السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.. I miss my blog.. I miss blogging.. Rindu nak update tentang pahit manis kehidupan, segala suka duka, keluh kesah dan pengalaman hidup.. Harap-harap lepas ne semangat blogging tu datang lagi.. Blog ne pun saja-saja nak mengasah balik skill sastera yang dah lama ditinggalkan. Sekadar berkongsi rasa di sepanjang hidup ini memang banyak suka duka yang dah dilalui, banyak pahit manis dah di rasai, banyak onak duri dah di jalani, banyak liku-liku yang dah di rentasi, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mengharungi. Semoga hati ini terus kuat dan semangat untuk melayari bahtera kehidupan di masa hadapan, amiin yarabbalalamin..

22 April 2010

Sekaya Labu

sebelum ne Aima ada share bingka labu so hari ne Aima share sekaya labu plak..anak2 suka mkn sekaya ne sbb rasa dia lembut bila di makan..resipi pun simple..senang nak cari bahan2 ne kat rumah..try ey..


Sekaya Labu
Bahan2:
1/2 biji labu kuning
5 biji telur
2 cawan santan sederhana pekat
1 cawan gula pasir
3 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung jagung
sedikit pewarna kuning


Cara2nya:
-rebus buah labu n lecek hingga lumat
-masukkan labu dan semua bahan ke dalam blender. Blend hingga halus.
-panaskan kukusan
-alas loyang dengan kertas minyak dan sapu sedikit marjerin
-tuangkan bahan yang di blend tadi ke dalam loyang ukuran
-kukus selama 30 minit atau hingga kuih masak (cucuk dengan garfu, jika tidak ada yang melekat tu tandanya dah masak)
-sejukkan dahulu sebelum dipotong

21 April 2010

Puding Jagung Kastard

smlm anak dara Aima request pudding atau agar2..dr ptg lg kakak merengek suh Aima buat desert tuk mlm..biasa org mkn desert pas mkn tp anak2 Aima suka makan desert time tngok tv..so Aima bukak almari n cari pape bahan yg ada..tngok ada kastard n susu cair..terpacul la idea nk wat pudding kastard jagung yg simple..memang simple pun, bubuh je smua bahan dlm blender, dah tu kukus..ne lah kes amplas (malas), ahaaa.. nsb baik menjadi..alhamdulillah
Puding Jagung Kastard
Bahan2:
1 tin susu cair
1 tin jagung
3 biji telur
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar gula
1 sudu besar susu manis
1 sudu teh esen vanilla
sedikit pewarna kuning

Cara2nya:
-blend semua bahan menggunakan blender
-tapis kedalam Loyang
-kukus selama 25 minit atau hingga keras
-sejukkan sebelum dipotong..lagi sedap jika di simpan semalaman dlm peti sejuk

Kisah Teladan Suami Dan Isteri

Ada seorang suami yang hidupnya tertekan kerana isterinya kuat berleter. Setiap hari isterinya akan beleter tak kira masa. Balik kerja lambat setengah jam, berleter. Bangun tidur lewat, berleter. Rumah berselerak sikit, berleter.Oleh kerana sudah tidak tahan dengan leteran isterinya itu, si suami berjumpa dengan Hj. Ahmad, imam di kampungnya selepas solat jumaat. Hj. Ahmad ni memang terkenal dengan warak dan kepandaiannya mengubat pelbagai penyakit.

Bila diceritakan oleh si suami tentang perangai isterinya, Hj. Ahmad ni tersenyum dan bagitau pada si suami.

"Betul ke kau dah tak larat dengar bini kau berleter".

"Betul Pak Haji. Saya minta tolong sangat pada pak haji ni".
"Kalau macam tu, kau bagi ubat ni kat minuman bini kau, biar dia tidur lena.Lepas tu kau buang dia kat dalam satu lubang yang dalam".

"Itu saja ke Pak Haji?"

"Itu saja. Kau buatlah apa yang aku suruh. Tapi kau jangan menyesal di kemudian hari."

"Terima kasihlah Pak Haji, tengoklah nanti macam mana".

Si suami ni rasa tak tergamak nak buat apa yang Hj. Ahmad tu suruh. Tapi bila tiba di rumah saja, si isteri terus berleter.

"Orang lain pun sembahyang Jumaat juga, tapi tak ada lah balik sampai lewat sangat. Awak ni merayau ke mana?. Lain kerja tak ada, asyik merayau, merayau, merayau. Cubalah ingat sikit orang kat rumah ni."

