1. Minum banyak air. Minum, minum dan minum. Bukan air coke atau air
berperisa seperti kopi dan teh, tetapi air suam atau air mineral. Dengan
meminum banyak air bersih dapat membantu membuang toksin dalam badan,
menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan.
2. Bersenam. Baik untuk jasmani dan rohani. Kalau anda berjalan di sekitar rumah pun satu
bentuk senaman yang mudah. Jangan malas utk bersenam. Selepas bangun
tidur, cuba lakukan sedikit senaman renggangan untuk melancarkan kembali
peredaran darah.
3. Jangan Merokok. Merokok merosakkan kulit dan juga menjejaskan kesihatan.
4. Tidur mesti cukup. Jangan asyik berjaga waktu malam. Kurangnya tidur akan membuat anda kelihatan lebih tua dan mata lebam.
5. Pada waktu tertentu, pastikan kulit anda berehat dari memakai
sebarang mekap. Kulit juga perlu bernafas. Jangan biarkan sisa-sisa
mekap melekat di muka ketika masuk tidur. Rajin-rajinlah cuci muka.
Tidak payahlah sapu itu dan ini. Cukuplah dengan wajah yang bersih.
6. Makan mesti cukup tetapi bukan berlebihan. Jangan sebab nak kurus,
anda rela berlapar setiap hari. Cara yang baik, makan ketika lapar dan
berhenti sebelum kenyang. Makanan memberikan tenaga dan vitamin yang
diperlukan badan tetapi jeling-jelinglah makanan anda. Pastikan ia menu
sihat dan bukan penuh lemak atau “junk food” dan “fast food”
semata-mata.
7. Luangkan masa utk memanjakan diri seperti
membuat “facial” atau mencuci rambut di salun, sauna dan spa. Ataupun
nikmati saja mandian buih di rumah. Tak semestinya di salun. Anda juga
boleh memanjakan diri dengan melakukan sendiri di rumah. Cari pelbagai
jenis bunga yang wangi dan lakukan sendiri mandian bunga. Bunga
dikatakan mempunyai energi tersendiri untuk mencantikkan tubuh badan.
8. Elakkan Stress. Stress mempercepatkan proses penuaan. Nikmatilah muzik lembut di kamar bagi meredakan ketegangan.
9. Ketawa adalah penghibur duka. Ketawalah apabila bergurau senda
dengan famili atau kawan-kawan. Jangan memoyokkan diri atau menarik muka
masam. Anda hanya menambahkan kedutan di muka.
No comments:
Post a Comment