السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.. I miss my blog.. I miss blogging.. Rindu nak update tentang pahit manis kehidupan, segala suka duka, keluh kesah dan pengalaman hidup.. Harap-harap lepas ne semangat blogging tu datang lagi.. Blog ne pun saja-saja nak mengasah balik skill sastera yang dah lama ditinggalkan. Sekadar berkongsi rasa di sepanjang hidup ini memang banyak suka duka yang dah dilalui, banyak pahit manis dah di rasai, banyak onak duri dah di jalani, banyak liku-liku yang dah di rentasi, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mengharungi. Semoga hati ini terus kuat dan semangat untuk melayari bahtera kehidupan di masa hadapan, amiin yarabbalalamin..

10 April 2012

~Kisah Sedih Pengorbanan Ibu Kepada Anaknya~

 
Renungkan :

" Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja , bOlehkah kau kirim wang untuk mak
" Mak bukan nak banyak , lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah . "
Berderai air mata jika kita mendengarnya .
Tapi kalau mak sudah tiada .

" MAKKKKK ! RINDU MAK ! RINDU SANGAT ! "

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya !
Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya !
Berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya !
Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya !
Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya !
Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya !
Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya !

Kisahnya Begini : Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu . Si ibu segera mengesatkan tangan di aprOn menyambut kertas yang dihulurkan Oleh si anak lalu membacanya . KOs upah membantu ibu :

1) Tolong pergi kedai : RM4.00

2) Tolong jaga adik : RM4.00

3) Tolong buang sampah : RM1.00

4) Tolong kemas bilik : RM2.00

5) Tolong siram bunga : RM3.00

6) Tolong sapu sampah : RM3.00

Jumlah : RM17.00

Selesai membaca , si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya . Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama .

1) KOs mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA

2) KOs berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA

3) KOs air mata yang menitis keranamu - PERCUMA

4) KOs kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA

5) KOs menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu . Si anak menatap wajah ibu ,memeluknya dan berkata ,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya .

Bila dahaga , yang susukan aku . Mak .
Bila lapar , yang suapkan aku , Mak .
Bila keseOrangan , yang sentiasa di sampingku , Mak .
Kata mak , perkataan pertama yang aku sebut , Mak .
Bila bangun tidur, aku cari , Mak .
Bila nangis , Orang pertama yang datang , Mak .
Bila nak bermanja, aku dekati , Mak .
Bila nak bergesel , aku duduk sebelah , Mak .
Bila sedih , yang bOleh memujukku hanya , Mak .
Bila nakal , yang memarahi aku , Mak .
Bila merajuk , yang memujukku cuma , Mak .
Bila melakukan kesalahan , yang paling cepat marah , Mak .
Bila takut , yang tenangkan aku , Mak .
Bila nak peluk , yang aku suka peluk , Mak .
Aku selalu teringatkan , Mak .
Bila sedih , aku mesti telefOn , Mak .
Bila serOnOk , Orang pertama aku nak beritahhu , Mak .
Bila bengang , aku suka luah pada , Mak .
Bila takut , aku selalu panggil , " Mmaaakkkk ! "
Bila sakit , Orang paling risau adalah , Mak .
Bila nak exam , Orang paling sibuk juga , Mak .
Bila buat hal , yang marah aku dulu , Mak .
Bila ada masalah , yang paling risau , Mak .
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni , Mak .
Yang selalu masak makanan kegemaranku , Mak .
kalau balik ke kampung , yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk , Mak .
Yang selalu simpan dan kemaskan barang barang aku , Mak .
Yang selalu berleter kat aku , Mak .
Yang selalu puji aku , Mak .
Yang selalu nasihat aku , Mak .

Bila nak kahwin , Orang pertama aku tunjuk dan rujuk , Mak .

Aku ada pasangan hidup sendiri .

