Showing posts with label keluarga tercinta. Show all posts
Showing posts with label keluarga tercinta. Show all posts

03 August 2014

Adik 3rd Birthday

Assalamualaikum n Selamat Hari Raya semua.  Kat Brunei hari ne adalah raya ke 6, kat negara lain dah raya ke 7 kan?  Brunei tertinggal sehari dari negara lain.

Dan hari ini adalah hari gembira tuk anak kecik Aima iaitu Adik.  Tak terasa dah 3 tahun rupanya hero Aima sorang ne.  Cepat sangat masa berlalu.  3 tahun lalu Adik di lahirkan pada 4 Ramadhan.  Dalam 4 orang anak Aima cuma Adik je lahir ikut tingkap, yang lain ikut pintu, eheheee...Adik lahir penuh dengan dugaan.  baru je melihat dunia dah kena cucuk sana sini n masuk incubator, sian Adik kan.

Masa lepas melahirkan tu Aima memang tak dapat nak tengok Adik selalu.  Adik di tempatkan kat SCBU (Special Care Baby Unit) tempat babies yang memerlukan perhatian khas.  Semasa Adik lahir tu Adik tertelan najis dia sendiri tapi nasib baik cuma sampai kerongkong je.  Dengan tindakan pantas nurse masa tu, najis tu terkeluar jugak akhrinya.  Kesian tengok Adik yang macam tersekat-sekat menangis. 

Sebab Adik macam susah menangis, nurse kat Labour Room dah cakap awal-awal yang Adik kena masuk SCBU untuk pantauan doktor.  Sedih sangat tengok Adik kecik-kecik lagi dah kena buat macam-macam.  Aima cuma sempat cium pipi adik sekajap je sebelum di bawa ke SCBU.  Mr Hubby pun cuma dapat cium n pegang sekejap, lepas tu Mr Hubby ikut nurse hantar adik ke SCBU untuk sign form.

Alhamdulillah Aadik cuma duduk kat SCBU dalam masa 1 minggu je, Aima yang balik rumah dulu, lepas 2 hari baru Adik dapat pelepasan Doktor. Alhamdulillah perkembangan adik sangat memberangsangkan, semua ok.
 
Dan tak terasa tahun demi tahun berlalu, dah 3 tahun rupanya anak kesayangan mama n babah ne ye.  Adik, mama ucapkan Selamat Hari Lahir yang ke 3 tahun.  Mama doakan Adik panjang umur, sehat walafiat selalu, menjadi anak yang soleh, berakhlak mulia n menjadi sebaik-baik manusia dan umat.  Mama doakan Adik berjaya di dunia dan di akhirat.  Semoga masa depan Adik cerah, berjaya, cemerlang dalam hidup.  Mama doakan rezeki Adik tak putus-putus hingga ke nafas yang terakhir agar Adik sentiasa ringan tangan memberi kepada sesiapa saja yang memerlukan seperti Adik sekarang ne yang tak pernah lokek berkongsi apa saja yang Adik ada baik dengan adik beradik, sepupu mahupun orang lain. Mama, babah, kakak n abang-abang sayang adik sangat-sangat tau.  Jangan lupa pesan mama n babah ye sayang. Luv u sayang, mwahxxxx...



~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

Copyright© All Rights Reserved mama-aima.blogspot.com