DUIT, di zaman materialistik sekarang ini, semua orang mahukan duit.
Orang dewasa, remaja bahkan kanak-kanak kecil sekalipun kenal dengan
sekeping kertas yang diberi nama “duit”. Memang duit penting dalam
kehidupan, tanpa alat tukar ini kita tidak boleh memenuhi keperluan
hidup. Duit membuatkan manusia melakukan perkara yang diharamkan,
manusia menjadi rakus kerana duit, manusia pecah amanah, rasuah,
merompak, melacur malah membunuh manusia lain kerana duit. Kejayaan
orang di zaman kini juga diukur dengan banyaknya duitnya.
Tetapi walau bagaimana pentingnya duit, masih ada benda yang tidak boleh dibeli dengan duit.
Tetapi walau bagaimana pentingnya duit, masih ada benda yang tidak boleh dibeli dengan duit.
1. Masa
Duit tidak akan dapat mengembalikan masa yang telah berlalu. Setelah
hari berganti, maka masa 24jam tersebut akan hilang dan tidak akan
mungkin akan kembali lagi. Oleh itu gunakan setiap kesempatan yang ada
untuk menyatakan perhatian dan kasih sayang anda kepada orang yang
sangat anda sayang dan anda cintai, sebelum waktu itu berlalu dan anda
menyesalinya.Begitu juga dengan tanggungjawab dengan Allah, jika kita
terlepas waktu Subuh pagi tadi, ia tidak dapat ditukar dengan berapa
juta pun wang untuk kembali ke waktu Subuh tadi.
2. Kebahagiaan
Memang kedengaran pelik, tapi inilah kenyataannya. Duit memang boleh
membuat anda merasa senang kerana anda boleh bercuti mewah, memberi
laptop dengan kemudahan yang sangat canggih, atau membeli kereta dan
rumah mewah 8 tingkat sekalipun. Tetapi duit tidak boleh menghadirkan
sececah kebahagiaan dari dalam lubuk hati kita. Berapa ramai orang kaya
yang tidak boleh tidur walaupun dalam aircond yang sejuk dan dalam
bilik yang super mewah yang katilnya berharga berpuluh ribu ringgit.
3. Kebahagiaan Anak
Untuk membeli makanana dan pakaian yang bagus-bagus untuk anak tercinta
memang memerlukan duit. Tetapi anda tidak boleh menggunakan wang untuk
memberikan rasa aman, tanggungjawab, sikap yang baik serta kepandaian
pada anak anda. Hal ini memerlukan waktu dan perhatian yang anda
curahkan untuk mereka dan amalan baik yang anda ajarkan. Duit memang
membantu kita memenuhi aspek penjagaan, tapi waktu telah membuktikan
bahawa keperluan asas tiap anak adalah berapa banyak masa yang
diberikan orangtuanya, bukan “duitnya”.
4. Cinta
Cinta tidak boleh dibeli dengan wang, akuilah hal ini benar. Memang
dengan duit kita boleh membuat orang tertarik, tapi cinta berasal dari
rasa saling menghargai, perhatian, berbagi pengalaman dan kesempatan
untuk berkembang bersama. Itu sebabnya banyak pasangan yang berkahwin
kerana duit, tidak bertahan lama atau pun tidak merasa bahagia.
5. Persahabatan
Untuk diterima oleh lingkungan pergaulan dengan sahabat, anda tak perlu
duit. Apabila anda ingin diterima, fokuskan tenaga anda untuk membuat
diri anda berharga bagi lingkungan sekitar dengan menjadi teman dalam
suka dan duka.
6. Kesihatan
Kita memerlukan duit untuk membiayai rawatan dan membeli ubat, tapi
duit tidak boleh menggantikan kesihatan yang hilang. Itu sebabnya
pepatah lebih baik mencegah daripada mengubati .
7. Kejayaan
Beberapa orang memang ada yang mencapai kejayaan dengan menyogok, tapi
ini adalah pengecualian. Kejayaan hanya berasal dari kerja keras,
kemahuan, dan rezeki yang tertulis. Ada aspek kecil dari usaha menuju
sukses yang boleh didapatkan dengan duit, misalnya mengikuti kursus atau
membeli peralatan, tapi kejayaan lebih banyak berasal dari usaha yang
anda lakukan sendiri.
8. Bakat
Kita dilahirkan dengan bakat tertentu. Dengan duit, yang boleh kita
lakukan adalah mengasah bakat tersebut, misalnya belajar muzik. Namun
para pakar mengatakan, untuk menjadi pakar di bidangnya, kita memerlukan
bakat semulajadi.
9. Sikap yang baik
Banyak orang yang kaya raya tapi sikapnya kasar,sombong dan cakap
besar. Tak sedikit juga orang yang sederhana yang tutur katanya sopan
dan menunjukkan rasa hormat pada orang lain. Jadi, jumlah duit yang
dimiliki bukan penentu sikap seseorang.
10. Kedamaian
Bila wang boleh membeli kedamaian, barangkali kita tak lagi mendengar
tentang perang. Tetapi yang sering terjadi sebaliknya, duitlah yang
menjadi sumber pertikaian dan permusuhan.
So, duit bukanlah segala-galanya.. =)
No comments:
Post a Comment