Showing posts with label Info Khasiat. Show all posts
Showing posts with label Info Khasiat. Show all posts

01 October 2014

Khasiat Epal

EPAL mempunyai pelbagai khasiat seperti mengurangkan kolestrol dan risiko penyakit jantung. SEBIJI epal yang dimakan setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat dan mengurangkan kolesterol dalam badan. Malah sebiji epal setiap hari cukup untuk menjauhkan diri daripada doktor.

Kajian mengenai khasiat epal dan jusnya disahkan terbukti meningkatkan kesihatan dan fungsi jantung. Jus yang mengandungi phytonutrient boleh melambatkan pengoksidan kolesterol yang tidak baik, iaitu proses pertumbuhan penyakit jantung.

Serat epal pula membantu proses penghadaman dengan mengeluarkan asid organik sewaktu bertindak balas dengan bakteria dalam usus.

Kandungan asid butrik juga merupakan sumber makanan sel usus yang dapat membasmi pertumbuhan sel kanser usus.
Selain itu epal juga kaya dengan serat. Lima gram serat dalam sebiji epal bersamaan dengan 20 peratus serat yang diperlukan oleh manusia dalam diet harian.

Ia juga berfungsi sebagai pengimbang lemak yang baik, khususnya untuk kanak-kanak yang gemar mengambil makanan segera.

Malah kajian yang dilakukan oleh saintis British juga membuktikan kunyahan epal mampu mengubati masalah sakit gigi dan selaput tatar yang merosakkan gigi.


Bukan itu sahaja, di Jepun, penyelidik mendakwa amalan mengupas buah epal dapat mengaktifkan bahagian hadapan otak iaitu bahagian yang mengawal pemikiran logik, imaginasi dan penilaian.

~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

01 December 2012

~Khasiat Kulit Kayu Manis~

Bagi anda yang menghidap penyakit kencing manis atau darah tinggi, ambil 2 atau 3 kulit kayu manis. Rebus dengan 3 cawan air sehingga menjadi secawan air. Minum ½ cawan air rebusan kayu manis setiap malam pada minggu pertama. Bagi minggu berikutnya, anda boleh jarakkan antara 2 hari sekali.

Selamat mencuba ^_^

~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

06 November 2012

~Khasita Tempe~

~ Membantu pergerakan usus
  ~ Membantu penambahbaikkan sistem imun
  ~ Membantu pembentukan vitamin
  ~ Membantu penyahaktifan agen barah
  ~ Membantu mengawal kolestrol dan paras hormon
  ~ Membantu dalam penghasilan laktasi (enzim pengurai susu)

Tempe goreng pun sodap ^_^

~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

08 August 2012

~Khasiat Limau Nipis~

 
Limau nipis sememangnya sudah terkenal dengan khasiatnya terhadap rawatan kecantikkan kulit.  Ia juga sering digunakan sebagai bahan asas untuk produk-produk kecantikan yang berada dipasaran. Antara khasiat limau nipis terhadap kecantikan kulit adalah:-

a- Menyingkirkan sel kulit mati 
- Apabila anda menggosokkan kulit dengan menggunakan limau nipis, ia sebenarnya dapat membantu untuk menanggalkan sel kulit mati yang masih melekat pada tubuh.


b- Mengurangkan kedutan 
- Khasiat limau nipis juga dapat membantu sebagai bahan awet muda terhadap kulit.

c- Melembapkan kulit 
- Sekiranya anda mempunyai masalah kulit kering, cubalah rawatan yang menggunakan limau nipis pula. Ini kerana khasiatnya mampu untuk membantu melembapkan lagi kulit anda.

d- Menghilangkan masalah kelemumur 
- Limau nipis bukan sahaja baik untuk kulit biasa sahaja, tetapi ia juga berkhasiat terhadap kulit kepala anda. Khasiat yang berada didalamnya dapat membantu untuk menghilangkan masalah kelemumur.

e- Menyegarkan lagi kesihatan kuku
 - Sekiranya kuku anda direndam didalam jus limau nipis, ia dapat membantu untuk menyinarkan lagi kilauan kuku anda. Selain daripada itu, khasiat yang berada didalam jus limau nipis juga dapat membantu untuk  rawatan kuku seperti masalah cekam dan sebagainya.

