05 August 2014

Petua Menghilangkan Kematu Di Tumit kaki

Assalamualaikum.  Masih suasana Hari Raya lagi kan? Tu la yang malas nak wat keje ne, eheheee...  Takpe biar lambat asal siap ^,^
 
Dah beberapa minggu ne rasa tak selesa sangat kat bahagian kaki.  Kaki Aima pecah-pecah la u olz, uhuuu...Tak tau la nape jadi macam ne, abis pecah-pecah kat tapak kaki.  Kurang air kot.  Aima akui yang Aima ne memang kurang minum air, dapat di kira berapa gelas je sehari.

Nampk gayanya kena minum banyak air la selepas ne.  Dah cuba berbagai cara, tetap gak sama.  Rasa tak selesa sungguh la.  Dah try bagi losyen sama gak hasilnya, pening I.. 
 
Then tadi pagi saja-saja je tengok kat kedai, maka ternampak la Krim Kanna untuk kulit kering, kasar dan pecah-pecah.  Nampak macam ok je so Aima beli la 1 n terus sapu kat tapak kaki.  Harap-harap mujarab la hendaknya amin

Sambil tu ada gak try tanya kat Mr Google. So dapatlah petua ne.  Aima just c&p je ye.  Nanti nak try la f ada masa.
Berikut merupakan petua untuk menghilangkan masalah kematu di kaki.
Pilihan 1 : 
Campurkan sebiji buah belimbing buluh dengan air limau nipis.Sapukan pada tempat yang berkematu.

Pilihan 2 :
Sapukan sedikit ubat gigi. Biarkan selama 5 minit. Kemudian basuh seperti biasa dengan sabun dan air biasa.

Selamat Mencuba
 

~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

Doa Hilangkan Migrain Atau Sakit Kepala


Amalannya ialah, sila baca 4 ayat terakhir surah al-Hasyr (ayat 21, 22, 23 dan 24) setiap kali sebelum tidur. Semasa membaca ayat-ayat ini, tangan hendaklah diusap-usapkan pada bahagian kepala. Dan niatkan dalam hati, dengan keberkatan ayat-ayat Quran ini, Allah akan menghilangkan sakit kepala atau migrain.

Menurut Syeikh Arab tu, ada banyak lagi kelebihan atau fadhilat ayat terakhir surah al-Hasyr ni. Tapi antara yang paling berkesan dan mujarab ialah untuk menghilangkan sakit kepala atau migrain. Amalan ni memang diketahui dan terkenal di Madinah.

 Syeikh Arab tu kata, ada hadith Nabi SAW yang membuktikan bahawa ayat-ayat terakhir surah al-Hasyr ni memang istimewa. Seperti dalam sabda Nabi SAW yang bermaksud ;

“Sesiapa yang membaca ‘auzubilla hissami’ul alim minas syaitanirrajim’ 3 kali, diikuti membaca tiga ayat yang terakhir daripada surah al-Hasyr, nescaya Allah akan menghantar kepadanya 70,000 malaikat khusus untuk berselawat (berdoa) kepadanya hingga pagi. Jika dia mati pada hari itu, maka dia mati syahid”. (Hadith Nabi)

Bayangkanlah, ada 70 ribu Malaikat yang dihantar khusus oleh Allah untuk berdoa kepada kita, kalau amalkan membaca ayat terakhir surah al-Hasyr ini. Subhanallah.


~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

Selamat Pagi Olz ^,^

Photo: Assalamualaikum & selamat pagi sahabat..

Alhamdulillah, syukur kerana masih lagi bernafas & dapat menghirup udara pagi. Semoga kita semua kaya dan berjaya dari segala segi di dunia & juga akhirat.. Aamin Ya Rabbal A'lamin..



~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

03 August 2014

Adik 3rd Birthday

Assalamualaikum n Selamat Hari Raya semua.  Kat Brunei hari ne adalah raya ke 6, kat negara lain dah raya ke 7 kan?  Brunei tertinggal sehari dari negara lain.

Dan hari ini adalah hari gembira tuk anak kecik Aima iaitu Adik.  Tak terasa dah 3 tahun rupanya hero Aima sorang ne.  Cepat sangat masa berlalu.  3 tahun lalu Adik di lahirkan pada 4 Ramadhan.  Dalam 4 orang anak Aima cuma Adik je lahir ikut tingkap, yang lain ikut pintu, eheheee...Adik lahir penuh dengan dugaan.  baru je melihat dunia dah kena cucuk sana sini n masuk incubator, sian Adik kan.

Masa lepas melahirkan tu Aima memang tak dapat nak tengok Adik selalu.  Adik di tempatkan kat SCBU (Special Care Baby Unit) tempat babies yang memerlukan perhatian khas.  Semasa Adik lahir tu Adik tertelan najis dia sendiri tapi nasib baik cuma sampai kerongkong je.  Dengan tindakan pantas nurse masa tu, najis tu terkeluar jugak akhrinya.  Kesian tengok Adik yang macam tersekat-sekat menangis. 

Sebab Adik macam susah menangis, nurse kat Labour Room dah cakap awal-awal yang Adik kena masuk SCBU untuk pantauan doktor.  Sedih sangat tengok Adik kecik-kecik lagi dah kena buat macam-macam.  Aima cuma sempat cium pipi adik sekajap je sebelum di bawa ke SCBU.  Mr Hubby pun cuma dapat cium n pegang sekejap, lepas tu Mr Hubby ikut nurse hantar adik ke SCBU untuk sign form.

Alhamdulillah Aadik cuma duduk kat SCBU dalam masa 1 minggu je, Aima yang balik rumah dulu, lepas 2 hari baru Adik dapat pelepasan Doktor. Alhamdulillah perkembangan adik sangat memberangsangkan, semua ok.
 
Dan tak terasa tahun demi tahun berlalu, dah 3 tahun rupanya anak kesayangan mama n babah ne ye.  Adik, mama ucapkan Selamat Hari Lahir yang ke 3 tahun.  Mama doakan Adik panjang umur, sehat walafiat selalu, menjadi anak yang soleh, berakhlak mulia n menjadi sebaik-baik manusia dan umat.  Mama doakan Adik berjaya di dunia dan di akhirat.  Semoga masa depan Adik cerah, berjaya, cemerlang dalam hidup.  Mama doakan rezeki Adik tak putus-putus hingga ke nafas yang terakhir agar Adik sentiasa ringan tangan memberi kepada sesiapa saja yang memerlukan seperti Adik sekarang ne yang tak pernah lokek berkongsi apa saja yang Adik ada baik dengan adik beradik, sepupu mahupun orang lain. Mama, babah, kakak n abang-abang sayang adik sangat-sangat tau.  Jangan lupa pesan mama n babah ye sayang. Luv u sayang, mwahxxxx...



~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

28 July 2014

Selamat hari Raya Aidilfitri

 
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin dari Aima n family ^,^

~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

Copyright© All Rights Reserved mama-aima.blogspot.com