Showing posts with label Kisah Aima. Show all posts
Showing posts with label Kisah Aima. Show all posts

04 October 2018

Kisah Nasi Katok

Image result for salam khamis
Assalamualaikum.  Salam Khamis semua.  Aima doakan sesape yang baca blog ne (ada ke??? uhuhuuu...) sihat walafiat di samping keluarga dan insan yang tercinta (macam ucapan salam kat Radio la pulak, eheheeee...) 

Hari ini cuaca panas terik setelah semalam hujan turun mencurah-curah sejak subuh lagi.  Sejak semalam Aima rasa kurang sihat sikit, rasa pening-pening lalat, rasa mual dan muntah-muntah, batuk pun datang bagai di undang, emmmm...  Nak makan ubat tekak lak tak lalu nak telan, bak kata Mr Hubby wife dia ne  macam budak kecik, ahahaaa... Bukan lah tak nak makan ubat tapi nak biasakan diri tuk hindari ubat, biarlah sihat secara alami, kononnnnn =)

Hari ini mood masak memasak memang down.  Sarapan anak-anak pun simple, nasib baik anak-anak tak cerewet sangat hari ne.  Untuk lunch tadi cuma masak yang simple je untuk Aima n Mr Hubby, nak tau apa?? jeng jeng jengggg... Ikan masin goreng, ikan tahai rebus dan telur dadar, simple kan ahaaaa... Memang hari malas sedunia lah hari ne.  Nasib baik tadi pagi Aima sempat masak sikit untuk lunch anak-anak yang nak sekolah petang.

Petang nanti Aima cadang nak beli nasi katok je tuk Aima, anak-anak dan bibik.  Nak masak memang malas, lagipula Mr Hubby hari ne keje + OT hingga besok subuh, so dapatlah cuti dari memasak.  Anak-anak pun kalau malam memang suka makan yang simple.

Korang tau nasi katok tak?  Nasi Katok ne memang femes kat Brunei, mana-mana tempat ada je orang jual, harga pun murah, cuma $1.00 satu bungkus.  Kenyang lah makan sorang tapi anak Aima yang kedua kena beli 2 bungkus, baru dia kenyang.

Bagi sesape yang belum kenal nasi katok, meh Aima terangkan serba sedikit.  Nasi katok ne isi dia adalah nasi putih + ayam goreng (ada juga yang bubuh daging, hati buyah (paru), kerang, udang dll) + sambal (ada sambal pedas, biasa, pusu (ikan bilis), tahai dan ada juga sambal belacan).  Nasi katok di bungkus dengan kertas pembungkus (ala yang warna coklat tu) 

Biasa bila kita order baru dorang bungkuskan, sedap makan panas-panas.  Ada beberapa kedai jual nasi katok yang bukak 24 jam.  Senang je kan, bila lapar tengah malam n rasa malas nak masak, zoooommmmmmmm pi kedai Nasi Katok, gerenti kenyang perut.

Aima pula suka nasi katok dengan ayam salai + sambal pedas.  Anak-anak pula lain citarasanya.  Kakak suka nasi katok kat gerai A, abang dan adik pula kat gerai B, abang kedua memang tak makan nasi katok so dia kena tapaukan ayam goreng Fast Food (mahal citarasa dia ne alahaii)  Aima dan Bibik pula kat gerai C.. Pening tak? ahahaa.. Mr Hubby memang tak berapa makan nasi katok, kalau terliur pun dia cuma makan sesuap dua nasi katok Aima.

Bolehlah rehat hari ini dan bolehlah duduk rumah bapa lama sikit sambil tolong adik kupas bawang, ahahaa...  Oryte jumpa lagi ye Insha Allah

Image result for nasi katok


~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

03 October 2018

Kisah Hari Rabu

 Image result for rabu
Assalamualaikum dan salam malam Rabu semua.  Hari yang sangat memenatkan badan dan fikiran.  Seawal pukul 4.30 pagi Mr Hubby call suruh bukak pintu sebab baru balik dari keje shift malam.  Tau je lah mata ne bila dah terjaga memang susah nak tidur balik.  Sementara menunggu subuh baring jap dan borak dengan Mr Hubby sementara menunggu dia terlelap, dia dah berdengkur Aima pulak masih terkebil-kebil, emmm...   
 
So pukul 5 pagi bangkit dari katil dan lepas solat subuh terus masuk dapur.  Prepare bahan masak untuk sarapan dan bekal anak sekolah.  Dah jadi rutin macam ni setiap Isnin-Khamis dan Sabtu.  Sebab anak dara Aima memang bawak bekal pi Kolej.  Kakak ne bab makan memang cerewet sikit.  Katanya malas nak beli kat kantin sebab tak banyak pilihan dan takde yang ngam tekak dia, alahaiii.  So kenalah masakkan dia bekal dan hari-hari lah mama dia ne pikir apa yang nak di masak tuk dia.  Kadang buntu gak nak masak apa, nak suh bawak telur dadar ngan nasi je, tak sampai lak hati.  Lagipun mana lah dia nak kan, tekak orang muda lah katakan hehee...