Oleh kerana tak tertahan dengan leteran si isterinya ni, si suami ni pun nekad nak buat apa yang Hj. Ahmad ajar pada dia tadi. Waktu maghrib tu, lepas saja selesai sembahyang, si suami ni bancuhlah ubat yang diberi oleh Hj. Ahmad tu tadi. Dia pun beri kat isterinya.Si isterinya pun sambil mengambil air itu sempat lagi berleter,

"Ni buat-buat baik ni ada lah sebabnya tu. Mesti ada hati nak tambah bini lagi. Tu yang konon-konon buat baik ni".

Selesai saja minum air tu, si isteri terus tertidur tak sedarkan diri. Si suami pun angkat si isteri ni tadi dan bawak ke belakang rumah. Di sana ada sebuah perigi buta yang dah 20 tahun tidak digunakan. Sampai kat perigi buta tu, si suami ni pun terus campak isterinya ke dalam.Si suami pun pulang ke rumah.

Keesokkan harinya, si suami ni rasa aman. Tak ada orang berleter dia bangun lewat. Balik kerja pun tak ada orang berleter.Dia rasa selesa duduk di rumah. Masuk hari kedua, si suami ni rasa lain macam. Rasa rindu pulak pada leteran isterinya. Dia dah mula rasa gelisah. Sepanjang hari tu asyik teringat aje pada isterinya.

Masuk hari ketiga, si suami tahu dia tak boleh hidup tanpa isteri dia.Selepas saja solat maghrib kat masjid, dia pun berjumpa dengan Hj. Ahmad.

"Pak Haji, saya rasa menyesallah Pak Haji sebab buang isteri saya dulu. Boleh tak saya dapatkan balik isteri saya tu?".

"Itulah kau. Aku dah bagitau kat kau. Kalau kau nak buat, jangan menyesal. Sekarang ni aku pun tak tau apa nasib bini kau.Aku nak tolong pun aku tak jamin bini kau selamat atau tidak. Tapi kau boleh pergi cuba. Malam ni juga, kau kena ke tempat kau buang bini kau tu, kau bawak sekali tali panjang. Kau campak tali tu masuk ke dalam lubang tempat kau buang bini kau, lepas tu selawat 3 kali.Lepas selawat 3 kali, kau tarik tali tu ke atas. kau cuba 3 kali. Kalau lepas 3 kali pun bini kau tak keluar, maknanya bini kau dah mampuis la."

Si suami pun tanpa berlengah terus balik ke rumah, ambil tali panjang dan terus pergi ke perigi buta tempat dia mencampakkan isterinya 3 hari yang lepas. Sampai saja di perigi buta tu, si suami tu terus mencampakkan tali ke dalam perigi buta tu. Selepas saja selawat 3 kali, si suami tu tariklah bini dia naik ke atas. Selepas habis tali tu di tarik ke atas, tiada isterinya keluar.Si suami cuba buat kali yang kedua. Kali ni dia selawat 7 kali pulak. Tapi usahanya masih hampa. Si suami ni pun mulai risau.

"Dah mati ke bini aku ni?"

Si suami cuba buat kali yang ketiga. Kali ni dia selawat 11 kali. Bila ditarik tali tu ke atas, dia terasa berat. Hati si suami begitu gembira. Selepas habis tali tu ditarik ke atas, yang keluar dari perigi tu bukan isterinya tapi satu jembalang yang berbulu amat lebat.

"Siapa kau ni? Mana bini aku? Celaka lah kau kalau kau makan bini aku!"

Jawab si jembalang tu, "Aku ni penunggu perigi buta ni. Dah bertahun aku duduk kat sini. Tapi sejak bini kau datang, aku jadi tak senang duduk. Hari-hari, pagi, petang, siang, malam asyik berleter, berleter, berleter. Aku sampai naik berbulu satu badan. Aku dah tak tahan. Aku nak pindah pergi tempat lain.Kalau kau nak bini kau, kau ambillah dia kat bawah tu. Aku pun dah tak tahan lagi dah".

Hah...moral of the story...jembalang pun tak tahan dengor org yg suka berleter tau!!! positif: Susah gak kalau bini takde, ko nak berleter, berleterlah!

p/s: kisah yg penuh teladan n lawak, ekikikiii....