السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.. I miss my blog.. I miss blogging.. Rindu nak update tentang pahit manis kehidupan, segala suka duka, keluh kesah dan pengalaman hidup.. Harap-harap lepas ne semangat blogging tu datang lagi.. Blog ne pun saja-saja nak mengasah balik skill sastera yang dah lama ditinggalkan. Sekadar berkongsi rasa di sepanjang hidup ini memang banyak suka duka yang dah dilalui, banyak pahit manis dah di rasai, banyak onak duri dah di jalani, banyak liku-liku yang dah di rentasi, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mengharungi. Semoga hati ini terus kuat dan semangat untuk melayari bahtera kehidupan di masa hadapan, amiin yarabbalalamin..
14 October 2025
3 Hari Dalam Kehidupan

HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI:
Semalam ~ Sudah menjadi sejarah.
Hari Ini ~ Apa yang sedang kita lakukan.
Esok ~ Hari yang belum pasti.
Hisablah hari pertama semoga hari yang
kedua kita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang ketiga..amin..
p/s: Hargailah hidup ini sebaik-baiknya
Post terbaru di tahun 2025
Harap-harap tahun ne otak tak tepu lagi so dapatlah menikmati semula betapa bestnya dapat meluahkan perasaan dalam blog. Kalau kat social media lain memang susah nak share macam-macam, maklum kiter ne pemalu dan introvert, hahahaaa.. kat sini orang tak kenal secara dekat so senang nak potpet potpet. Insha Allah nanti kiter sambung lagi, tengah memerah idea nak post apa😂.
Subscribe to:
Posts (Atom)