Salam semua. Hari
ne Aima nak citer pengalaman tinggal sendiri selepas kahwin. Bila di kenang-kenang kisah lalu ada gak
syoknya kan. Terimbas semua kenangan
dulu-dulu, uhuuu…
Mula-mula kawin Aima duk ngan family Aima, masih rasa tak nak
berjauhan ngan family, ye lah anak pompuan yang paling beso kan, lagi pula opis Aima dekat je ngan umah family so senang nak pi
keje. Setiap weekend baru tido rumah
mertua. Memang banyak cabaran dan dugaan
pada tahun pertama perkahwinan, jika ikut rasa hati n jika dapat di putar masa yang
dah berlalu rasa macam nak ulang balik zaman remaja dulu. Ye lah kan belum tau nak mengemudi
rumahtangga lagi.
5 bulan lepas di ikat sebagai isteri Mr Hubby ajak duk
rumah family dia sebab dia kata nak suh Aima merasai pengalaman duk kat kampung, ermmm.. Aalaa
sebenarnya Mr Hubby tak tahan duk jauh dari mama n bapa dia, ye lah kan anak
lelaki satu-satunya. Demi nak
menjaga hati suami Aima turutkan lah juga walaupun hati rasa sedih sangat. Mula-mula pindah rumah mertua masa tu ngam Hari
Raya Aidiladha, dengar je takbir dalam tv meraung jugak di buatnya, tak pernah jauh ngan family, tup-tup di bawak pergi, huwawawaaa…
Bila rindu tentu Aima call mama n cakap yang Aima
rindu kat dia, uhuuu… N bila mama cakap yang dorang sunyi sebab Aima dah takde
kat rumah lagilah menitik airmata, nasib tak banjir kan, eheee… Duk ngan mertua memang banyak suka duka yang
Aima alami. Kedua mertua memang baik cuma ipar je ada masanya tak ngam ngan kiter.
Apatah lagi adik-adik ipar semuanya pompuan, semuanya satu
kepala. F sorang tak suka tentu semua
pun ikut terjeling-jeling, fuhhh!!!!
Masa tu memang sedih giler jugak lah, Mr Hubby je yang
tak tahu. Malas nak citer sebab malas
nak cari gaduh, pendam je lah sorang diri.
Memang Aima makan hati n banyak nangis tambah lagi time pregnant
pertama. Alamak melalut lah pulak, tadi
cakap nak citer pengalaman tinggal sendiri je kan, eheee…
Kita sambung k, pengalaman tinggal ngan mertua tu insya
allah nanti Aima share k. Mula kawin
tinggal ngan family Aima n lepas 5 bulan pindah tinggal ngan mertua. Genap setahun setengah tinggal serumah ngan
family Mr Hubby, masa tu Aima dah ada anak sorang iaitu kakak, terjadilah satu
pertelingkahan antara Mr Hubby ngan adik-adik dia. Ini semua gara-gara adik dia ‘kureng ajar’
ngan Aima, semua tuduh Aima macam-macam.
Semua jasa baik dorang buang ketepi, sedih giler beb..
So Mr Hubby ajak pindah semula duk rumah family
Aima. Masa tu Aima dah fikir nak apply
rumah dari bos company Aima keja.
Kebetulan pulak semua staff tak kira lah local ke orang luar ke semua
dapat kemudahan yang macam-macam dari company. Aima
pun try lah tanya kat bos kot-kot ada rumah yang kosong tuk Aima tinggal ngan
family kecik Aima. Bukan lah tak nak
tinggal ngan family, tapi pengalaman lalu mematangkan diri ini n nak gak rasa
susah senang mengurus rumahtangga sendiri.
