السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.. I miss my blog.. I miss blogging.. Rindu nak update tentang pahit manis kehidupan, segala suka duka, keluh kesah dan pengalaman hidup.. Harap-harap lepas ne semangat blogging tu datang lagi.. Blog ne pun saja-saja nak mengasah balik skill sastera yang dah lama ditinggalkan. Sekadar berkongsi rasa di sepanjang hidup ini memang banyak suka duka yang dah dilalui, banyak pahit manis dah di rasai, banyak onak duri dah di jalani, banyak liku-liku yang dah di rentasi, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mengharungi. Semoga hati ini terus kuat dan semangat untuk melayari bahtera kehidupan di masa hadapan, amiin yarabbalalamin..

08 May 2012

~Wahai Wanita Muslimah, Jangan Memakai Pakaian Adikmu~

baju adik

Wahai Wanita Muslimah, Jangan Memakai Pakaian Adikmu…

Allah SWT berfirman dalam surah an-Nur ayat 31 yang bermaksud: “Dan katakanlah kepada perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka…”

Sumber: Kartun Islam

~Buat Lelaki Yang Bakal Atau Telah Bergelar Suami~


“Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup.. Siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya sebutir pasir yang wujud di mana-mana..Tetapi aku juga punyai keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tuju yang satu.. Bukan rupa yang ku impikan, bukan harta yang ku inginkan.. Tetapi sandaran AGAMA yang ada dalam dirimu yang ku perlukan.. Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuanganmu..
Andainya kamu adalah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu kali pertama kita berpandangan kelak.. Bahagia itu pasti menjadi milik kita, itu janji Allah..
Aku sayang kamu kerana Allah…”
Sesungguhnya tugas pertama ku bukan mencari diri mu tapi mensolehahkan diri ku. Sukar untuk mencari soleh diri mu andai solehah ku tidak setanding dengan kesolehan mu. Janji Allah pasti ku pegang dalam misi mencari diri mu.