Assalamualaikum. Salam Khamis semua. Aima doakan sesape yang baca blog ne (ada ke??? uhuhuuu...) sihat walafiat di samping keluarga dan insan yang tercinta (macam ucapan salam kat Radio la pulak, eheheeee...)
Hari ini cuaca panas terik setelah semalam hujan turun mencurah-curah sejak subuh lagi. Sejak semalam Aima rasa kurang sihat sikit, rasa pening-pening lalat, rasa mual dan muntah-muntah, batuk pun datang bagai di undang, emmmm... Nak makan ubat tekak lak tak lalu nak telan, bak kata Mr Hubby wife dia ne macam budak kecik, ahahaaa... Bukan lah tak nak makan ubat tapi nak biasakan diri tuk hindari ubat, biarlah sihat secara alami, kononnnnn =)
Hari ini mood masak memasak memang down. Sarapan anak-anak pun simple, nasib baik anak-anak tak cerewet sangat hari ne. Untuk lunch tadi cuma masak yang simple je untuk Aima n Mr Hubby, nak tau apa?? jeng jeng jengggg... Ikan masin goreng, ikan tahai rebus dan telur dadar, simple kan ahaaaa... Memang hari malas sedunia lah hari ne. Nasib baik tadi pagi Aima sempat masak sikit untuk lunch anak-anak yang nak sekolah petang.
Petang nanti Aima cadang nak beli nasi katok je tuk Aima, anak-anak dan bibik. Nak masak memang malas, lagipula Mr Hubby hari ne keje + OT hingga besok subuh, so dapatlah cuti dari memasak. Anak-anak pun kalau malam memang suka makan yang simple.
Korang tau nasi katok tak? Nasi Katok ne memang femes kat Brunei, mana-mana tempat ada je orang jual, harga pun murah, cuma $1.00 satu bungkus. Kenyang lah makan sorang tapi anak Aima yang kedua kena beli 2 bungkus, baru dia kenyang.

Bagi sesape yang belum kenal nasi katok, meh Aima terangkan serba sedikit. Nasi katok ne isi dia adalah nasi putih + ayam goreng (ada juga yang bubuh daging, hati buyah (paru), kerang, udang dll) + sambal (ada sambal pedas, biasa, pusu (ikan bilis), tahai dan ada juga sambal belacan). Nasi katok di bungkus dengan kertas pembungkus (ala yang warna coklat tu)
Biasa bila kita order baru dorang bungkuskan, sedap makan panas-panas. Ada beberapa kedai jual nasi katok yang bukak 24 jam. Senang je kan, bila lapar tengah malam n rasa malas nak masak, zoooommmmmmmm pi kedai Nasi Katok, gerenti kenyang perut.
Aima pula suka nasi katok dengan ayam salai + sambal pedas. Anak-anak pula lain citarasanya. Kakak suka nasi katok kat gerai A, abang dan adik pula kat gerai B, abang kedua memang tak makan nasi katok so dia kena tapaukan ayam goreng Fast Food (mahal citarasa dia ne alahaii) Aima dan Bibik pula kat gerai C.. Pening tak? ahahaa.. Mr Hubby memang tak berapa makan nasi katok, kalau terliur pun dia cuma makan sesuap dua nasi katok Aima.
Bolehlah rehat hari ini dan bolehlah duduk rumah bapa lama sikit sambil tolong adik kupas bawang, ahahaa... Oryte jumpa lagi ye Insha Allah

No comments:
Post a Comment