Image result for sarapan anak kartun
Untuk kakak, hari ne Aima masak simple je, udang goreng celup tepung dan nasi goreng udang + telur.  Cukuplah tuk mengalas perut waktu lunch nanti.  Dah siap bekal kakak, kena pulak fikir sarapan adik-adik dia.  Anak4 Aima memang sudah terbiasa sejak kecil mesti makan dulu sebelum sekolah.  Tak sarapan memang lembik la kat sekolah.  Sorang-sorang memang berbeza sarapannya, simple tapi mengenyangkan, Insha Allah.

Abang senang sikit bab makan, memang tak cerewet asalkan tak di campur sayur.  Anak-anak Aima bab sayur memang fail.  So Aima masak nasi goreng kicap + telur tanpa bawang, simple tak ahahaa... Kemudian masak telur mata 1 biji dan letak atas nasi goreng, dah siap.  Nasi memang bibik yang masak jadi Aima tinggal goreng je.  Bab makan untuk suami dan anak-anak memang Aima yang masak kecuali Aima takde kat rumah barulah bibik masak.

Abang yang kedua bak makan memang cerewet dan choosy.  Tak banyak makanan yang dia pandai makan.  Masa kecik dulu tak lah macam ne, dah besar emmm punyalah susah nak bagi dia makan.  Memang taklah nak bagi dia tidur kat rumah sape-sape alamat tak makan la jawapnya.  Makanan kegemaran dia memang berasaskan kari.  Ada kari, banyaklah makan dia.  Dia tak reti nak makan nasi goreng atau mee goreng.  Paling senang dia mintak maggi kari tuk sarapan.  Takut jugak nak bagi dia makan maggi ne tapi takde pilihan lain.  Dia lebih rela tak makan dari disuruh makan apa yang dia tak pandai makan.  Cara Aima masak maggi kari untuk anak adalah rebus dulu maggi hingga kembang sikit then tos kan airnya.  Dah tu masukkan air panas kedalam periuk dan masukkan balik maggi tadi, sekejap je.  Then masukkan maggi + air tadi ke dalam mangkuk, baru bubuh perisa kari separuh paket.  maggi kari is done, ehehee...

Untuk Adik pula memang senang dan mudah.  Dia boleh makan nasi goreng yang Aima masak tuk kakak dan abang, sangat senang.  Pagi tadi dia makan nasi goreng udang 2x tambah, hehee.. Dibandingkan dengan abang-abang, adik memang boleh makan pedas.  Nasi goreng tuk kakak memang ada pedas sikit, barulah umpphhh..

Mr Hubby pulak cuma makan telur rebus separuh masak setiap pagi.  Dah umur meningkat sekarang ne memang makan taklah sebanyak dulu, diet katanya.  Kalau dulu suka goreng tapi sekarang suka rebus.  Senang lah sikit keje isteri dia kan hehee..

Aima pulak memang jarang bekpes.  Perut rasa kenyang sebab hidu bau masakan tuk anak.  Sekarang ne dah terikut-ikut sarapan style Mr Hubby, telur rebus separuh masak 2 biji.  Alhamdulillah kenyang sampai tengahari.  Tapi kan yang pelik teramat peliknya, badan maintain je tak turun-turun, emmm..  Susah betul nak kurus.

Ok la setakat ne dulu kisah hari ini.  Nak taip banyak sebenarnya, banyak yang nak dikongsikan cuma mata dah tak larat.  So setakat cerita kisah sarapan anak2 je la ye.  Ada masa nanti lagi Aima update.  Selamat malam semua, jangan lupa baca doa sebelum tidur.   Moga mendapat mimpi indah okey..  Jumpa lagi.  Assalamualaikum.
Image result for selamat malam

~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

10 January 2015

 
Assalamualaikum n selamat petang olz.  Walau dah terlepas beberapa hari, Aima tetap nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2015.  Semoga tahun baru ini membawa segala kisah sedih, duka, pilu, lara dan yang seangkatan dengannya jauh dari hidup Aima.  Semoga tahun baru ini memberi Aima ketabahan dan kekuatan dalam meneruskan  kehidupan, amin..

Tahun 2014 memang banyak mencatat sejarah dalam hidup Aima.  Banyak suka duka, tangis tawa, sedih pilu yang Aima lalui.  Terlalu banyak airmata tertumpah tahun lalu.  Banyak kenangan dan memori yang tidak mungkin akan terhapus di telan zaman.

Di sini Aima ingin sekali mengimbas segala kenangan dan peristiwa yang Aima lalui di tahun 2014 sebagai kenangan dan tatapan di kemudian hari.  Terlalu banyak kisah yang ingin Aima kongsikan cuma belum ada kekuatan untuk jari ini menaip seperti biasanya.  

