Assalamualaikum n Selamat Hari Raya semua. Kat Brunei hari ne adalah
raya ke 6, kat negara lain dah raya ke 7 kan? Brunei tertinggal sehari
dari negara lain.
Dan hari ini adalah hari gembira tuk
anak kecik Aima iaitu Adik. Tak terasa dah 3 tahun rupanya hero Aima
sorang ne. Cepat sangat masa berlalu. 3 tahun lalu Adik di lahirkan
pada 4 Ramadhan. Dalam 4 orang anak Aima cuma Adik je lahir ikut tingkap, yang lain ikut pintu, eheheee...Adik lahir
penuh dengan dugaan. baru je melihat dunia dah kena cucuk sana sini n
masuk incubator, sian Adik kan.
Masa lepas melahirkan tu Aima memang tak
dapat nak tengok Adik selalu. Adik di tempatkan kat SCBU (Special Care Baby Unit) tempat babies yang memerlukan perhatian khas. Semasa Adik lahir tu Adik tertelan najis dia sendiri tapi nasib baik cuma
sampai kerongkong je. Dengan tindakan pantas nurse masa tu, najis tu
terkeluar jugak akhrinya. Kesian tengok Adik yang macam tersekat-sekat
menangis.
Sebab Adik macam susah menangis, nurse kat
Labour Room dah cakap awal-awal yang Adik kena masuk SCBU untuk pantauan
doktor. Sedih sangat tengok Adik kecik-kecik lagi dah kena buat
macam-macam. Aima cuma sempat cium pipi adik sekajap je sebelum di bawa ke SCBU. Mr Hubby pun cuma dapat cium n pegang sekejap,
lepas tu Mr Hubby ikut nurse hantar adik ke SCBU untuk sign form.
Alhamdulillah
Aadik cuma duduk kat SCBU dalam masa 1 minggu je, Aima yang balik rumah
dulu, lepas 2 hari baru Adik dapat pelepasan Doktor. Alhamdulillah
perkembangan adik sangat memberangsangkan, semua ok.
Dan
tak terasa tahun demi tahun berlalu, dah 3 tahun rupanya anak
kesayangan mama n babah ne ye. Adik, mama ucapkan Selamat Hari Lahir yang ke 3 tahun.
Mama doakan Adik panjang umur, sehat walafiat selalu, menjadi anak yang
soleh, berakhlak mulia n menjadi sebaik-baik manusia dan umat. Mama
doakan Adik berjaya di dunia dan di akhirat. Semoga masa depan Adik
cerah, berjaya, cemerlang dalam hidup. Mama doakan rezeki Adik tak
putus-putus hingga ke nafas yang terakhir agar Adik sentiasa ringan
tangan memberi kepada sesiapa saja yang memerlukan seperti Adik sekarang
ne yang tak pernah lokek berkongsi apa saja yang Adik ada baik dengan adik beradik, sepupu mahupun orang lain. Mama, babah,
kakak n abang-abang sayang adik sangat-sangat tau. Jangan lupa pesan
mama n babah ye sayang. Luv u sayang, mwahxxxx...
No comments:
Post a Comment