~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

12 July 2012

~Khasiat Mahkota Dewa~

 
Mahkota Dewa merupakan salah satu tanaman ubat yang besar khasiatnya, dapat menyembuhkan segala macam penyakit seperti di bawah ini

- Diabetes (Kencing Manis)
- Kolestrol
- Asam urat
- Nyilu
- Buah Pinggang
- Kanser Usus
- Kanser Payudara
- Gout
- Sakit lutut
- Sakit-sakit badan
- Kencing berkuman

Caranya:
Amibil 5-7 keping Mahkota Dewa, siram dengan air panas dan biarkan sampai suam baru diminum.  Amalkan setiap pagi dan petang setiap hari.

Note: Mr Hubby memang dah amalkan meminum mahkota dewa ini dan Alhamdulillah sakit kat lutut yang di alami berkurangan.  Sebelum ini Mr Hubby memang mengalami sakit kaki terutama kat lutu hingga buku lali.  Pernah bawak pi hospital n buat x-ray 2-3x tapi pihak Hospital tak dapt mengesan apa penyakit yang di alami.  Cuma doktor kata ini simptom gout.  Doktor pun tak dapat nak bagi ubat apa sebelum dapat tau pa penyakit yang sebenar.  Beberapa tahun lepas sakit kaki yang Mr Hubby alami memang kronik pai bengakk satu kaki, nak berdiri n jalan pun terhenjut-henjut.  Berbagai cara dah di lakukan termasuk secara tradisional tapi masih belum menunjukkan hasil.  Lalu ada kawan Aima syorkan minum air dari rendaman mahkota dewa dan kebetulan juga mahkota dewa ini ada dijual kat gerai sebelah opis Aima, kebetulan kan.  Selama ne pandang sebelah mata pun tak, ahaaa... Aima pun suh lah Mr Hubby try n Alhamdulillah selepas 4-5 hari minum sakit yang di alami berkurangan.  Dan sehingga sekarang bila rasa nyilu je kat kaki atau badan rasa sakit-sakit terus Mr Hubby minum mahkota dewa ini.  So apa salahnya kita mencuba kan, mencegah itu lebih baik dari mengubat =) 

Selamat mencuba
 

~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

11 July 2012

~Khasiat Limau Purut~

Khasiat dan Kegunaan 
1. Daun limau purut banyak digunakan dalam masakan seperti tom yam kerana bau dan rasanya yang unik.
 
2. Limau purut juga digunakan sebagai ramuan ubatan dan juga bahan untuk mandi wap.
 
3. Selain berkesan sebagai penggalak antitumor atau pencegah kanser, limau purut juga boleh digunakan untuk mencuci rambut dan mulut serta boleh membunuh pacat.
 
4. Ekstrak minyak patinya boleh digunakan sebagai aromatherapi, nutraseutikal dan produk penjagaan diri.
 
5. Limau purut juga boleh merawat luka, lebam dan gigitan serangga berbisa serta merangsang perjalanan darah.
 
p/s: Aima ada terbaca petua melayu lama yang mengatakan perahan air limau purut yang di campur dengan segelas air boleh mengempiskan perut dan menguruskan badan.  F tanya Aima mujarab ke tak petua kuruskan badan ngan air limua purut ne, jawapan Aima adalah 'NO KOMEN' sebab Aima lum cuba lagi, lum ada masa kononnya, huahuahuahahaaa...

~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

04 July 2012

~Khasiat Madu Lebah Untuk Mendapatkan Anak~

Ramuannya: 

3 Ulas Bawang Besar 
1 biji telur ayam kampung 
Madu Lebah secukupnya
Kesemua bahan tersebut hendaklah dimakan pada setiap pagi sebagai sarapan. Sebelum itu hendaklah meminum air suam yang telah disimpan semalaman, sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasullullah s.a.w. Bacalah selawat sebelum meminum air tersebut.
  
Tak salah kita berusahakan asal jangan sampai menyekutukan Allah dan sampai terpesong dari Ugama Islam, selebihnya kita berdoa, bertawakal dan berserah kepada Allah SWT..Insya Allah..Semoga Berjaya..

~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

~Khasiat Tauge~


Tahukah anda, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan sayur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat.  Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkansperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yangdihasilkan.  Bagaimanapun, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapatmelumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.

Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimiaya berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine), sejenis asid yang amino. Kanavanin, dikatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas.

Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis)  Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi,simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.  Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus.

Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka. Saponi dalam tauge, menghalau "lemak jahat" LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL.  Selain sarat DNA, tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA.
Pelindungan ini menguatkan kesimpulan tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda.

Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser.  Apabila kotoran segera meniggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser.  Selepas membaca kebaikan sayur tauge ini maka janganlah ragu-ragu lagi untuk mengambilnya.

