Nikmat itu terbahagi tiga:
1. Nikmat yang dikecapi dan disedari oleh hamba.
2. Nikmat mendatang yang diidamkan oleh hamba.
3. Nikmat yang dikecapi oleh hamba tetapi tidak disedarinya.
Apabila Allah ingin menyempurnakan nikmat-Nya ke atas hamba-Nya, Dia
akan mengenalkan (kepada hamba tersebut) nikmat yang dikecapinya
sekarang kepada hamba tersebut dan mengurniakan kepadanya sifat syukur.
Syukur itu akan mengikat nikmat tersebut agar tidak hilang.
Sesungguhnya nikmat hilang dengan perlakuan maksiat dan diikat dengan
ketaatan.
Kemudian Allah akan menunjukkannya jalan amal agar dia mendapat nikmat yang dinantikan.
Kemudian Allah akan menunjukkan kepadanya jalan mati (yang tidak
bersambung kepada amal) dan menjauhkannya dari jalan itu. Allah akan
menunjukkannya cara agar dia menjauhi jalan itu.
Apabila dia menyempurnakan semua itu, Allah akan memperkenalkannya
terhadap nikmat yang dikecapinya sekarang tetapi tidak beliau
menyedarinya.
Diceritakan bahawa seorang Badwi masuk menemui Harun ar-Rasyid lalu
berkata: “Wahai Amirul Mu’minin. Moga-moga Allah mengekalkan nikmatmu
sekarang dengan kamu sentiasa mensyukurinya. Moga-moga Allah
mengurniakan nikmat yang kamu harapkan dengan kamu bersangka baik
terhadap-Nya dan sentiasa mentaati-Nya. Moga-moga Allah akan
mengenalkanmu kepada nikmat yang kamu kecapi sekarang tetapi kamu tidak
mengetahuinya agar kamu mensyukurinya.” -Ibnul Qayyim al-Jauzi
No comments:
Post a Comment