Bila seronok , aku cari , Pasanganku .
Bila sedih , aku cari , Mak .
Bila berjaya , aku ceritakan pada , Pasanganku .
Bila gagal , aku ceritakan pada , Mak .
Bila bahagia , aku peluk erat , Pasanganku .
Bila berduka , aku peluk erat , Emakku .
Bila nak bercuti , aku bawa , Pasanganku .
Bila sibuk , aku hantar anak ke rumah , Mak .
Bila sambut valentine , Aku bagi hadiah pada Pasanganku!
Bila sambut hari ibu , aku cuma dapat ucapkan “ Selamat Hari Ibu ”!
Selalu , Aku ingat pasanganku!
Selalu , Mak ingat kat aku!
Bila-bila , Aku akan telefon pasanganku!
Entah bila , aku nak telefon mak!
Selalu , aku belikan hadiah untuk pasanganku!
Entah bila , aku nak belikan hadiah untuk emak!

Uhuhuuuu...Sedihnya, ampunkan semua dosa-dosa ku Ma, uhuhuuuuu...
 

~Kisah Tauladan Buat Para Isteri~

 
Assalamuailaikum dan salam sejahtera,

Maaf kehadiran email ini. Anda boleh abaikan apa yang mahu saya tuliskan satu luahan seorang wanita yang bergelar isteri dibawah.

Saya Maiziah (bukan nama sebenar). Saya telah bergelar isteri selama 4 tahun dan saya seorang yang berkerjaya. Selama 4 tahun kami telah berkahwin tetapi tiada rezeki kami untuk menimang cahayamata. Saya bukanlah seorang isteri yang sempurna untuk suami saya. Mungkin kerana saya penat setelah pulang kerja, saya jarang melayan suami saya. Saya jarang memasak untuk beliau. Selalunya kami makan diluar. Pernah suami saya meluahkan yang beliau ingin merasa air tangan masakan saya.

Kata suami saya, beliau ingin nak rasa apabila beliau outstation rasa akan rindu masakan saya seperti kita rindu masakan ibu kita. Kata suami saya, beliau bukan minta saya masakkan nasi beriyani ke..nasi ayam ke setiap malam. Sekadar goreng ikan atau masak sardin pun sudah memadai kerana beliau faham akan keletihan selepas pulang dari kerja. Selain dari itu beliau juga meminta saya cuba pakai pakaian yang agak seksi pada waktu malam. Kata beliau sekadar sedap matanya memandang setiap malam. Sudahlah siang tak berjumpa. Waktu malamlah untuk bersama. Saya tak endah pun kata-katanya. Bagi saya waktu malam singkat. Kenapa nak pakai cantik-cantik. Saya balik pukul 7.30pm setiap hari dan tidur pukul 10.00pm. Saya hanya ada 2 jam setengah sahaja.

Lama kelamaan hubungan kami agak dingin. Kami tinggal berjauhan kerana suami saya outstation selama setahun. Walaupun setiap weekend kami selalu berjumpa hubungan kami masih dingin. Sehingga suatu hari saya lihat di facebook beliau skandal beliau dengan seorang perempuan yang masih lagi bujang. Seperti terkena halilintar hati saya ini. Saya teliti akan gambar perempuan tu. Nak kata cantik tidak la sangat tetapi saya lihat dia pandai bergaya. Bagai luruh hati saya. Macam-macam saya fikir.. Mungkin saya telah tua..Mungkin juga kerana kami tidak mempunyai cahaya mata membuatkan suami saya cari yang lain..Tiap-tiap malam saya mengalirkan air mata..Sehingga suatu hari..suami saya call saya…Beliau menyatakan hasrat untuk tinggal bersama. Saya tanyakan kenapa?

