Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen
tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada
marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya.
Ya....kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi
kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa
dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak
sempena perayaan Thaipusam.
Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya
gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan
sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari
si pembantu rumah.
Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang
baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar,
berbatik-batik.
Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, 'Siapa punya
kerja ni?' Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari
keluar. Dia juga beristighfar. .Mukanya merah padam ketakutan
tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.
Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan 'Tak tahu... !''Saya tak tahu Tuan..!
''Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?' herdik siisteri lagi.
Bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari
bilik. Dengan penuh manja dia berkata 'Ita buat ayahhh.. cantik kan !'
katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.
Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.
Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya
didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak
yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus
ketakutan.
Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan
anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas
dengan hukuman yang dikenakan.Pembantu rumah melopong, tak tahu nak
buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut
.
Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan
kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si
ibu. Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka,
cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik.
Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar
balar.Menangis teresak-esak keduanya, dalam bilik.Pembantu rumah
memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis.
Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik
calar-balar itu terkena air.
Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.
Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu
rumah mengadu. 'Sapukan minyak gamat tu!' balas tuannya, bapa si anak.
Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan
masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.
Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara
si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah.
'Ita demam... ' jawap pembantunya ringkas. 'Bagi minum panadol tu,'
balas si ibu.
Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya.
Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup
semula pintu.
Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu
badan Ita terlalu panas. 'Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00
siap' kata majikannya itu.
Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor
mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah
seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak
itu.
'Tiada pilihan..' katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan
kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren
sudah terlalu teruk.
'Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke
bawah' kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar
mendengar kata-kata itu. Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah
dapat dikatakan.
Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air
mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran
pembedahan.
Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakanhabis,
si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihatkedua- dua
tangannya berbalut putih.
Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah.Dia
mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan
sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata...
'Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau
jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.' katanya berulang kali
membuatkan si ibu gagal menahan rasa.
'Ita juga sayang Kak Narti..' katanya memandang wajah pembantu rumah,
sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.
Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis.... 'Abah..
bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi!
Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng
kereta lagi,' katanya bertalu-talu.
Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah
dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat
menahannya..
"Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram dan marah anda...
P/S: Jadikanlah kisah ini sebagai ikhtibar dan pengajaran buat kita semua, jangan sampai jadi penyesalan di kemudian hari. Anak-Anak adalah harta yang tiada tandinganya di dunia ini..
No comments:
Post a Comment