Assalamualaikum
dan Salam Sabtu. Lama tak publish entry baru padahal kat dalam draft
banyak yang belum post. Dah seminggu kurang sihat, demam batuk
selsema. First jumpa Doctor kat Klinik Kerajaan adalah hari Sabtu
30/01. Pagi memang masuk office walaupun dah rasa tak sihat dan pening
lalat. Nasib baik Sabtu keje setengah hari. Pukul 2 Mr Hubby ajak
pergi klinik sebab dia pun nak mintak MC, demam jugak. Nasib baik
anak-anak kat rumah dah sembuh dari demam, simptom pun sama demam batuk
selsema.
Aima
dan Mr Hubby jumpa Doctor berasingan sebab tak boleh combine, 1 pesakit
1 Doctor. Doctor yang Aima jumpa ne memang Doctor local, melayu dan
masih muda. First jumpa memang kena tanyalah sakit apa, sejak bila, ada
pergi luar negara ke tak (aiyoooo border Brunei tutup lah macamana
pulak nak pergi oversea) dan ada contact tak dengan pesakit Covid? Yang
ini memang takde jugak lah.
Doct
kata badan panas, tekanan darah pun tinggi. Memang tinggi sebab malam
tak dapat tidur. Then doctor tu kata nak buat Swab test tak?
Alamakkkkkk!!!! memang kena buat test ke? Doct kata better buat just for
precaution. Hati dah dup dap ne, tangan pun dah sejuk. Mungkin tengok
Aima gelisah Doct tu pun cakap tak sakit pun jangan takut😓
So
Aima pun try test lah cakap, setakat ne rasanya tak perlu kot, sebab
memang takde contact dengan sape-sape. Demam ne pun baru je rasa,
menjangkit dari anak-anak kot. Makan pun so far macam biasa. Kalau
dalam seminggu lebih tak baik jugak baru swab test ok😁 Fuhhh nasib
baik Doct tak banyak songeh, dia kata ok kalau lepas ne ada datang sini
lagi dan masih demam jugak kena terus swab test la. Aima pun mengangguk
cepat-cepat, ok ok janji😂
Doct
tu kata mesti self isolation kat rumah dalam masa 3 hari, jangan pergi
mana-mana. Cuma yang tak bestnya self isolation yang dibagi tu bermula
Sabtu tu jugak. Sabtu memang keje setengah hari, besoknya pulak Ahad
memang tak keje, rugiiiiii. Maknanya cuma cuti untuk hari Isnin saja.
Aima cuba jugak nak deal manalah tau dapat MC start isnin depan, tapi
jawapan Doct memang BIG NO, hari ini datang memang MC start hari ini,
ikut undang-undang MOH. Errmmmmm takpelah, undang-undang takleh lawan
ok.
Dah
jumpa Mr Hubby, dia pun sama kena bagi 3 hari self isolation. Bezanya
Mr Hubby memang Ahad dan Isnin keje shift pagi, takdelah rasa rugi kan.
Ok lah dapatlah rehat sama-sama.
Cuti
demam ne ada jugak bestnya, dapat duduk rumah sehari suntuk. Keje
rumah pun boleh beres cepat, siap semua keje boleh rehat golek-golek
atas katil, hahaa.. Cuma keje hantar ambil anak sekolah je tak boleh
cuti, sakit tak sakit kena teruskan. Anak-anak pun happy tengok mama
dia sentiasa ada kat rumah.
Hari
Selasa memang kena masuk office, cuti sakit dah habis walaupun memang
rasa tak larat sangat. Badan rasa panas, pening, batuk muntah selsema
dan sebagainya. Tapi tetap digagahkan juga demi mencari rezeki untuk
anak-anak. Belum 1 jam masuk office, perut dah rasa semacam, muntah
jangan cakaplah, habis semua isi perut keluar. Kebetulan pulak masa tu
cuma Aima dengan anak kecik Aima (insha Allah ada masa nanti Aima citer
pasal anak Aima ne ok) je yang ada kat office. Miss Boss dan adik dia
ada urusan kat luar. 1 keja pun tak terpegang, kepala rasa berat
sangat.
So
pukul 11 pagi sebab tak tahan sangat Aima pun wasap Miss Boss mintak
izin balik sebab betul-betul rasa tak larat. Nasib baik dapat Miss Boss
sorang yang baik, memahami dan peduli sakit pening staff. Dia kata
better balik rehat kat rumah, kalau tak sihat bawak klinik swasta nanti
claim kat office, Alhamdulillah. Anak balik sekolah pun Mr Hubby yang
ambil before dia keje, cuma anak kedua yang ada class petang saja yang
Aima ambil.
Sementara
menunggu anak balik sekolah pukul 2.30, Aima pun pergi klinik swasta,
punyalah ramai orang, dan boleh dikatakan kesemuanya demam batuk selsema
jugak. Rata-rata mengatakan dah datang tadi pagi tapi tak dapat nombor
sebab ramai orang so kena datang sebelah petang.
Dah
jumpa dengan Puan Doct, cek panas dan tekanan darah, badan memang panas
39 dan tekanan darah pun tinggi 145. Puan Doct kata disebabkan demam
batuk selsema kena self isolation 3 hari start hari itu jugak. Kena
minum banyak air dan rehat banyak-banyak. So self isolation lagi lah 3
hari hingga khamis, Jumaat baru keje, yeaaaaaaa😁 Dapatlah rehat lagi
kat rumah, Alhamdulillah.
Bila
direnung-renungkan semula sakit ini ada jugak hikmahnya. Sebelum ne
memang tak cukup rehat, zup zap pagi hingga malam. Mana keje menimbun
kat office, mana keje kat rumah lagi, mana masalah yang datang
bertalu-talu so dengan sakit ini Allah nak bagi Aima rehat, nak suruh
Aima tenangkan diri, Allah tahu diri ini penat zahir batin, memang dari
zahir tak nampak tapi batin penuh dengan keluh kesah, Subahanallah. Dan
sakit juga penghapus dosa kecil, Alhamdulillah.
Alhamdulillah
hari ini masuk Office memang semangat sikit, maklum hari gaji,
hahahaaa.. Batuk dan selsema masih ada cuma tak seteruk semalam.
Harap-harap lepas ini Aima sihat seperti biasa, Aamiin. Doakan Aima
terus sihat dan kuat ok, dan tolong doakan Aima agar tetap bersabar
dengan apa pun dugaan yang datang,Aaamiin ya rabbalalamin. Insha Allah
jumpa lagi nanti, assalamualaikum.
