السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.. I miss my blog.. I miss blogging.. Rindu nak update tentang pahit manis kehidupan, segala suka duka, keluh kesah dan pengalaman hidup.. Harap-harap lepas ne semangat blogging tu datang lagi.. Blog ne pun saja-saja nak mengasah balik skill sastera yang dah lama ditinggalkan. Sekadar berkongsi rasa di sepanjang hidup ini memang banyak suka duka yang dah dilalui, banyak pahit manis dah di rasai, banyak onak duri dah di jalani, banyak liku-liku yang dah di rentasi, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mengharungi. Semoga hati ini terus kuat dan semangat untuk melayari bahtera kehidupan di masa hadapan, amiin yarabbalalamin..

11 July 2012

~Khasiat Limau Purut~

Khasiat dan Kegunaan 
1. Daun limau purut banyak digunakan dalam masakan seperti tom yam kerana bau dan rasanya yang unik.
 
2. Limau purut juga digunakan sebagai ramuan ubatan dan juga bahan untuk mandi wap.
 
3. Selain berkesan sebagai penggalak antitumor atau pencegah kanser, limau purut juga boleh digunakan untuk mencuci rambut dan mulut serta boleh membunuh pacat.
 
4. Ekstrak minyak patinya boleh digunakan sebagai aromatherapi, nutraseutikal dan produk penjagaan diri.
 
5. Limau purut juga boleh merawat luka, lebam dan gigitan serangga berbisa serta merangsang perjalanan darah.
 
p/s: Aima ada terbaca petua melayu lama yang mengatakan perahan air limau purut yang di campur dengan segelas air boleh mengempiskan perut dan menguruskan badan.  F tanya Aima mujarab ke tak petua kuruskan badan ngan air limua purut ne, jawapan Aima adalah 'NO KOMEN' sebab Aima lum cuba lagi, lum ada masa kononnya, huahuahuahahaaa...

No comments:

Post a Comment