05 August 2014

Doa Hilangkan Migrain Atau Sakit Kepala


Amalannya ialah, sila baca 4 ayat terakhir surah al-Hasyr (ayat 21, 22, 23 dan 24) setiap kali sebelum tidur. Semasa membaca ayat-ayat ini, tangan hendaklah diusap-usapkan pada bahagian kepala. Dan niatkan dalam hati, dengan keberkatan ayat-ayat Quran ini, Allah akan menghilangkan sakit kepala atau migrain.

Menurut Syeikh Arab tu, ada banyak lagi kelebihan atau fadhilat ayat terakhir surah al-Hasyr ni. Tapi antara yang paling berkesan dan mujarab ialah untuk menghilangkan sakit kepala atau migrain. Amalan ni memang diketahui dan terkenal di Madinah.

 Syeikh Arab tu kata, ada hadith Nabi SAW yang membuktikan bahawa ayat-ayat terakhir surah al-Hasyr ni memang istimewa. Seperti dalam sabda Nabi SAW yang bermaksud ;

“Sesiapa yang membaca ‘auzubilla hissami’ul alim minas syaitanirrajim’ 3 kali, diikuti membaca tiga ayat yang terakhir daripada surah al-Hasyr, nescaya Allah akan menghantar kepadanya 70,000 malaikat khusus untuk berselawat (berdoa) kepadanya hingga pagi. Jika dia mati pada hari itu, maka dia mati syahid”. (Hadith Nabi)

Bayangkanlah, ada 70 ribu Malaikat yang dihantar khusus oleh Allah untuk berdoa kepada kita, kalau amalkan membaca ayat terakhir surah al-Hasyr ini. Subhanallah.


~,~ Terima Kasih, Jemput Datang Lagi Ye ~,~

No comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved mama-aima.blogspot.com