November 2014, hari yang mencatat duka dalam hidup Aima dan keluarga.  Dalam kegembiraan hendak menyambut hari perkahwinan adik bungsu, mama telah kembali ke rahmatullah, sehari sebelum hari persandingan adik Aima.  Dalam kesibukkan memasak untuk acara berinai pada sebelah malamnya, dalam kesibukkan hendak bersiap sedia untuk menyambut tetamu yang datang, tepat waktu isya mama telah pergi buat selamanya tanpa sempat diri ini mendengar kata-kata terakhir dari mama tersayang.  Tapi Syukur Alhamdulillah sebelum mama menutup mata Aima sempat meminta ampun kat mama, uhuhuuuu...

Mama memang telah lama menghidap sejenis penyakit yang tidak di ketahui apa punca dan apa jenis sakitnya.  Doktor cuma dapat mengatakan sejenis penyakit tetapi di buat tanda ???????? Doktor sendiri tidak dapat mengesan punca sakit tersebut.  Tetapi sakit mama tersebut ada pasang surutnya.  Ada masanya baik dan ada masanya timbul semula.

Sembuh dari sakit tersebut, mama di uji lagi dengan penyakit lain iaitu kencing manis yang melarat dengan begitu cepatnya hanya dalam masa 1 bulan hingga memaksa jari kaki mama di potong, Astaghfirullah...  Mama di tahan di hospital lebih dari 1 bulan.  Walaupun Aima tak dapat nak jaga mama sepenuh masa tetapi Aima tetap mencari masa free untuk menjaga mama di hospital.  Alhamdulillah dalam kesibukkan sebagai isteri dan ibu, Aima tetap dapat meluangkan masa menjaga mama pada malam hari walaupun cuma dalam 1 minggu 1x, selebihnya adik yang menjaga.  Syukur dapat adik seperti nya kerana sanggup berkorban masa, tenaga dan wang ringgit demi menjaga mama walaupun adik sedang menghitung hari hendak bergelar seorang isteri.  Dalam kelam kabut dan kesibukkan menjaga mama, adik terkejar sana sini menyiapkan segala kelengkapan hari bahagianya.  Dalam kekalutan memikirkan banyak benda, Adik tetap meletakkan mama di tingkat pertama dalam urusan sehariannya.  Adik sanggup berbulan tidur di hospital demi untuk melihat kesembuhan mama.  Hanya Allah saja yang dapat membalas jasa mu adik ku.

Berbagai cara telah kami sekeluarga lakukan demi melihat kesembuhan mama, tak kira lah apa saja yang orang kata itu boleh memberi kesembuhan, itu lah yang kami cuba tanpa mengira harga, asalkan mama sihat seperti sediakala.

Kesakitkan yang mama deritai semakin hari semakin teruk.  Doktor telah memberi keputusan hendak memotong kaki mama hingga ke paras lutut tetapi mama, bapa dan kami adik beradik tidak bersetuju.  Cukuplah mama tersekesa  dengan keadaan jari kakinya yang dah tak sempurna dan dah tak boleh berjalan lagi.  Lalu doktor menyarankan agar mama di bawa pulang ke rumah dan menjalani rawatan di hospital setiap hari.

Tanpa mengharapan Doktor semata-mata kami sekeluarga berusaha sedaya upaya untuk menyembuhkan mama.  Bapa Aima sendiri banyak berkorban jiwa raga, wang ringgit, tenaga dan segala-galanya untuk mama.  Kalu ada pertandingan suami mitahli memang bapa lah pemenangnya.  Bapa menjaga mama dengan baik sekali.  Sejak mama susah hendak berjalan semasa di hospital mama kami pakaikan pampers bagi memudahkan mama.  Boleh di kira dengan jari suami yang sanggup membersihkan najis isteri dan menukar pampers isteri di saat isteri sendang sakit, dan di antara suami tersebut adalah bapa Aima sendiri, Alhamdulillah.

Dan semenjak mama di keluarkan dari Hospital, rumah orangtua Aima adalah rumah kedua bagi Aima.  Tak kira siang malam selagi ada masa free memang Aima akan menjenguk, merawat dan menjaga mama.  Sebab Aima tahu mama memang mengharapkan kedatangan anak-anak perempuannya ini.  Kalau Aima lambat datang, semasa tangan mama masih dapat mendail telefon, memang mama akan call aima dan meminta Aima datang menemuinya.  Dan tatkala mama dah tak boleh bercakap seperti biasa, hanya miss call yang mama lakukan dan Aima faham maksud miss call tersebut.  Di saat tangan mama dah tak boleh nak ketik  touch secreen fon lagi, mama hanya meminta adik atau sesiapa saja yang ada di sana untuk memanggil Aima.

Sebagai anak sedaya upaya Aima memenuhi permintaan mama walaupun ada masanya Aima tak tertunaikan.  Sebagai isteri dan ibu serta wanita bekerja terlalu banyak komitmen yang Aima galas dan memang Aima akui ada jugak masanya Aima cuma dapat menjenguk mama cuma sekejap2 sahaja.  Bila di fikrikan balik memang terkilan rasanya.

Mama pernah berkata kat Aima dan kat sesape yang datang menjenguk mama, kata mama if Aima ada dekat mama, mama rasa selamat sebab mama memang mengharapkan Aima, mungkin sebab Aima anak perempuan pertama.  Memang sedih untuk di kenang, tak terasa berlinanang air mata saat menaip entry ini.

