Showing posts with label anak-anak. Show all posts
Showing posts with label anak-anak. Show all posts

16 January 2019

Bebelan Hari Rabu

Image result for assalamualaikum
Assalamualaikum.  Selamat tengahari semua.  Banyak keje hari ne? Biasalah kan dah nama manusia memang banyak keje kena buat.  Hadapilah dengan senyum dan tabah okey.  Macam Aima ne memang dari subuh lah buat keje itu ini semenjak takde bibik, penat weiii..  Tapi enjoy gak buat semua keje sendiri.  Kalau tak siap tak sempurna di mata sendiri marahlah diri sendiri sebab sendiri yang buat kan hahaaa..

Sejak bibik balik mata dah biasa bangun pukul 4.40 pagi paling lewat 4.45.  Sementara menunggu azan Subuh buatlah keje mana yang ada, keje memang sentiasa ada uhuhuu.. Lepas solat Subuh bermulalah perang kuali senduk bagai.  Bersilat gak nak siapkan sarapan suami dan anak-anak yang selera memang berbeza antara satu dan lain. Kena masak 2-3 jenis.  

 Image result for breakfast cartoon images
Kalau suami keje pagi kena buat tuk bekal dia jugak.  Biasanya yang simple je la, yang penting nescafe jangan lupa buat.  Kadang Aima buatkan burger atau goreng apa saja makanan yang ada stock kat peti sejuk macam popia/karipap.  Kalau malamnya Aima buat kek, memang kek lah bekal suami.  Ada masa dia sendiri yang request nak bawak apa.  Kalau time diet lagi lah senang, rebus ubi manis atau tak bawak bekal langsung, ehehee.. Tapi sebagai isteri memang tak senang hati kan if tak sediakan bekal, dia nak bawak ke tidak terserah yang penting dah siapkan bekal.  Tapi biasanya memang dia bawaklah, saja je tak nak bagi dia kurus huahuahua...

Lepas bekal tuk suami, bekal tuk kakak sekolah pun kena buat jugak.  Bekal tuk lunch dia nanti.  Kakak ne memang cerewet bab makanan, taknak dia beli kat kantin sekolah, banyak lalat katanya.  Dia lebih suka mama dia yang masak.  Satu hal yang Aima puji kakak ne dia tak malu bawak bekal nasi atau kuih muih walaupun belajar kat Campus.  Maybe sebab tengok kawan-kawan dia jugak bawak bekal sama.  Kadang-kadang kalau dah tak tau menu apa nak dimasak, kakak beli nasi lemak atau nasi katok yang jual tak jauh dari sekolah dia, tu pun kena tengok tempat jugak, emmmmm.  Oh ya waktu Campus kakak bermula dari 8 pagi hingga 4.30 petang.  Lunch dia tak balik sebab jauh dari rumah, setengah jam perjalanan dari rumah ke Campus, tu pun kalau tak jem.

 Image result for breakfast cartoon images
Siap bekal tuk kakak, masak lagi tuk sarapan adik-adik dia.  If abang memang senang, goreng je nasi campur pape yang ada asal jangan campur bawang.  Then buat telur dadar atau telur mata, 1 pinggan pun habis dia makan, so simple.

Abang Beh pulak memang susah makan, terlalu pemilih dan tak suka nak mencuba makanan lain.  Kalau dulu dia suka makan maggi kari tapi sejak bibik balik Aima paksa dia cuba makan telur dadar yang memang bukan fav food dia.  Dah rasa sekali memang dia mintak berkali-kali, ahahaaa... So Aima buatkan lah nasi kosong + telur dadar, berselera dia makan.  

Untuk adik pulak dia memang senang, simple dan tak cerewet bab makan  janji ada telur dadar kicap dalam setiap menu.  Dia makan nasi goreng yang sama macam abang dengan telur dadar.  Siap mintak tambah lagi kalau ngam dengan selera dia.   

Lepas makan nasi barulah dorang makan makanan yang lain jika ada, macam popia, karipap atau makanan ringan yang lain.  Semua anak-anak Aima memang dari kecik dah biasa makan nasi sebelum sekolah.  Kadang-kadang Aima goreng mee tuk sarapan dorang.  Time tak sekolah baru belikan dorang roti canai atau makanan yang jual kat gerai.

 Image result for cooking with wok cartoon
 Dah settle sarapan anak-anak, bercinta lagi lah dengan kuali masak tuk lunch pulak.  Kena masak awal sebab Abang Beh sekolah ugama pagi dan sekolah menengah petang.  kalau tak masak awal bila lah Aima ada masa nak masak tuk tengahari, padat giler jadual uhuuu...

