Namun
aku masih ingin tahu apa yang ada di dalam sebuah berwarna kotak hitam
yang telah di suami aku simpan di bawah katil semenjak kami kahwin. Dia
tidak pernah mengizinkan aku untuk melihat apa yang terdapat di dalam
kotak tersebut.
Jika
aku bertanya kepadanya dia akan berkata jangan sesekali buka kotak
tersebut dengan nada yang agak marah. Ini membuatkan aku terasa semakin
ingin untuk membuka kotak tersebut kerana aku pasti ada sesuatu perkara
yang suami aku rahsiakan daripada aku.
Akhirnya
pada suatu petang, semasa sedang mengemas bilik, aku memberanikan diri
untuk membuka kotak tersebut. Setelah aku buka, aku melihat terdapat
tiga biji telur serta wang tunai berjumlah RM 1000. Ini membuatkan aku
berasa hairan dan aku sekali lagi memberanikan diri untuk bertanya
kepada suami aku tentang isi kandungan kotak hitam tersebut.
Aku:Abang,
tadi ayang dah buka kotak berwarna hitam yang abang simpan kat bawah
katil tu..hm..kenapa abang simpan tiga biji telur dan duit RM 1000??
Air muka suami aku terus berubah dan dia pun menjawab.
Suami: Yang
sebenarnya..setiap kali abang curang dengan ayang, abang akan simpan
sebiji telur sebagai tanda abang menyesal dengan apa yang abang dah
buat.
Aku terdiam mendengar apa yang suami aku katakan. Setelah lebih 15 tahun kami hidup bersama nampaknya suami aku telah curang dengan aku sebanayak tiga kali. Lalu aku pun bertanya pula mengenai sejumlah wang yang di simpan bersama tiga biji telur itu.
Aku: Tapi kenapa pula abang simpan duit RM 1000 kat situ..??
Dengan suara yang terketar-ketar dan tergagap-gagap dia pun menjawab.
Dengan suara yang terketar-ketar dan tergagap-gagap dia pun menjawab.
Suami: Setiap kali telur tu dah cukup sedozen abang akan jual dan duitnya abang simpan kat situ…
hahahampeh !
agak2 brape kali dh suami dia curang ? ~,~
No comments:
Post a Comment