Seorang
lelaki telah berumahtangga dengan seorang wanita solehah. Hasil dari
perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak
lelaki dan perempuan. Kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan
sejahtera.
Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanita
yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah, dia juga
adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang
penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anaknya.
Rumah
tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri
meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna,
disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli-keluarga, saudara-mara dan
kaum-kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan takziah.
Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh
meringankan dan mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana
kehilangan isteri yang paling dikasihi dan dicintai.
Namun
demikian, sebelum sempat sesiapapun berkata-kata, si suami telah
berkata: "Semoga tidak ada sesiapa pun dari kamu yang mengucapkan
takziah kepadaku sebaliknya dengarlah kata-kataku ini."
Semua yang berhimpun terkejut dan terdiam dengan kata-kata si suami itu..
Si
suami meneruskan kata-katanya: "Demi Allah yang tiada Allah yang berhak
disembah melainkan-Nya, sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling
bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia dari malam
pertamaku bersama isteriku itu.
Maha Suci Allah, sesungguhnya
isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku, kerana dia sentiasa
mentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku dengan sebaik-baiknya dan
juga telah mendidik anak-anakku dengan sempurna. Aku sentiasa
bercita-cita untuk membalas segala jasa-baik yang dilakukannya kepada
diriku. Apabila ia meninggal dunia aku teringat sebuah hadith Nabi SAW.
"Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redha kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga."
Sebelum
meletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan tanganku di
kepalanya dan aku berkata: "Wahai Allah, Aku sesungguhnya redha
kepadanya, maka redhailah dia."
Ku ulang-ulang kata-kataku itu, sehingga tenang dan puas hatiku.
Ketahuilah
sekalian, sesungguhnya aku, di saat ini amat berbahagia dan bergembira,
tidak dapat kugambarkan kepada kalian betapa hebatnya kebahagian dan
kegembiraan yang kurasakan ini.
Maka barang siapa yang telah
bercadang untuk mengucapkan takziah kepadaku atas kematian isteriku itu,
maka janganlah kamu melakukannya. Sebaliknya ucapkanlah tahniah
kepadaku, kerana isteri telah meninggal dunia dalam keadaan aku redha
kepadanya.. Semoga Allah menerima isteriku dengan keredhaan-Nya. "
MasyaAllah..
.alangkah bahagianya mendapat keredhaan suami seperti ini. Adakah anda
mampu lakukan seperti yang dilakukan sang isteri terhadap suaminya
sehingga pemergiannya diredhai dan membahagiakan suaminya.
Sumber: Internet
No comments:
Post a Comment