Anak adalah anugerah Allah SWT. Jika betul cara kita mencorakkannya, maka cantiklah corak tersebut. Begitu juga sebaliknya.
Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh
digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang
mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa
menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah
diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.
Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu
darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu
ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang
yang menyukai kanak-kanak.
Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan
membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk
anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa
di Akhirat kelak.
Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan
ilmu agama.
Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut
menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan
barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.
Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak
berkata; “Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang
pernah aku cium.” Sabda Nabi SAW; “Orang yang tidak menyayangi tidak
pula akan disayangi.”
Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli
keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul
sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak
perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak
perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
Seorang lelaki bertanya; “Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku
berbakti?”Jawab baginda; “Berbaktilah kepada ibu bapamu.” Kata lelaki
itu lagi; “Ibu bapaku sudah tiada lagi.” Sabda Nabi SAW; “Kalau begitu
berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu
pula berhak ke atas dirimu.”
Wallahualam
No comments:
Post a Comment