~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

12 June 2012

~Khasiat Bawang Putih~

 
Bawang putih bukan sekadar penyedap masakan. Malahan ia berkhasiat untuk kesihatan manusia. Khasiatnya telahpun diketahui pada tahun 5000 sebelum Masihi berdasarkan tulisan-tulisan purba orang-orang Babylon, Greek, Roman dan Mesir.Orang-orang Mesir purba percaya memakan bawang putih setiap hari untuk mendapatkan tenaga dan ketahanan badan.

Pekerja yang membina piramid juga dikatakan banyak memakan bawang putih. Orang-orang Greek pula menggunakannya untuk memulihkan penyakit typhus dan dysentary iaitu penyakit berak darah serta mengelakkan jangkitan bakteria dan gangrene pada luka semasa perang.


Para saintis pula mendapati bahawa bawang putih mengandungi alliin, terbitan sejenis asid amino. Apabila ditumbuk atau dihancurkan bawang putih akan mengeluarkan sejenis enzim yang dipanggilallinase yang akan menukarkan alliin kepada allicin iaitu sejenis antibiotik yang mengandungi tindakan antibakteria yang bersamaan dengan 1 % penisilin. Oleh itu bawang putih sesuai digunakan untuk merawat luka-luka. Memakan bawang putih dengan kadar yang tetap akan memberi perubahan yang besar kepada pesakit jantung aterosklerotik. Ianya juga dikatakan boleh mengurangkan tekanan darah kerana metilalil trisulfat yang terdapat pada bawang putih berfungsi mengembangkan dinding pembuluh darah. Kajian juga menunjukkan bahawa bawang putih menipiskan platelet darah dengan menghalang pengumpulan darah. Oleh itu serangan jantung dapat dielakkan. Bawang putih juga agen anti kulat. Ia berkesan untuk merawat jangkitan kulat yang sering dihadapi oleh ahli-ahli sukan di bahagian kaki mereka (Candida albicans). Ianya juga berkesan mengelakkan jangkitan 20 % kulat lain.

Satu kajian di China menunjukkan bawang putih berkesan untuk menyembuhkan penyakit Cytococcol Meningitis, iaitu sejenis penyakit radang otak yang berbahaya. Bawang putih juga boleh menyembuhkan penyakit selsema dan demam selsema. Allicin yang bertindak menghalang tindakan bakteria di dalam saluran pernafasan. Dengan ini masalah hidung tersumbat dan influenza boleh diatasi. Bawang putih juga kaya dengan protein, vitamin A,C, tiamin dan galian-galian surih seperti tembaga, zink , kalsium,potassium, sulfur, germanium dan selenium.
Kegunaan bawang putih yang lain:
~ Membuang angin 
~ Menambah dan mengawal selera makan  
~ Mengurangkan sakit gigi,gusi dan gigi yang longgar  
~ Merawat batuk dan batuk kering    
~ Merawat selesema  
~ Merawat sakit telinga    
~ Menghalau serangga  
~ Merawat bisul dengan menuamnya

~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

25 April 2012

~Khasiat Kunyit~


Tadi Aima dah share cara nak buat air kunyit.  Sekarang Aima nak share khaisat kunyit pulak.  Aima dapat dari tenet gak.  Tak salahkan berkongsi informasi baik macam ne.  Jom kita tengok 20 'M' yang ada dalam kunyit... 
 

 ~20 'M' dalam Kunyit~

1. Membantu proses penghadaman

2. Mengurangkan ‘gas’ atau angin dalam perut

3. Membantu meningkatkan pengeluaran sel darah merah

4. Melancarkan peredaran darah

5. Menghilangkan kesan lebam

6. Menguatkan pundi hempedu

7. Menyekat pembekuan darah yang bahaya

8. Mengurangkan toksin hati

9. Membantu memetabolismakan lemak

10. Membantu menghalang kolesterol menyempitkan arteri

11. Mengurangkan paras kolesterol darah

12. Membunuh sel kanser, terutamanya kanser esofagus

13. Merangsang sel dalam sistem imuniti

14. Menjadi Antiseptik semulajadi untuk luka, luka terbakar dan luka lebam

15. Merawat arthritis (sakit sendi)

16. Merawat asma (lelah),

17. Merawat jaundis (sakit kuning)

18. Mengurangkan kemurungan

19. Mengecutkan rahim dan mencuci darah

20. Menjadi pes untuk mengubati penyakit kulit dan gatal-gatal.

~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

Copyright© All Rights Reserved mama-aima.blogspot.com