Assalamualaikum semua. Selamat berhujung minggu. Busy ngan aktiviti hujung minggu ke? Bagi Aima hujung minggu ne lah masa nak kemas mana yang patut. Mana yang rasa semak tu siap sedialah kena geledah. Anak-anak dah hafal beno ngan perangai mama diorang ne, asal hari minggu je mula lah cari keje yang kadang tak sepatutnya di buat, ahahaaa.. Bak kata Mr Hubby takde keje cari keje, takde masalah cari masalah, kwang3x...
Selalunya hari minggu macam ne f Mr Hubby tak keje, tentu ada aktiviti jalan-jalan ke pantai, bukan jalan kat pantai ye, duduk dalam keta je melihat keindahan dan keramaian di pantai, sian anak-anak aku, uhuhuuu... Kekadang nak gak ajak piknik kat pantai tapi Mr Hubby lak tak suka. So nak tak nak round je la cari makan n minum yang anak-anak suka.
Dan di sebabkan minggu ini Mr Hubby keje, aktiviti kepantai di tiadakan di gantikan ngan aktiviti mengemas n nak beli bahan masakan n barang-barang tuk acara memasak sempena tahun baru ne. Nasib la kan jadi anak perempuan tertua walaupun diri ini masih muda, ahahahaa... Semua tugas memasak n atur acara di letakkan kat bahu kiter, ermmmm.. Tapi takpe masak memasak ne dah jadi hobi, sekurang-kurangnya dapat lah mengasah skill memasak, mana la tau dapat keje jadi tukang masak nanti, ehehehe...
Ne pun baru siap kemas barang sekolah anak-anak, mana yang dah tak pakai tu, humban dalam kotak. Penat weii hari ne, badan rasa lenguh sana sini, f ada tukang urut kan best boleh lah urut-urut sambil relaks. Tapi sayangnya Aima ne tak suka kena urut, geli satu badan, ahahaaa... Lebih-lebih lagi kena urut tang paha n lemak kaki, mak aiii memang tak tahan geli. Kecuali lah f sakit satu badan n lepas bersalin nak tak nak kena berurut gak.
Bercakap pasal urut ne, Aima ada satu pengalaman semasa berurut di kedai urut/rumah urut dalam 2 bulan lepas. Masa tu memang sakit satu badan, banyak angin kot. So Mr Hubby suggest berurut kat rumah urut yang biasa dia pegi. Tempatnya memang 1 bangunan, urut lelaki kat tingkat bawah n urut pompuan kat tingkat 1. Tukang urut yang biasa Aima pegi tu dah balik kampung so terpaksalah cari tukang urut baru.
Tukang urut ne adalah gadis seberang, masih muda, katanya baru berusia 20 tahun, kecil molek n muka pun nampak ok. Terfikir gak pandai ke budak ne mengurut... Ala try je la..
Mula-mula mengurut memang ok, lepas urut kaki n badan belah kiri, beralih pulah sebelah kanan. Masa tu beg Aima letak dekat kepala sebelah kanan n Aima guna jenis beg yang takde zip cuma ada butang kat tengah-tengah.
Budak tu suruh kepala Aima toleh sebelah kiri, senang nak urut segala urat katanya, so Aima ikut je lah. Dalam pada dia mengurut tangan kanan tu tetiba Aima rasa semacam. Terfikir gak mana tangan dia satu lagi. Kan biasa f orang urut dia guna dua belah tangan kan, maksud Aima jari jemari kedua belah tangan, alahaii susahnya nak explain, ahahahaa...
Tetiba terdengar lak bunyi deringan kecil loceng. Aikk!!! macam bunyi beg aku je. Mula-mula malas lah nak berperasangka tak baik, diam je la. Aima buat-buat tak tau je tapi telinga tetap awasi. Dan perlahan terdengar lak bunyi zip walet ngan bunyi loceng kecil. Walet Aima tu memang sengaja Aima letak loceng kecil, sebenarnya loceng kecil tu loceng dari gelang yang putus sebab sayang Aima sangkutkan lah kat walet.
Terus Aima toleh sebelah kanan.. Zappp!! Dia tarik tangan dia sebelah kanan (yang kiri memang tetap pegang tangan Aima la) cepat-cepat n muka pun dah berubah. Cepat-cepat Aima ambik beg n konon nya nak ambik fon nak cek msg. Korang tau kat mana beg Aima tu??? Kat celah kangkangan dia beb, cehhhhh!!! Maybe nak cover malu pompuan tu kata simpan kat sebelah la kak, biar senang nak ambik fon, hampehhhhhh....
Aima pun malas nak serkap jarang dulu. Lagi pun masa tu takut gak f terus marah-marah, dia apa-apakan Aima, dah lah kiter cuma berkain batik, huhhhh....
Tetiba pulak dia bukak citer tentang keje lama dulu yang mana dia di tuduh mencuri oleh bos dia. Tak ke korang suspek tu, Aima pun diam je lah. Dah habis berurut n Aima nak pakai baju, tergerak hati nak cek beg. Ya Allah, Tuhan itu Maha Berkuasa dan rezeki yang halal tak kan ke mana. Rupanya dah separuh zip walet Aima dia bukak. Dah terjulur keluar hujung duit beberapa keping dari walet tu, nasib baik tak sempat kena ambik. Allah Maha Mengetahui yang mana duit tu baru Mr Hubby ambik dari bank tuk beli susu n pampers adik. Duit dari titik peluh Mr Hubby keje tuk anak isteri.
Bukan nak menuduh tapi Aima yakin memang walet tu di zip penuh. Aima bukan jenis orang yang zip walet separuh-separuh, memang bukan tabiat Aima macam tu. Lagi pula sebelum pegi rumah urut tu Aima ada cek duit cukup ke tak nak bayar, 1 jam berurut $25.00. Dah asingkan mana duit nak beli susu, mana duit nak bayar tukang urut. Dan macam mana pulak duit tu boleh terjulur keluar hujungnya, tak ke pelik tu. Cuma tak nak lah keruhkan keadaan, diam kan je lah walaupun rasa marah sangat.
Budak tukang urut tu pun macam nak larikan diri dari Aima. Aima nak bayar pun dia mintak tolong kat kawan dia ambik duit, dia nak ke toilet katanya, nampak muka dia pun macam serba salah.
Dan sejak kejadian tu Aima sumpah tak nak lah urut kat sana lagi, bagus cari tempat lain. Memang sakit hati sangat n takut pisang berbuah berkali-kali,ermmmmm...
No comments:
Post a Comment