Setiap pagi rutin Aima adalah menggantikan tempat bapa dan adik bungsu yang telah bersengkang mata menjaga mama hingga ke pagi.  Setiap pagi sebelum masuk kerja Aima akan menukar pampers mama, menyediakan berberus gigi mama, melap badan mama, shampoo rambut mama dan menukar baju mama.  Dan ada kalanya membuatkan mama minuman.  Setelah siap barulah Aima pergi kerja.

Sekarang semua itu sudah takde lagi, semuanya tinggal kenanagan.  Ya Allah tabahkanlah hati kami Ya Allah.  Terlalu sedih sebenarnya Aima nak meneruskan catatan ini, Insha allah jika ada kekuatan Aima akan sambung kembali.  Terlalu banyak kenanagn selama 38 tahun Aima hidup bersama mama.  Banyak suka duka Aima kongsikan dengan mama, banyak rahsia yang cuma mama dan Aima yang tahu.  Kini tidak ada lagi tempat Aima nak mengadu, uhuhuuu...

Hari ini genap 40 hari pemergian mama.  Ingin rasanya Aima menziarahi pusara mama hari ini tapi apakan daya ada komitment yang lain yang harus Aima dahulukn, hanya doa yang dapat Aima titipkan di saat ini.

Kini keutamaan Aima selain dari suami dan anak-anak adalah bapa Aima.  Walaupun ada adik, abang dans seorang anak buah yang tinggal bersama bapa tapi Aima tahu bapa sedang bertarung dengan kesedihan dan kenangan yang tercipta di antara mama dan bapa dahulu.  Walaupun sebelum ini Aima dan adik beradik lain tak berapa rapat dengan bapa namun di lubuk hati kami, kami tetap menyintai dan menyayangi bapa seperti kami kami menyintai dan menyayangi mama.

Setiap hari sedaya upaya Aima meluangkan sedikit masa untuk berbual dengan bapa, sebab Aima tahu bapa tetap mengharapkan anak-anak datang menjenguknya.  Setiap kali melihat wajah bapa, kesedihan yang dapat Aima rasakan.  Jika Aima sendiri terlalu merindukan mama, bapa apatah lagi yang sudah lebih 41 tahun hidup bersama, mengharungi suka duka dan pahit manis kehidupan bersama-sama.  Ya Allah berilah kesabaran dan ketabahan untuk bapa ku Ya Allah.

Sayu rasa hati bila mengenangkan pemergian mama.  Tapi kata orang jangan terlalu di tangisi, kasihan kat orang yang dah takde.  Aima akui sebelum ini memang terlalu murah air mata ini, asal teringat kat mama tentu berlinangan air mata, tapi sekaranag Aima cuba kontrol.  Mama dah tenang kat sana, nasib kita sendiri belum tahu lagi.

Kini salah satu azam Aima adalah membahagiakan dan menyenangkan hati bapa, Insha Allah.  Aima dah tak sanggup nak kehilangan orang yang tersayang lagi.  Aima sayang kat bapasepenuh jiwa dan raga.

Buat mama, Aima tetap menyayangi dan merindukan mama sehingga nafas Aima yang terakhir.  Ampunkan Aima mama atas salah dan silap Aima selama ini.  Halalkan air susu yang telah mama berikan, halalkan makan minum selama Aima hidup dengan mama.  Aima mintak ampun jika ada kekasaran yang tak di sengajakan dan perbuatan Aima yang menggores hati mama.  Ketahuilah mama, Aima tetap dalam ingatan Aima sama bila-bila, mama tetap Aima kenang selagi nyawa di kandung badan.  Insha Allah mama jika di takdirkan Tuhan, kita akan berjumpa lagi di alam sana.  Aima sangat menyayangi mama.

Ya Allah Ya Tuhanku, ampunilah dosa mama ku, tempatkanlah mama ku di syurga mu.   Ya Allah haramkanlah wajah ibu ku dari di sambar oleh api neraka, kurniakan buatnya syurga tanpa hisab, ammiin ya rabbalalamin..
Image result for merindui ibu yang telah tiada


~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

08 January 2015

Kali Terakhir Ku Lihat Wajah Mu - Uji rashid






   

Dalam dakapan senja
Ku renungi sinar matamu
Berat rasa melepaskan
Dikau pergi

Dingin hembusan bayu
Lemah longlai langkah kakimu
Lambaianmu kian jauh
Dari mata

Malangnya
Bencana menimpa
Kau telah pergi untuk selamanya
Tak kembali

Pada saat terakhir
Ku melihat paras wajahmu
Kau bisikkan hanya sayang
Kepadaku

Malangnya
Bencana menimpa
Kau telah pergi untuk selamanya
Tak kembali

Pada saat terakhir
Ku melihat paras wajahmu
Kau bisikkan hanya sayang
Kepadaku

~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

30 November 2014

05 August 2014

Petua Menghilangkan Kematu Di Tumit kaki

Assalamualaikum.  Masih suasana Hari Raya lagi kan? Tu la yang malas nak wat keje ne, eheheee...  Takpe biar lambat asal siap ^,^
 
Dah beberapa minggu ne rasa tak selesa sangat kat bahagian kaki.  Kaki Aima pecah-pecah la u olz, uhuuu...Tak tau la nape jadi macam ne, abis pecah-pecah kat tapak kaki.  Kurang air kot.  Aima akui yang Aima ne memang kurang minum air, dapat di kira berapa gelas je sehari.

