Assalamualaikum dan salam malam Rabu semua. Hari yang sangat memenatkan badan dan fikiran. Seawal pukul 4.30 pagi Mr Hubby call suruh bukak pintu sebab baru balik dari keje shift malam. Tau je lah mata ne bila dah terjaga memang susah nak tidur balik. Sementara menunggu subuh baring jap dan borak dengan Mr Hubby sementara menunggu dia terlelap, dia dah berdengkur Aima pulak masih terkebil-kebil, emmm...
So pukul 5 pagi bangkit dari katil dan lepas solat subuh terus masuk dapur. Prepare bahan masak untuk sarapan dan bekal anak sekolah. Dah jadi rutin macam ni setiap Isnin-Khamis dan Sabtu. Sebab anak dara Aima memang bawak bekal pi Kolej. Kakak ne bab makan memang cerewet sikit. Katanya malas nak beli kat kantin sebab tak banyak pilihan dan takde yang ngam tekak dia, alahaiii. So kenalah masakkan dia bekal dan hari-hari lah mama dia ne pikir apa yang nak di masak tuk dia. Kadang buntu gak nak masak apa, nak suh bawak telur dadar ngan nasi je, tak sampai lak hati. Lagipun mana lah dia nak kan, tekak orang muda lah katakan hehee...
Untuk kakak, hari ne Aima masak simple je, udang goreng celup tepung dan nasi goreng udang + telur. Cukuplah tuk mengalas perut waktu lunch nanti. Dah siap bekal kakak, kena pulak fikir sarapan adik-adik dia. Anak4 Aima memang sudah terbiasa sejak kecil mesti makan dulu sebelum sekolah. Tak sarapan memang lembik la kat sekolah. Sorang-sorang memang berbeza sarapannya, simple tapi mengenyangkan, Insha Allah.
Abang senang sikit bab makan, memang tak cerewet asalkan tak di campur sayur. Anak-anak Aima bab sayur memang fail. So Aima masak nasi goreng kicap + telur tanpa bawang, simple tak ahahaa... Kemudian masak telur mata 1 biji dan letak atas nasi goreng, dah siap. Nasi memang bibik yang masak jadi Aima tinggal goreng je. Bab makan untuk suami dan anak-anak memang Aima yang masak kecuali Aima takde kat rumah barulah bibik masak.
Abang yang kedua bak makan memang cerewet dan choosy. Tak banyak makanan yang dia pandai makan. Masa kecik dulu tak lah macam ne, dah besar emmm punyalah susah nak bagi dia makan. Memang taklah nak bagi dia tidur kat rumah sape-sape alamat tak makan la jawapnya. Makanan kegemaran dia memang berasaskan kari. Ada kari, banyaklah makan dia. Dia tak reti nak makan nasi goreng atau mee goreng. Paling senang dia mintak maggi kari tuk sarapan. Takut jugak nak bagi dia makan maggi ne tapi takde pilihan lain. Dia lebih rela tak makan dari disuruh makan apa yang dia tak pandai makan. Cara Aima masak maggi kari untuk anak adalah rebus dulu maggi hingga kembang sikit then tos kan airnya. Dah tu masukkan air panas kedalam periuk dan masukkan balik maggi tadi, sekejap je. Then masukkan maggi + air tadi ke dalam mangkuk, baru bubuh perisa kari separuh paket. maggi kari is done, ehehee...
Untuk Adik pula memang senang dan mudah. Dia boleh makan nasi goreng yang Aima masak tuk kakak dan abang, sangat senang. Pagi tadi dia makan nasi goreng udang 2x tambah, hehee.. Dibandingkan dengan abang-abang, adik memang boleh makan pedas. Nasi goreng tuk kakak memang ada pedas sikit, barulah umpphhh..
Mr Hubby pulak cuma makan telur rebus separuh masak setiap pagi. Dah umur meningkat sekarang ne memang makan taklah sebanyak dulu, diet katanya. Kalau dulu suka goreng tapi sekarang suka rebus. Senang lah sikit keje isteri dia kan hehee..
Aima pulak memang jarang bekpes. Perut rasa kenyang sebab hidu bau masakan tuk anak. Sekarang ne dah terikut-ikut sarapan style Mr Hubby, telur rebus separuh masak 2 biji. Alhamdulillah kenyang sampai tengahari. Tapi kan yang pelik teramat peliknya, badan maintain je tak turun-turun, emmm.. Susah betul nak kurus.
Ok la setakat ne dulu kisah hari ini. Nak taip banyak sebenarnya, banyak yang nak dikongsikan cuma mata dah tak larat. So setakat cerita kisah sarapan anak2 je la ye. Ada masa nanti lagi Aima update. Selamat malam semua, jangan lupa baca doa sebelum tidur. Moga mendapat mimpi indah okey.. Jumpa lagi. Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment