08 May 2010

salam jumaat..Aima MC hari ne..dh 3 hari demam tak smbuh2..batuk n sisma (selesma) ngan ckp lah, kejap2 ttup mulut (batuk la 2), kejap2 tarik nafas (idung tsumbat, ahaa..) penat weiii..tisu 1 kotak pn tak ckup..kpala plak rasa berat cam bawak labu air tas kpala..seb baik anak2 tak tjangkit, alhamdulillah..
mr hubby ajak pi klinik..dia kata tak tahan dngar suara Aima yg seksa, ahaaa..mana tak seksa, bsuara dlm idung =)..mrs doct kata Aima panas dlm n anak tekak merah..oic!!! ptotlah nak telan mknan pun perit..so mntak lah MC, mula2 nak mntak 2 hari, kan ke bsok 1/2 day..p bila mrs doct julingkan bijik mata, tak jadi lah jwpnya, ahaaa..mrs doct ne baik ngan Aima pai kan dia cakap budak ne f jumpa aku msti nak mntak MC, ngeeee...at last kena bg tuk hari ne je, uhuuu...
mrs doct tu bg ubat sisma tuk pg n mlm, ubat demam n vit C..tp doct pribadi Aima (mr hubby la 2) ajar f nak cpt baik mkn ubat sisma yg tuk mlm tu pagi2 (time tak keje) cos efek dia cpt brtindak, cam doct plak hubby aku ne, kihkih..kiter yg liat mkn ubat ne ikut je lah..smpai umah terus mkn ubat sisma n tak lama lpas 2 mmpi naik belon =) seb baik tak payah masak hari ne cos tapau roasted chick kat supasave td..cuma buat tuk cicah je..snang kan :)
mr hubby keje ptg so mlm pun tak payah masak, 'mengintu' je kat umah mak, ekikikii...p kiter 'ngintu' pun bawak mknan tau, cikit pun jadilah drpd tkde =) Aima bawak nasi n balance roasted chick siang tadi, eheee...


~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

07 May 2010

Glosari Kulinari

 
Rempah lima
Sejenis campuran rempah yang popular sejak dulu lagi. Ia mengandungi bunga lawang, bunga cengkih, kayu manis, biji benih, jintan hitam dan biji lada Szechuan

Rumpai laut
Rasanya tawar, berbentuk rumpai laut kering berwarna hitam

 
Sos Hoisin
Sejebis sos Cina pekat, manis, pedas dan warna merah manggis. Kerap digunakan sebagai sos barbeku. Ia diperbuat daripada biji soya, bawang putih, cili merah dan pelbagai rempah lain

Molasses
Sirap hitam tebal iaitu satu keluaran sampingan penapisan gula. Rasanya sedikit pahit. Kurang manis daripada madu tetapi lebih berkhasiat daripada gula

Daun kemangi
Daun basil 

 
Halwa
Manisan yang diperbuat daripada buah-buahan ataupun tepung 

Sos peri-peri
Sos cili yang mempunyai rasa yang sangat pedas, sering digunakan di dalam masakan Brazil, Afrika dan portugis.




Lemak sayuran
Seakan mentega tetapi berwarna putih. Sering digunakan di dalam resipi roti bertujuan untuk melembutkan tekstur roti


 
Asam gelugur
Asam keping 


BaksoSup bebola daging 

 Cendawan Cina

Cendawan yang berwarna putih atau hitam yang dijual kering. Sebelum memasaknya perlu direndam terlebih dahulu 

Laktosa
Sejenis gula yang dihasilkan daripada susu, turut dikenali sebagai ‘gula susu’. Rasanya sedikit manis dan merupakan gula semulajadi yang digunakan dalam formula bayi dan gula-gula 

Nashi
Juga dipanggil buah pir Asia. Buah ini mempunyai rasa, bentuk dan kerangupan gabungan


~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

06 May 2010

Samosa

salam..korg pandai mkn samosa? bentuk samosa lbh kurang cam popia cuma bentuk 4 segi..samosa ne femes time puasa..sbnarnya susah gak nak dptkan samosa ne kn??biasa ada dijual kat resto mamak bulan puasa..hari2 biasa mmng susah nak jumpa..Aima n mr hubby cukup suka ngan samosa ne..anak2 tak suka cos rasa dia pedas2 cikit..kdng bila time 'tsliur' Aima ajak lah mr hubby p resto kat serusop area. tmpt biasa Aima beli time puasa..puas kuar masuk resto tnya ada samosa tak?? satu resto pun tak jual, mamak tu kata bulan puasa saja dorng jual, hari2 biasa mmng takde..alahaii!!! time nak mkn ne lah tak jmpa2..so last2 Aima tnya kat kwn bngsa India caner nak buat samosa ne..aduhaiii!!! senang rupanya..sama je cam buat popia cuma yg berbeza adalah lada hitam n cara mmbungkus je, ahaaa...so jgn lupa try resipi samosa ori dr India ne ey..

Bahan2:
1/2 kilo daging/ayam cincang
1/2 kilo ubi kentang - potong dadu
bawang besar - potong dadu
bawang putih - tumbuk
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu besar rempah kurma
daun sup
daun bawang
1 sudu teh lada hitam
garam
serbuk perasa

Cara2nya:
-tumis bawang putih, bawang besar dan lada hitam hingga naik bau
-kemudian masukkan rempah kurma, serbuk jintan manis dan jintan putih yang telah dicampur dengan sedikit air. masak hingga pecah minyak
-masukkan daging cincang dan goreng hingga masak
-kemudian campurkan kentang dan masak hingga kentang empuk
-bubuh sedikit air untuk mengempukkan kentang
-setelah agak kering, perasakan dengan garam dan serbuk perasa
-lastly masukkan daun sup dan daun bawang
-sejukkan terlebih dahulu baru dibungkus dengan kulit popia
-lipat segitiga atau ikut kepandaian masing2..
-goreng menggunakan minyak yang panas

~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

Copyright© All Rights Reserved mama-aima.blogspot.com