urut yang biasa dia pegi.  Tempatnya memang 1 bangunan, urut lelaki kat tingkat bawah n urut pompuan kat tingkat 1.  Tukang urut yang biasa Aima pegi tu dah balik kampung so terpaksalah cari tukang urut baru.

Tukang urut ne adalah gadis seberang, masih muda, katanya baru berusia 20 tahun, kecil molek n muka pun nampak ok.  Terfikir gak pandai ke budak ne mengurut...  Ala try je la..

Mula-mula mengurut memang ok, lepas urut kaki n badan belah kiri, beralih pulah sebelah kanan.  Masa tu beg Aima letak dekat kepala sebelah kanan n Aima guna jenis beg yang takde zip cuma ada butang kat tengah-tengah.

Budak tu suruh kepala Aima toleh sebelah kiri, senang nak urut segala urat katanya, so Aima ikut je lah.  Dalam pada dia mengurut tangan kanan tu tetiba Aima rasa semacam.  Terfikir gak mana tangan dia satu lagi.  Kan biasa f orang urut dia guna dua belah tangan kan, maksud Aima jari jemari kedua belah tangan, alahaii susahnya nak explain, ahahahaa...

Tetiba terdengar lak bunyi deringan kecil loceng.  Aikk!!! macam bunyi beg aku je.  Mula-mula malas lah nak berperasangka tak baik, diam je la.  Aima buat-buat tak tau je tapi telinga tetap awasi.  Dan perlahan terdengar lak bunyi zip walet ngan bunyi loceng kecil.  Walet Aima tu memang sengaja Aima letak loceng kecil, sebenarnya loceng kecil tu loceng dari gelang yang putus sebab sayang Aima sangkutkan lah kat walet.

Terus Aima toleh sebelah kanan..  Zappp!! Dia tarik tangan dia sebelah kanan (yang kiri memang tetap pegang tangan Aima la) cepat-cepat n muka pun dah berubah.  Cepat-cepat Aima ambik beg n konon nya nak ambik fon nak cek msg.  Korang tau kat mana beg Aima tu??? Kat celah kangkangan dia beb, cehhhhh!!!  Maybe nak cover malu pompuan tu kata simpan kat sebelah la kak, biar senang nak ambik fon, hampehhhhhh....

Aima pun malas nak serkap jarang dulu.  Lagi pun masa tu takut gak f terus marah-marah, dia apa-apakan Aima, dah lah kiter cuma berkain batik, huhhhh....

Tetiba pulak dia bukak citer tentang keje lama dulu yang mana dia di tuduh mencuri oleh bos dia.  Tak ke korang suspek tu, Aima pun diam je lah.  Dah habis berurut n Aima nak pakai baju, tergerak hati nak cek beg.  Ya Allah, Tuhan itu Maha Berkuasa dan rezeki yang halal tak kan ke mana.  Rupanya dah separuh zip walet Aima dia bukak.   Dah terjulur keluar hujung duit beberapa keping dari walet tu, nasib baik tak sempat kena ambik.  Allah Maha Mengetahui yang mana duit tu baru Mr Hubby ambik dari bank tuk beli susu n pampers adik.  Duit dari titik peluh Mr Hubby keje tuk anak isteri.

Bukan nak menuduh tapi Aima yakin memang walet tu di zip penuh.  Aima bukan jenis orang yang zip walet separuh-separuh, memang bukan tabiat Aima macam tu.  Lagi pula sebelum pegi rumah urut tu Aima ada cek duit cukup ke tak nak bayar, 1 jam berurut $25.00.  Dah asingkan mana duit nak beli susu, mana duit nak bayar tukang urut.  Dan macam mana pulak duit tu boleh terjulur keluar hujungnya, tak ke pelik tu.  Cuma tak nak lah keruhkan keadaan, diam kan je lah walaupun rasa marah sangat.  

Budak tukang urut tu pun macam nak larikan diri dari Aima.  Aima nak bayar pun dia mintak tolong kat kawan dia ambik duit, dia nak ke toilet katanya, nampak muka dia pun macam serba salah.

Dan sejak kejadian tu Aima sumpah tak nak lah urut kat sana lagi, bagus cari tempat lain.  Memang sakit hati sangat n takut pisang berbuah berkali-kali,ermmmmm...
 


~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

Copyright© All Rights Reserved mama-aima.blogspot.com