السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.. I miss my blog.. I miss blogging.. Rindu nak update tentang pahit manis kehidupan, segala suka duka, keluh kesah dan pengalaman hidup.. Harap-harap lepas ne semangat blogging tu datang lagi.. Blog ne pun saja-saja nak mengasah balik skill sastera yang dah lama ditinggalkan. Sekadar berkongsi rasa di sepanjang hidup ini memang banyak suka duka yang dah dilalui, banyak pahit manis dah di rasai, banyak onak duri dah di jalani, banyak liku-liku yang dah di rentasi, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mengharungi. Semoga hati ini terus kuat dan semangat untuk melayari bahtera kehidupan di masa hadapan, amiin yarabbalalamin..

05 June 2012

~Zikir Untuk Melembutkan Hati Ssuami~


 
Zikir ini elok diamalkan oleh isteri yang mahu hati suaminya menjadi lembut hati

Ya Aziz
Ya Jabbar
Ya Mutakabbir
Selepas membacanya beberapa kali, hembuskan ke atas suami sekiranya suami tidak perasan. Atau isteri membacanya waktu suami tidur nyenyak. Hembuskanlah di tapak tangan dan letakkan di hati (dada) suami. Mudah-mudahan Allah lembutkan hatinya. Bila hati sudah lembut, mudahlah dibuka kunci perhubungan atau pintu perbincangan.

Dan amalkan doa ini: "Ya Allah, lembutkanlah hatinya (suami) sepertimana Engkau lembutkan besi"

~Kelebihan Zikir Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Allah~

 
Ya Rahman...Ya Rahim...Ya Allah...
Amalkan sebanyak 3 kali Jumaat berturut-turut. Baca berulang-ulang kali sepanjang anda duduk lepas sembahyang Asar sehinggalah masuknya waktu Maghrib. Masuk sahaja waktu Maghrib, sebutlah “Allahuakhbar”, dan teruslah angkat tangan dan berdoa kepada Allah yang MAHA berkuasa dengan apa yang dihajati. (Untuk mempercepatkan jodoh, memanjangkan jodoh, dikurniakan cahaya mata, sembuhkan penyakit, elakkan dari malapetaka, diampunkan dosa dan sebagainya).

02 June 2012

~Wanita Dan Unsur~

Salam.. Petang ne Aima nak share satu artikel yang Aima dapat dari kawan (tak tau pulak dia dapat dari mana) Bukanlah nak percaya kan tapi saja je suka-suka, just for fun..Baca boleh tapi percaya 100% jangan...

Korang baca dulu n agak-agak ngam tak ngan diri korang???  F Aima dalam kategori API, patutlah salu panas, ahaaaa......Seperti apa yang di senaraikan kat bawah ne, 'Wanita Berunsur API' rasanya ada yang betul dan ada yang melencong dalam diri Aima tapi boleh di katakan 90% betul lah..prasan toi kan, ekikiiiiii......

K la jom kita layanzzzzzzzzzzzzz....

Penentuan UNSUR seseorang ditentukan oleh anak yang keberapa dalam keluarga:-

a) TANAH - anak pertama, kelima, kesembilan.

b) AIR - kedua, keenam, kesepuluh

c) API - ketiga, ketujuh, kesebelas


d) ANGIN- keempat, kelapan, keduabelas


~Wanita Berunsur TANAH~
1) Merendah diri,serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban.
2) Tidak cerewet, tidak meninggi diri, tidak sombong dan bukan seorang pemarah.
3) Tenang diri, aman, dan memberi sokongan.
4) Tidak suka membantah atau membangkang.
5) Berwatak manis, lemah lembut, bersih dan sentiasa menjaga kecantikan.

~Wanita Berunsr AIR~
1) Menghidupkan hati pasangan dan pemberi semangat.
2) Mengambil berat.
3) Hatinya bersih dan boleh membahagiakan pasangan.
4) Menenangkan pasangan.
5) Sangat romantis.
6) Mudah menangis.

~Wanita Berunsur API~
1) Cintanya sentiasa hangat dan memberahikan.
2) Cergas, cepat dlm gerak geri dan tangkas menguruskan rumahtangga.
3) Penasihat yang baik.
4) Pandai dan cekap mengurus rumahtangga.
5) Pandai menghias diri agar kelihatan cantik selalu.
6) Berwaspada selalu.

~Wanita Berunsur ANGIN~
1) Lemah lembut dan menenangkan.
2) Pandai bermain kata dan memujuk rayu.
3) Sopan santun dan berbudi pekerti mulia.
4) Bijak mewujudkan suasana selesa.
5) Hati yang cepat berubah ubah.

Wallahwa'lam......