Kisahnya
perihal satu keluarga yang mengalami kemalangan ngeri. Kereta yang
mereka naiki terbabas, berpusing, melanggar pembahagi jalan lalu
terperosok ke dalam longkang. Dalam kejadian ini, kereta itu remuk teruk
dan penumpangnya mengalami kecederaan parah. Cermin hadapan habis retak
berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi saya fikir,
pemandunya menemui ajal di situ juga.
Mahu
diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami
kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah. Dahinya
terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat
terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin
hadapan. Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke
kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan
menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya.
Sewaktu
anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi,
ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada
beliau. Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahukan bayinya bagi
disusukan. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil
itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang.
Si
kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu
sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan. Dengan kuasa dan
izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda
ajalnya yang semakin hampir. Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang
penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. Ya Allah, betapa pilunya
situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi.
Itu
lah dia kasih sayang seorang ibu. Walau dalam keadaan bertarung nyawa
dan menahan kesakitan, masih tidak melupakan tanggungjawab sebagai
seorang ibu...menyusukan anak di saat-saat akhir hidupnya.
Subhanallah...
No comments:
Post a Comment