Nampk gayanya kena minum banyak air la selepas ne.  Dah cuba berbagai cara, tetap gak sama.  Rasa tak selesa sungguh la.  Dah try bagi losyen sama gak hasilnya, pening I.. 
 
Then tadi pagi saja-saja je tengok kat kedai, maka ternampak la Krim Kanna untuk kulit kering, kasar dan pecah-pecah.  Nampak macam ok je so Aima beli la 1 n terus sapu kat tapak kaki.  Harap-harap mujarab la hendaknya amin

Sambil tu ada gak try tanya kat Mr Google. So dapatlah petua ne.  Aima just c&p je ye.  Nanti nak try la f ada masa.
Berikut merupakan petua untuk menghilangkan masalah kematu di kaki.
Pilihan 1 : 
Campurkan sebiji buah belimbing buluh dengan air limau nipis.Sapukan pada tempat yang berkematu.

Pilihan 2 :
Sapukan sedikit ubat gigi. Biarkan selama 5 minit. Kemudian basuh seperti biasa dengan sabun dan air biasa.

Selamat Mencuba
 

~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

25 July 2014

Citer Terbaru

Assalamualaikum n salam Jumaat n salam Ramadan semua.  Napa ye tiap kali nak update n3 terbaru tentu ngam hari Jumaat, macam di rancang pulak, eheheee...  Hope korang semua sihat je ye.  Cana ngan posa tahun ne?  Dapat full tak?  Persiapan raya dah siap?  Baju tempah berapa pasang?  Kek dah buat?  Duit raya dah ready?  Alahai banyak songeh lak pagi ne, uhuhuuu...

Puasa tahun 2014 memang penuh kenangan la dalam hidup Aima, kenangan yang tak dapat di lupakan.  Banyak kisah pahit manis yang di lalui, kelakar pun ada jugak ^,^ Inilah asam garam kehidupan.
Lupa pulak nak citer, maklumlah jarang sangat nak update blog, ehehee...  Pada bulan Mei yang lalu Aima dapat tawaran keja ngan Jabatan Kerajaan.  Lama dah apply sebenarnya tapi baru ada yang sangkut.  Cuba korang bayangakan kira-kira Mei tahun lepas Aima di panggil untuk menjalani ujian bertulis bagi banyak jawatan kosong kat Jabatan Kerajaan, then bulan November hingga Disember tahun lepas baru la kena panggil interview.  Punyalah penat, boleh di katakan hari-hari interview, ada yang dalam 1 sesi pagi interview tuk 3 jawatan, kemudian sebelah petang nya pulak tuk 2 jawatan, keesokkan harinya ada lagi 2 jawatan.  Fulamak berserabut kepala nak hafal itu ini, mana nak fikirkan keje lagi.

So mula-mula dengan niat saja-saja je cuba nasib, f rezeki sangkut la f takde takpe lah, yang penting usaha.  Tapi hati dah berbisik salah satu jawatan tu tentu ada yang sangkut, konfiden la pulak, ahahaaaa...Tapi ada gak interview yang Aima tak datang, penat weiii... Lagipula susah nak keluar ofis time keje menimbun.

So dalam pertengah bulan Mei, tengah sedap-sedap lunch ngan anak-anak, dapat panggilan yang mintak Aima datang ambik surat tawaran.  Masa tu memang blurr sikit, Aima tanya surat tawaran tu apa ek, ek elehhhh, ahahaaaa....  Then katanya surat dapat keje di Jabatan Kerajaan, kusss semangat...  Rasa macam tak percaya, dah berpuluh tahun apply baru la sangkut.  Katanya ambik surat tawaran tu secepatnya, so Aima kata ok nanti ambik.

Perut yang lapar dah rasa kenyang, rasa macam bermimpi, hati pulak berbelah bahagi, nak ambik ke tak.  So Aima terus wasap kat Mr Hubby bagi tau good news.  Punyalah excited dia macam dia pulak yang dapat keje, eheheee...
Dalam rasa hepi tu ada gak rasa sedih n berbelah bahagi, banyak benda yang bermain di fikiran, banyak perkara yang harus di pertimbangkan, banyak benda yang mesti di caturkan.  Tak lupa jugak berita gembira ne Aima share ngan mama n bapa Aima, dengan doa restu mereka juga la Aima dapat tawaran ne kan.

Dah Mr Hubby balik keje, kitorang pun berbincang dari hati ke hati.  Aima pun terangkan apa yang Aima sedanag timbang tara masa tu.  So Mr Hubby kata try la dulu, rezeki dah datang jangan la di tolak, ne namanya rezeki anak-anak, untuk masa depan keluarga juga, betul jugak kan.