Dan 1 tabiat anak-anak,. dorang tak kan makan kalau belum mandi pagi dan gosok gigi, minum pun tak nak.  Lepas mandi barulah sorang-sorang mintak makan.

Dan perangai anak-anak jugak time sekolah, mandi pagi kena ikut giliran.  Biasanya kakak yang mandi dulu sebab dia paling lama kat tandas.  Lepas kakak siap turn adik-adik pula ikut giliran, if semalam Abang yang mandi dulu so hari ini Abang Beh yang kena mandi dulu.  Esoknya Abang yang mandi dulu baru Abang Beh, versi versa ahahaaaa... Tak boleh nak sesuka hati tukar-tukar, kang ada yang tak mandi.  Yang untung tentulah si kecik, boleh lewat mandi sebab dia yang paling last ahahaa..

Yang tak bestnya mama dia ne haa, kadang sarapan pun tak sempat, tau-tau dah sampai office perut kriuk kriuk mintak makan.  Kadang tengahari pun tak sempat lunch.  Yang peliknya orang lain tak makan kurus yang kite ne hemmmm...

Ok lah olz sekian bebelan hari ini.  Kalau nak baca bebelan Aima lagi sudi-sudilah jenguk ey, heheee.. Assalamualaikum, jumpa lagi.
Image result for ibu muslimah kartun


~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

03 August 2014

Adik 3rd Birthday

Assalamualaikum n Selamat Hari Raya semua.  Kat Brunei hari ne adalah raya ke 6, kat negara lain dah raya ke 7 kan?  Brunei tertinggal sehari dari negara lain.

Dan hari ini adalah hari gembira tuk anak kecik Aima iaitu Adik.  Tak terasa dah 3 tahun rupanya hero Aima sorang ne.  Cepat sangat masa berlalu.  3 tahun lalu Adik di lahirkan pada 4 Ramadhan.  Dalam 4 orang anak Aima cuma Adik je lahir ikut tingkap, yang lain ikut pintu, eheheee...Adik lahir penuh dengan dugaan.  baru je melihat dunia dah kena cucuk sana sini n masuk incubator, sian Adik kan.

Masa lepas melahirkan tu Aima memang tak dapat nak tengok Adik selalu.  Adik di tempatkan kat SCBU (Special Care Baby Unit) tempat babies yang memerlukan perhatian khas.  Semasa Adik lahir tu Adik tertelan najis dia sendiri tapi nasib baik cuma sampai kerongkong je.  Dengan tindakan pantas nurse masa tu, najis tu terkeluar jugak akhrinya.  Kesian tengok Adik yang macam tersekat-sekat menangis. 

Sebab Adik macam susah menangis, nurse kat Labour Room dah cakap awal-awal yang Adik kena masuk SCBU untuk pantauan doktor.  Sedih sangat tengok Adik kecik-kecik lagi dah kena buat macam-macam.  Aima cuma sempat cium pipi adik sekajap je sebelum di bawa ke SCBU.  Mr Hubby pun cuma dapat cium n pegang sekejap, lepas tu Mr Hubby ikut nurse hantar adik ke SCBU untuk sign form.

Alhamdulillah Aadik cuma duduk kat SCBU dalam masa 1 minggu je, Aima yang balik rumah dulu, lepas 2 hari baru Adik dapat pelepasan Doktor. Alhamdulillah perkembangan adik sangat memberangsangkan, semua ok.
 
Dan tak terasa tahun demi tahun berlalu, dah 3 tahun rupanya anak kesayangan mama n babah ne ye.  Adik, mama ucapkan Selamat Hari Lahir yang ke 3 tahun.  Mama doakan Adik panjang umur, sehat walafiat selalu, menjadi anak yang soleh, berakhlak mulia n menjadi sebaik-baik manusia dan umat.  Mama doakan Adik berjaya di dunia dan di akhirat.  Semoga masa depan Adik cerah, berjaya, cemerlang dalam hidup.  Mama doakan rezeki Adik tak putus-putus hingga ke nafas yang terakhir agar Adik sentiasa ringan tangan memberi kepada sesiapa saja yang memerlukan seperti Adik sekarang ne yang tak pernah lokek berkongsi apa saja yang Adik ada baik dengan adik beradik, sepupu mahupun orang lain. Mama, babah, kakak n abang-abang sayang adik sangat-sangat tau.  Jangan lupa pesan mama n babah ye sayang. Luv u sayang, mwahxxxx...



~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

Copyright© All Rights Reserved mama-aima.blogspot.com