Dan ternyata nasib menyebelahi Aima, kebetulan pulak ada
satu rumah yang baru je di kosongkan oleh penyewa. So bos kata duk lah kat situ, tanpa bayaran satu sen pun, semuanya free sebab rumah tu company punya, jadinya semua di
tanggung syarikat, Alhamdulillah.. Maka bermula lah episod suka duka
berumahtangga, barulah merasa pahit manis tinggal sendiri, tapi terus terang
memang Aima n Mr Hubby teruja sangat. N
dari situlah keluarga kecik Aima mula berkembang, eheee…
Best sangat duk sendiri ne kan, semua kena mula dari
0. Tinggal sendiri ne mengajar kami erti
kesabaran dan pengorbanan. Dari rumah
tak banyak benda sampailah berbenda-benda kat rumah sampai pening kepala tak
tau nak susun caner, ahaaa…
Rumah pertama yang Aima n family duduki ne berupa rumah 2
tingkat, Aima duk kat aras bawah yang ada 3 bilik manakala aras atas pulak di duduki
Amoy Cina yang tinggal sorang tapi dah berumur gak lah cina tu. Jadinya memang takde gangguan lah. Mula pindah kakak baru berumur 1 tahun, baru
belajar nak jalan. Tinggal kat rumah tu
Aima dah pandai berdikari, keje pun drive kete sendiri, senang f ada pape
kan. Dari anak sorang mula-mula masuk kat rumah tu,
keluar pulak2 orang lagi anak, Alhamdulillah.
Lama gak kami tinggal kat sana, ada lah dalam 6 tahun.
Rumah tu banyak menyimpan memori dan suka duka kami sekeluarga. Aima sayang sangat kat rumah tu cuma ada
banyak sebab yang membuatkan Aima n Mr Hubby terfikir tuk berpindah, antara
sebabnya adalah banjir. Mana tahan beb asal hujan besar je tentu banjir. F banjir
kat luar je ok lagi, ne tak satu rumah banjir, habis perabot dan barang-barang
rosak. Sebab lain yang memang Aima tak
kan lupa adalah mainhole selalu tersumbat. Asal tersumbat je tentu air dalam toilet tak
dapat mengalir. 1 hal lagi bau dia mai
aiii, loya tekak. Bos pun ada cakap
masa mula buat rumah-rumah kat kawasan tu (kan semua rumah tu milik bos, adalah
dalam 8 buah rumah) dorang buat 1 main hole je untuk setiap 4 buah rumah, mana
tak stuck. Tau je lah tinggal berjiran
ngan bukan muslim ne, dorang bukan pernah tinggal toilet tissue f melabur,
caner lah tak tersumbat bila hari-hari guna tisu tuk lap lip lap n pam dalam bowl, aduyaiii…
Selepas banjir besar melanda Brunei n rumah kami tinggal
tu pun banjir sama, Mr Hubby pun mula tanya-tanya kat Jabatan dia keje tentang
permohonan rumah bagi pasukan beruniform. Masa tinggal kat rumah mertua memang Mr Hubby ada apply perumahan bagi anggota beruniform tapi sampai lah bertahun-tahun takde jawapan (orang yang amik permohonan tu keje dia cuma tido kot, huhhh!!!) Mula-mula tu susah gak nak dapat sebab Mr Hubby mintak rumah teres yang
berdekatan tapi Allah Maha Pengasihani hamba Nya yang sabar, dengan
pertolongan seorang saudara sebelah family Aima, Alhamdulilah kami dapat rumah
teres yang dikhaskan bagi pasukan beruniform tempat Mr Hubby keje. Dan rumah teres tersebut terletak di kampung
Aima sendiri n tak juah dasi rumah family Aima, Alhamdulillah..
Hari ne dapat kunci rumah, keesokkan harinya Aima n Mr
Hubby dah paciking barang tuk pindah, semangat beb..eheee…Rumah teres tu 2 tingkat dan ada 4 bilik, besar gak lah,
cukup tuk family kecik Aima. Masa tu anak pun
dah 3 orang. Jika rumah lama ada masalah
ngan manhole, kat rumah teres ne pun sama, mainhole pun selalu tersumbat,
waduhhh!!!