Beliau berkata sudah 4 tahun berkahwin selepas tu duduk jauh pula. Anak pun tak de.. Beliau berhasrat untuk berusaha bersama. Minta nasihat dari doctor pakar dan sebagainya. Akhirnya kami pun tinggal bersama.. Saya masih lagi terkenang-kenang tentang skandalnya bersama perempuan itu. Walaupun kami tinggal bersama hati saya masih lagi rasa lukanya. Saya juga lihat perubahan suami saya. Dahulunya dia seorang yang baik dan penyabar. Sekarang beliau seorang yang cepat marah. Saya rasakan mungkin kerana saya tidak setanding dengan perempuan tersebut. Tiba-tiba pada suatu malam suami saya meminta saya memakai baju tidur yang seksi sikit. Dia kata bukan dia minta saya pakai ala-ala macam orang barat tu. Sekadar minta saya memakai gown atau skirt tidur.

Saya teringat apa yang pernah diminta sebelum kami tinggal berjauhan dahulu. Saya pun kata padanya saya akan mencari baju-baju itu nanti. Beliau kata nanti dah dapat claim kat dia. Semasa di pejabat keesokan harinya saya tidak sabar-sabar menunggu waktu lunch untuk pergi mencari baju-baju tidur yang seksi. Waktu lunch itu saya keluar ke Ampang Park untuk mencari baju tidur. Puas saya mencari tetapi tidak jumpa baju tidur yang agak seksi. Sampai di ofis, saya bertanyakan officemate saya mana nak cari baju tidur. Officemate saya tanyakan kepada saya. Saya tak segan ke nak beli baju-baju seksi kat kedai. Saya kata saya segan juga. Kemudian beliau berkata kepada saya..cuba cari kat internet sebab beliau pun beli baju-baju tersebut di internet.

Saya terima nasihat officemate saya tu. Saya surf di internet dan menempah 3 helai baju tidur. 2 helai yang design biasa seperti gown dan sehelai lagi yang agak seksi. Tiga hari kemudian saya menerima baju saya. Tak sabar-sabar rasanya ingin pulang ke rumah menggayakan baju yang telah saya terima itu.

Pulang ke rumah seperti biasa saya kepenatan..Saya tanyakan kepada suami saya nak makan apa malam ni?
Suami saya kata beliau tak kisah nak makan kat mana. Saya kata nak saya masakkan?..

Saya nampak muka suami saya agak terkejut. Kemudian beliau tersenyum..ok je kalau nak masak tapi lauk tiada nak masak.. Telur ada la.. Saya cadangkan kepada suami saya untuk memasak nasi goreng. Beliau bersetuju.. Kami makan pada malam di rumah yang jarang-jarang sekali selama 4 tahun saya memasak dan makan di rumah. Saya lihat suami saya berselera makan nasi goreng saya pada malam itu walaupun saya rasa terkurang garam. Selepas makan saya terus mandi dan mengenakan baju yang saya terima tengahari tadi di ofis. Kemudian saya turun ke ruang tamu di bawah untuk menggayakan baju di depan suami saya. Sekali lagi saya lihat wajahnya agak terkejut. Kemudian tersenyum dan berkata.. “Cantiknya isteri abang malam ni…berapa kena claim ni?”..

Kami ketawa bersama.. Sekarang Alhamdulillah hubungan kami semakin mesra dan suami saya sudah tidak marah-marah lagi walaupun saya lihat kadang-kadang beliau cuba menahan kemarahannya. Saya pernah masuk kedalam facebook beliau dan perkara yang mengejutkan saya beliau telah un’friend’ perempuan tersebut.

Dan sekarang saya telah mengandung 2 bulan.  Nasihat saya kepada isteri-isteri diluar.  Masaklah apa sahaja untuk suami anda. Walaupun ikan goreng (suami saya amat sukakan ikan goreng yang saya masak)  Pakailah pakaian yang seksi sedikit untuk suami anda. Tidak salah rasanya untuk berpakaian seksi di depan suami.  Kembalikan kemesraan anda seperti masa anda bercinta dahulu..

Sekian..
Sumber dari internet =)