So keesokkan harinya Aima amik la surat tawaran tu, Alhamdulillah.  Padahal dalam hati rasa berat yang amat sangat nak terima jawatan tu.  Banyak benda yang Aima fikirkan, antaranya f amik tawaran tu nanti sapa nak hantar n amik anak-anak sekolah, dah la Mr Hubby keje shift, bukan ke nanti terpaksa menyusahkan bapa Aima tuk amik anak-anak, dah la dulu dia penat hantar amik anak-anak sendiri tak kan sekrang ne nak suruh dia hantar amik cucu pulak.  Dah tu terfikir lagi tentang sakit demam anak-anak, cane nak bawak dorang pi klinik, appointment n segala macam, dah la baru keje tak kan senang-senang nak mintak keluar ngan alasan macam tu, aduduuuuuuhhh...

Dan gaji yang di offer memang rendah la cuma tuk masa depan memang terjamin.  Gaji kat company Aima keje memang tinggi jugaklah tambah lagi jika amik part time, bolehlah berbagi rezeki nagn mama n bapa.  Lagipula setuap bulan Aima kena peruntukkan sedikit belanja tuk membeli ubat mama yang kami share adik beradik.  F keje ngan gomen ne memang tak cukup.  Mana nak bayar kete, gaji bibik, belanja anak-anak lagi.  Dan Aima pun fikir dah keje gomen nanti mampu kah aku nak belikan itu ini setiap bulan tuk mama n bapa? Setiap malam Aima fikir n nangis tanpa pengetahuan Mr Hubby, tak nak la susahkan hati dia lagi.
So setiap solat Aima berdoa jika keje baru tersebut nanti menyusahkan banyak pihak biarlah keje tu di tolak.  Mama n bapa Aima memang hepi la bila tau Aima dapat keje ne, Mr Hubby apa la lagi.  So Aima tekadkan hati amik je dulu keje ne demi nak mngembirakan hati semua orang yang Aima sayangi.

Tak lupa jugak Aima bagi tau kat Miss Boss yang Aima dapat keje baru, punyalah berat hati nak cakap.  Dah cakap kat Miss Boss, terdiam dia n menitik gak airmatanya, katanya sape la yang dapat gantikan tempat Aima nanti.  So Aima kata Insya Allah yang baru nanti lebih baik dari Aima n katanya tetap tak kan sama, uhuhuuuu... Untuk tak menghampakan hati Miss Boss yang baik sangat tu Aima cakap la yang f keje Aima tu ikut shift so time shift malam o off day Aima keje la kat ofis n prepare kan apa dokumen yang patut.  Dengar je Aima kata macam tu barulah riak muka dia nampak ok sikit. Lagi pun Aima tak bagi notis berhenti, tak tau la kenapa hati Aima berat nak bagi 1 month resign notice.  Miss Boss pun kata dia tak bagi Aima resign, dapat buat parti time kat ofis dia pun jadi lah katanya.

Sebenarnya Aima sendiri susah nak lepaskan jawatan kat ofis, ye la kan dah dekat 20 tahun keje kat tempat n ofis yang sama, bukan senang nak ubah angin.  Nasib baiklah 1 bulan selepas dapat surat tawaran n buat medikal baru kena lapor diri kat Jabatan Kerajaan, uhuhuuuu...  Punyalah sedih di buatnya.  Miss Boss pun kata dia tak dapat tido malam syik ingatkan sapa la yang gantikan tempat Aima nanti, ermmmm...
Hari yang mendebarkan pun tiba.  2hb Julai, hari ketiga Ramadan, Aima memulakan langkah kanan melapor diri kat tempat keje baru.  Pegawai atasan tu bagi Aima surat tuk melapor keje kat Jabatan yang telah di tetapkan.  Hari pertama keje masih dalam sesi suai kenal lagi.  Alhamdulillah semuanya ok dan kawan-kawan baru pun friendly, rasanya boleh masuk kot.  Keje yang bakal Aima buat belum tau lagi, katanya esok la dorang terangkan, so hari pertama tu Aima tolong sikit-sikit je keja kat bahagian Admin.

Hari kedua keje, fuhhhhhhhhhhhh....  Baru la dorang ajar apa yang harus di buat tuk hari-hari seterusnya.  Ya Allah menguji ke imanan sungguh.  Tak pernah dan tak terbayang buat keje macam ne, tak terlintas langsung dalam fikiran keje ne yang akan di lakukan, uhuhuuuu.... Nak tunggu masa balik tu punyalah azab, kepala dah pening lalat, perut lak membuak semacam.  Dapat la di kira berapa belas kali keluar masuk toilet. 