Tinggal kat rumah teres ne lagilah banyak suka duka dan
dugaan yang di alami. Kata orang setiap
rumah ada cerita tersendiri. Aima n
family duk kat rumah tu tak lama dalam 2 tahun lebih je sebab Mr Hubby nak
tamatkan perkhidmatan keje selama 15 tahun.
So sementara tunggu masa nak keluar dari rumah teres, Aima dah mintak
kebenaran kat bapa Aima tuk buat rumah kat depan rumah bapa Aima tu.
Sebenarnya bapa Aima ada 2 buah rumah, satu yang keluarga
duduk n yang satu lagi di sewakan yang merupakan rumah lama keluarga kami
sebelum bapa Aima membuat rumah baru kat belakang rumah lama. Alhamdulillah bapa Aima bagi kebenaran tuk
Aima n Mr Hubby renovate atau buat baru rumah sewa tersebut. Mr Hubby plan nak robohkan rumah sewa
tersebut dan buat yang baru. Rasa syukur yang tak terhingga Aima panjatkan kepada Allah Yang Maha Kuasa dan terima kasih yang tak terhingga Aima n Mr Hubby ucapkan pada mama n bapa Aima yang telah bermurah hati mengizinkan Aima membuat rumah di tapak rumah lama, semoga Allah membalas kebaikkan dan jasa mereka dengan berjuta kebaikkan, Amin Ya Rabbalalamin...
Semua duit baksis selama Mr Hubby keje di laburkan tuk
membuat rumah kami. Memang takde enjoy
lah ngan duit baksis tersebut. Selain
duit baksis Aima n Mr Hubby juga guna duit yang ada dalam tangan tuk beli
barang-barang lain seperti lampu, kipas dll secara berdikit-dikit. Hari Raya pada tahun tu pun kami tak sambut
sebab rumah dah berselerak ngan kotak-kotak barang yang nak di bawa pindah.
Dan Alhamdulillah beberapa bulan selepas pembinaan rumah
baru kami pun siap, Syukur Alhamdulillah Ya Allah. Terlalu banyak
pengorbanan yang kami hadapai tuk mendapatkan rumah yang Aima n family duduk
sekarang dan terasa berbaloi ngan apa yang telah di korbankan. Rumah Aima yang sekarang ne adalah rumah banglo dan tak lah besar mana tapi cukuplah untuk kami anak beranak. Rumah ne ada 3 bilik tidur, satu ruamhtamu, 1 ruang lepak, 2 toilet n 1 dapur yang lebih besar dari master bedroom. Dapur besar ne memang permintaan Aima sebab senang jika adakan keramaian ke, doa selamat ke, senang nak main masak-masak, eheee...
Kini rumah tersebut sudah 3 tahun kami diami. Dan di rumah baru ini lah Aima dapat baby
baru lagi, eheee… Lepas ne takde pindah lagi lah, biarlah menetap kat rumah
sekarang ne hingga nafas yang terakhir.
Memang Aima n Mr Hubby hepi sangat sebab tertunai sudah impian tuk
memiliki rumah sendiri di usia muda, Mr Hubby 33 tahun n Aima 32 tahun,
Alhamdulillah. Aima pun hepi sebab dah
duk dekat ngan mama n bapa Aima, sekurang-kurangnya dapatlah menjenguk n menjaga
sakit demam mereka.
Boleh di katakan Aima tersangat bahagia ngan kehidupan
ini. Bahagia di temani suami yang
penyayang yang telah sama-sama mengharungi suka duka bersama-sama selama 13
tahun hidup bersama dan diserikan lagi dengan 4 orang cahayamata yang comel n
nakal serta di kelilingi ngan keluarga yang memahami, Alhamdulillh, Syukran Ya
Allah.. Semoga kebahagiaan ini akan berkekalan buat selamanya, aminnn..
Alahai panjangnya n3 kali ne kan, tentu boring baca,
eheee… Insya Allah ada kesempatan Aima
share pulak cabaran n dugaan di setiap rumah yang Aima duduki.. selamat ngantuk
membaca n3 ne k, bubyezzz.. Assalammualaikum..
No comments:
Post a Comment