السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.. I miss my blog.. I miss blogging.. Rindu nak update tentang pahit manis kehidupan, segala suka duka, keluh kesah dan pengalaman hidup.. Harap-harap lepas ne semangat blogging tu datang lagi.. Blog ne pun saja-saja nak mengasah balik skill sastera yang dah lama ditinggalkan. Sekadar berkongsi rasa di sepanjang hidup ini memang banyak suka duka yang dah dilalui, banyak pahit manis dah di rasai, banyak onak duri dah di jalani, banyak liku-liku yang dah di rentasi, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mengharungi. Semoga hati ini terus kuat dan semangat untuk melayari bahtera kehidupan di masa hadapan, amiin yarabbalalamin..

16 July 2012

~Petua Agar Rezeki Semakin Bertambah dan Barakah~



 
 
Berdoalah. Memohon pada Allah s.w.t. agar dimurahkan rezeki kita dan jauhkan dari kesulitan hidup.
 
1. Setiap hari Jumaat (mulai maghrib hari Khamis sampai maghrib Jumaat)
 
2. Waktu hujan mula turun. (Jangan mengeluh, angkat tangan terus berdoa)
 
3. Setiap malam (1/3 malam. Maksudnya di antara jam 3-5 pagi sembahyang tahjud, hajat, dan
taubat)
 
4. Sebelum subuh (Sebelum azan, pastikan sudah bersedia ada atas tikar sembahyang. Istighfar dahulu)
 
5. Sebelum Maghrib (sama seperti subuh)
 
6. Dalam bulan puasa sebelum berbuka puasa .
 
7. Waktu sakit (jangan mengeluh. Masa inilah doa dimakbulkan sebab kifarah-kifarah dosa kita.

InsyaAllah setiap doa itu ALLAH s.w.t. akan makbulkan. Cuma jangan putus asa.

13 July 2012

~Petua Mencantikkan Kulit Muka~



 
 
- Sapukan putih telur ke muka anda dan biarkan selama 10 minit. Cuci dengan air bersih. Lakukan seminggu sekali.


  - Cuci muka dengan air suam dan sapukan limau nipis dan basuh sekali lagi kemudian lapkan dgn tuala yg bersih. Lakukan sekali sehari insyaallah kulit muka anda tidak ditumbuhi jerawat dan menegangkan kulit muka yang kendur.


  - Amalkan mencuci muka setiap pagi dengan daun teh yang sudah direndam. Sapukan teh tersebut ke muka anda, 10 minit kemudian cucilah dengan air bersih. 


  - Sapu muka dengan telur -merah/putih dan biar hingga kering. Cuci muka dengan air suam dan sapukan limau nipis. Basuh sekali lagi kemudian lapkan dengan tuala yang bersih. Lakukan sekali sehari. Kulit muka anda tidak akan ditumbuhi jerawat, malah akan menegangkan kulit muka yang kendur.


  - Pinang muda (yang bijinya masih berlendir) disapukan pada muka anda. Ia boleh melicinkan kulit muka dan awet muda. 


  - Amalkan 'bersabun' belimbing besi dan asam jawa. Belimbing besi yang masak ranum diramas bersama asam jawa lalu dilumurkan pada badan untuk meninggalkan kotoran. Ia bertindak sebagai antiseptik kulit yang gatal-gatal. 


 - Bagi menghaluskan kulit muka, beras pulut goreng yang ditumbuk halus (seperti tepung) dicampurkan bedak sejuk dan dijadikan lulur dan gosok seminggu sekali pada muka dan badan. Ia boleh menanggalkan daki dan sel-sel mati. 


  - Anda juga boleh menjalani rawatan kecantikan merangkumi lulur, manggir, bleaching (mencerahkan kulit) dan mandi pupur. Lulur dikatakan dapat mengurangkan parut muka, menguning dan melicinkan kulit. Bahan lulur mengandungi kunyit, beras yang dijadikan tepung dan daun pandan serta temu giring. Manggir dapat membantu memutihkan kulit, menegang dan memejalkan kulit badan. Ianya boleh dijadikan penyental dan pupur, diperbuat daripada beras pulut ditumbuk halus dan ramuan dedaunan khusus manggir. Ia elok dilakukan seminggu sekali.