Balik keje (kan time posa balik keje kul 2) terus muntah dari petang hingga malam sampai la ke pagi.  Tido memang tak dapat tido la, kepala rasa berpusing.  Mr Hubby kata maybe sebab belum biasa lagi dan rupanmya dia pun perasan yang muka Aima balik keje tu pucat lesi.  So malam tu memang tak tido sampai pagi, dalam masa baring tu berlinang je airmata, uhuhuuu... Dalam kepala dah set besok pagi mesti jumpa CEO n bagi tau yang Aima tak dapat buat keje-keje macam ne, mana la nak tahan asyik pening n muntah je.  Nak request mintak tukar kat bahagian lain.

Pagi harinya, masuk je ofis terus jumpa CEO terangkan apa yang Aima lalui dan alami, baru teringat yang Aima ne sebenarnya mabuk darah.  Oh ye lupa lak nak citer, keje baru Aima ne berkaitan ngan darah ler,  uhuhuuu...

CEO tu kata dia terima semua alasan Aima tapi dia takde kuasa nak tansfer Aima ke bahagian lain so kena jumpa pegawai atas kat Kementerian.  Dengan langkah layu Aima pegi ke Kementerian nak bincang ngan pegawai tersebut tetapi malanganya dia pulak takde kat ofis, aduiiiii...  Agaknya memang bukan luck Aima la.
So balik la semula kat tempat keje n buat la keje yang di tetapkan ngan hati yang sedih n penuh celaru.  apa nak buat dah tugas kan.  Dah dekat nak balik, CEO pulak panggil Aima na sorang lagi kawan yang baru gak berkhidmat kat situ, katanya start esok Aima n kawan baru tu di tugaskan kat Hospital, katanya Aima cuba la dulu manalah tau kat sana Aima ok f tak boleh jugak katanya baru dorang fikirkan macam mana.  Aima kata ok la, cuba je la, kot kot ok kat Aima.

Hari ketiga n merupakan hari pertama keja kat Hospital, semuanya di pelajari dari A-Z dan seperti sebelumnya pening n muntah tak lepas dari diri ini.  Mr Hubby asyik wasap dari pagi pai petang, risau sangat katanya.  Balik keje memang lembik semacam ngan muka pucat lesi, nak masak tuk anak-anak pun tak terdaya.  Mr Hubby pun kata, kat tempat keje dia risau n asyik ingat kat Aima je, bukan apa katanya takut pening n tumbang time keje, takut pening time drive n macam-macam lagi la. Sayang jugak kat bini dia ne ye, eheheee...
So malam tu Mr Hubby kata f berterusan macam ne dia tak tahan n tak rela tengok Aima hari-hari begini.  Katanya balik keje muka dah la pucat, muntah pulak tak berhenti, malam tak tido, makan pun tak lalu, lagi katanya macam orang tak bermaya n takde semangat, betul la tu sayang, uhuuuuu...  Korang bayangkan la baru beberapa hari keje, badan dan susut berkilo-kilo, agaknya f sebulan mau kurus kering di buatnya.  So Mr Hubby kata dia nak ajak Aima jumpa pegawai besar kat Kementerian mintak tukar tempat keje, f tak dapat jugak dia suruh Aima resign je le, uhuhuu..Aima kata tunggu dulu, try lagi keje esok nya, f masih sama Aima ikut je kata Mr Hubby.

Hari ke empat keje, ingatkan dah ok rupanya sama gak la.  Yang paling tak tahan kena sindir leh officer kat sana, katanya dah risiko keje kat spital, takde alasan mabuk darah, perghhhhhh.....  sabar Aima sabar...  Masa tu kepala dah nyut-nyut, penglihatan pun dah berbayang-bayang, dalam hati berdoa janganlah aku pengsan kat spital ne, takut nanti aku lak yang tido kat spital, uhuhuuu...  Bila Mr Hubby wasap tanya keadaan Aima ok ke tak, Aima kata ok je walaupun hati rasa nak nangis.  Agaknya instict suami ne kuat kan, dia kata dia dapat rasa yang Aima ne tak ok, eheheee...  So Mr Hubby kata dia amik Aima kat spital nanti n hantar Aima sampai paking keta.  Kalau nak tau sape yang keje spital ne tempat paking dia memang jauh dari spital, kena park kat tempat yang di sediakan n lepas tu naik bas yang di khaskan la ke spital.

Aima kata takpe Aima ok je, tak usah risau.  Kesian lak Mr Hubby jauh-jauh datang dari tempat keje yang memakan masa lebih 45 minit cuma untuk hantar wife dia ne ambik keta n balik sama-sama.  Tapi Mr Hubby berkeras gak nak ambik Aima n drive balik sama-sama.  Kuat betul insticnt Mr Hubby ne.  Memang masa tu Aima dah rasa pitam, pandangan dah kelam cuma tak nak tunjuk je.  Dan hari tu Aima dapat rasa betapa sayangnya Mr Hubby kat Aima, eheheee...

Malamnya kitorang discuss lagi tentang keje ne.  Mr Hubby dah tak bagi Aima keje kat spital lagi dah.  Dia ajak jumpa pegawai besar terus, f takde jawapan yang positif jugak, dia suruh berhenti je terus.  Tak sanggup katanya tengok Aima hari-hari macam ne, badan n muka pun dah nampak beno susutnya, ahahaaa...
Add caption
So pagi nya dengan penuh tawakal, kitorang buat apa yang di rancang dan seperti yang di duga memang jawapan yang mendukacitakan yang di dengar, dorang ada gak pujuk Aima tuk teruskan keje tu tapi Aima terangkan la sebab musabab yang membuatkan Aima tak sanggup nak bertahan.  Mr Hubby lak kata orang keje kena ada perasaan happy walaupun nak cari duit tapi katanya wife dia asal balik keje je muntah, pening n tak tido malam, makan pun tidak, dah la muka pucat lesi, dia pun risau f terjadi perkara yang tak baik time drive balik keje, duit dapat di cari katanya tapi f memudaratkan lebih baik fikir banyak kali.  Ada gak la sikit pertelingkahan berlaku anatara Mr Hubby, Officer n secretary dia, kitorang cakap lembut tapi dorang lak yang kasar.  

Masa tu Aima dah rasa down dah, nasib baik Mr Hubby ada back up Aima.   Dorang ingat boleh la hentam n pijak kitorang, sory la beb lu salah orang maa.. Diorang cuba nak guna undang-undang tuk takutkan kitorang so Mr Hubby apa lagi dia bidas la apa yang dorang cakap tu sampai terdiam dibuatnya, ahahaa..  Agaknya dia ingat orang yang keje takde pangkt ne tak tau undang-undang ke, sorry le ye kalu setakat udang-undang macam tu dalam tangan je, ehehee.. Dorang tak tau yang keje Mr Hubby ne lagi la bersangkutan ngan undang-undang n keselamatan, lagi banyak penegetahuan Mr Hubby dari dorang sebagai orang awam, nak citer panjang pun malas rasanya, eheheee...

At last officer tu kata f itu yang di pilih dia takde halangan n mintak Aima berjumpa dengan CEO kat bahagian Aima ditempatkan.  Haaaa kan senang f dari awal macam tu, tak payah la nak eksyen semacam, tak usah la nak guna kuasa kat dunia ne tuk takut-takutkan orang, dah pencen nanti pangakt pun orang tak pandang lerrr....

Kemudian Aima n Mr Hubby pun jumpa CEO tapi Mr Hubby je turun, Aima tunggu kat keta je, malas nak jumpa takut hati ne cair ngan pujuk rayu, ahahaaa...  Dan Alhamdulillah Allah nak tolong Hamba Nya yang lemah ini.  Walau rasa berat hati CEO tu terima gak surat menamatkan perkhidmatan Aima, Alhamdulillah.  Itu pun kata Mr Hubby nampak berat sangat dia nak terima, katanya dorang kat sana sayang kat Aima sebab Aima ne cepat terima arahan, bagi sekali je katanya terus dapat Aima buat, apalagi kat bahagian Admin katanya.  Ye la dah keje bertahun-tahun buat keje Admin tentu lah expert cuma yang tak tahan bau darah tu je, uhuhuuu...

CEO tu pun kata dia baru bercadang nak tolong Aima tukar kat bahagian lain.  Mintak maaf la ye, hati Aima dah tawar dah nak keje kat sana, Aima gerenti satu masa nanti tentu dorang tarik Aima buat keje yang berkaitan ngan darah lagi, tak sanggup I, errmmmmm...
Itu lah pengalam keje Aima yang cuma dapat bertahan 1 minggu je, ok la dapat gak pengalam keje ngan kerajaan walaupun cuma sekejap, jadi la daripada takde, ahahaaa...

So sekarang ne nak tau Aima keje kat mana??  Kat ofis lama lerr, ahahaaa...hari Aima menamatkan perkhdimatan kat gomen tu Aima dah wasap Miss Boss n tanya dia dah dapt orang baru tak?  Dia kata takde sebab dia masih mengharap Aima keje kat sana balik walaupun cuma part time.  Then Aima kata f Aima masuk balik keje dia terima tak?  Dia kata tentulah sebab dia tak pernah anggap Aima keluar dari sana, yahoooooo... so Aima citerlah yang Aima dah resign n f Miss Boss terima Aima nak apply lagi keje ngan dia.  Miss Boss kata apa pulak nak apply, kan Aima belum resign lagi, takde pun notis berhenti yang dia terima, ahahaaa... tengkiu Miss Boss.
Alhamdulillah rezeki Aima masih kat situ, terima kasih Ya allah.. Dan mengambil hari baik di bulan yang baik ne, Aima keje semula kat  ofis lama pada hari Jumaat, nak ambil berkat, eheheee... Mr Hubby pun nampak happy tengok muka Aima dah bersri balik, cewahhhh, ahahaaaa... tengkiu Mr Hubby sayang, mmwahhhhxxx...

Aduiiii terlebih panjang lak n3 kali ne ye.. mula-mula nak type sikit je rupanya dah panajng berjela, jangan korang boring sudah, eeheheee... ok la olz dah nak balik keje ne.  

Jumpa lagi ye, Assalamualaikum...

~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

Copyright© All Rights Reserved mama-aima.blogspot.com